Jika suami atau lelaki pasang dua, tiga atau empat sudah biasa didengar. Isteri pasang dua mungkin agak jarang kita ketahui walaupun pada hakikatnya di dunia akhir zaman ini perkara tersebut selalu berlaku. Cuma jarang sekali orang bercerita tentangnya. Mungkin adat ketimuran kita yang masih tebal.
Aku terpanggil untuk membuat coretan tentang ini setelah membaca Harian Metro hari ini (5-Jul-2010) yang melaporkan penangkapan pasangan kekasih oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di mana si perempuan merupakan seorang isteri kedua.
Menurut laporan Harian Metro, si isteri tersebut membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali si suami berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab berpoligami.
Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada sebelah siang.
Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu terbongkar selepas dicekup JAIP dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan.
Kenapakah perkara sebegini berlaku?
Salah siapa? Suami atau si isteri? Atau kedua-duanya?
Aku berpendapat kedua-duanya mungkin ada melakukan kesilapan. Si suami mungkin kurang memberikan belaian kepada si isteri kerana berpoligami manakala si isteri mungkin terpikat kepada orang lain akibat kesilapan si suami. Maaf sekiranya aku salah tentang ini.
Aku pernah berbual-bual dengan rakanku tentang seks dan di antara kata-katanya yang aku fikir agak benar juga ialah,
Seks ialah salah satu fitrah manusia sebab itu kita digalakkan berkahwin. Malah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A W. Walaubagaimanapun, seks perlu dilakukan dengan rasa kasih sayang yang mendalam di antara pasangan suami isteri. Bagi orang lelaki macam kita, kalau setakat ingin mengeluarkan air kita sahaja dan selepas itu tidur nilai-nilai murni seks itu sendiri tidak sampai. Jika begitu, seolah-olah kita melakukan seks dengan "pela***" tanpa wujudnya rasa kasih sayang kita kepada isteri. Yang lebih buruknya jika isteri kita pula tidak pernah merasa kepuasan seks daripada kita. Jika dia seorang isteri yang soleh dan tahan godaan tidak mengapa tetapi bagaimana pula jika sebaliknya?.
Aku teringat akan kisah seorang wanita yang meminta cerai dari suaminya yang diceritakan di sebuah akhbar (aku lupa pula akhbar apa). Menurut wanita tersebut, walaupun sudah lama berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, dia tidak pernah merasai kepuasan seks...hish!!
Dan, aku juga masih ingat dan tahu bahawa nafsu seorang perempuan itu berganda-ganda kuatnya berbanding lelaki cuma perasaan malu yang menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang tidak baik.
Di zaman kecanggihan teknologi sekarang ini, amat mudah nafsu kita terusik lebih-lebih lagi akibat sogokan media-media yang terang-terangan memaparkan cerita-cerita sensasi berbaur seks seperti cerita si "Peterporn" atau mungkin menayangkan gambar-gambar yang mengghairahkan. Itu tidak termasuk cerita-cerita atau novel-novel yang berbaur xxx atau mungkin lucah yang mudah benar diperolehi.
Aku pernah melihat pelajar sekolah menengah rendah membaca novel ataupun buku cerita seperti itu secara terang-terangan. Bila aku bertanya, dia dengan bangganya menjawab buku-buku seperti itulah yang membantunya memperbaiki Bahasa Inggerisnya...huh!
Itu tidak termasuk klip-klip video panas (MP4 dan 3GP) sama ada diperolehi melalui internet atau di"sedut" dari handphone kawan-kawan. Yang lebih merisaukan ialah benda-benda porno tersebut ditonton oleh generasi muda kita yang rata-ratanya masih bersekolah lagi.
Aku tidak mahu menyalahkan teknologi dan aku juga tidak patut menyalahkan sesiapapun.
Apa yang aku perlu lakukan ialah memantau keadaan agar pengaruh-pengaruh yang tidak sihat seperti itu tidak sampai kepada anak-anak aku. Itu sebabnya aku meletakkan "Parental Control" di komputer aku di rumah agar mereka tidak mudah mengakses laman-laman web yang sebegitu. Aku juga membuat semakan dan memeriksa history komputer tersebut untuk melihat dan membuat pemantauan. Walaubagaimanapun, aku mungkin juga terlepas dan akupun tiada masa untuk membuat pemantauan 24 jam!.
Itu anak-anak aku. Bagaimana pula dengan diri aku sendiri? Tiada nafsukah aku?
Jika aku kata aku tiada nafsu bila melihat paparan-paparan mengghairahkan, itu sememangnya BOHONG! Aku juga bernafsu terutamanya apabila terlihat wanita-wanita yang berpakaian seksi ketika pergi shopping di kompleks beli-belah di bandaraya Kuala Lumpur ini. Ataupun juga ketika aku melawat laman-laman web yang mempunyai iklan-iklan sebegitu.
Aku bersyukur kerana isteriku ada untuk memantau aku pula...hehehe.
Sekian.
suami x mampu melayan puncanya,selain kurang didikan agama..mungkin dia dah lama memendam rasa
so kesimpulannya nafsu suami ke isteri yg lbh kuat?
satu penulisan yang baik...penulisan ini mampu memberi motivasi..diharapkan penulisan begini mampu diperluaskan di dunia media....
besar pahala penulis ni bagi setiap org yang membaca isi kandunga cerita ini....
Takde istilah nafsu suami/isteri lbh kuat, adapun hadis yg kata nafsu wanita 9, akal nya satu tu hadis palsu, nafsu ni sesuai dgn jntina masing-masing, org lelaki mmg ada yg perlu isteri lbh drpd seorang, wlupun bukn semua lelaki, jd sbbvtu ada syariat poligami, sdgkn wanita mmg memadai dgn seorang lelaki dlm satu masa sbb takde dlm agama wanita bersuami lbh drpd satu , fitrah ni kkl hingga syurga, lelaki syurga ada isteri serta bidadari, wanita syurga mnjadi ketua bidadari UTK mahligai suaminya, cuma brgkali kurang iman, kurang agama yg mnybbkn tak jga pergaulan/pergaulan bebas, disamping suami sedia ada tak tunaikan tanggungjawab (puaskan batin), sbnrnya klu btul cara wanita cukup dgn seorang lelaki/suami, satu lg dari segi sikologi, biasanya wanita yg menduakan suaminya ni/curang, itu tandanya dia dh tak suka /tak sayang suaminya lg, cuma official nya masih bergelar isteri, sbb wanita fitrahnya tak kn mmpu menyayangi lbh drpd seorang lelaki dlm satu masa SBG pasangan/suami...ni fitrah Allah tetapkan
click site More Help Web Site dolabuy louis vuitton you could try this out additional resources