Dah beli baju baru? Dah beli sofa baru? Dah beli kereta baru? Dah beli kuih-muih? Rumah dah cat baru? Duit raya dah tukar kat bank? Raya packet dah kumpul? Dah ada bini baru? (ehh!! silap..terlebih sudah)..hehehe.
Masing-masing sibuk sekarang ni. Ye la, Raya tinggal seminggu jer lagi.
Di office aku ini pun apa kurangnya. Masing-masing sibuk menghias. Gantung macam-macam benda perhiasan raya...replika ketupat, banner raya, replika lemang, mercun (yang main mercun tarik pedajal kawan-kawan pun ada...hehehe). Kadang-kadang tu mengalahkan budak-budak, padahal umur dah hampir setengah abad! Malah, yang dah kira pencen pun ada (umur lebih 55 tahun).
Aku bukan apa. Seronok juga melihat telatah-telatah mereka. Meriah office dibuatnya.
Walaubagaimanapun, disebalik kemeriahan yang wujud, aku sebenarnya tengah bertungkus lumus menyiapkan Standard Operating Procedures (SOP). Aku memerlukan ketenangan untuk mengarang ayat-ayat, membuat process flow, memperbaiki proses-proses yang sedia ada dan sebagainya.
Apa pula yang membuat aku rasa terganggu?
Aku tidak tahan mendengar lagu-lagu raya yang diputarkan di Office!
Dari pagi sampai habis waktu office lagu raya tidak sudah-sudah. Bukan aku benci lagu raya, tetapi aku tidak boleh fokus kepada kerja aku! Hendak ditutup pemain muzik tu nanti ada pula orang yang tidak puas hati dengan aku. Jadi, aku pekakkan sahaja telinga dan cuba memberi sepenuh tumpuan kepada kerja aku ini. Malangnya, aku tidak boleh..dan kadang-kadang aku pun turut menyanyi sama (lagu yang aku minat la)..hehehe.
Pernah juga aku godam komputer yang menyiarkan lagu-lagu raya tersebut..tiba-tiba sahaja lagu-lagu lain yang keluar seperti lagu Peterporn, Radja, Wings, Search dan lain-lain lagi. Ada pulak orang yang menjerit! Aku pula diam dan buat-buat tak tahu...hehehe.
Hendak tak hendak sekarang ini aku terpaksa pergi ke office lebih awal. Biasanya dalam pukul 7.10 a.m. aku dah serabai membuat kerja-kerja SOP aku tuh...hehehe.
Tetapi, hendak dijadikan cerita, mamat yang rajin pasang lagu raya tu sekarang ini pun asyik datang awal juga. Kadang-kadang lagi awal dari aku. Dia pasang juga lagu-lagu raya kesukaannya tu...adoi ai...
So, aku terpaksalah mengaku kalah. Ikut sahaja keinginan mereka. Sama-sama enjoy mendengar lagu-lagu raya dan sama-sama memeriahkan lagi suasana dan mood hari raya yang bakal tiba.
SOP? Errr...aku sambung lepas raya sahaja lah...hehehe...
Petang ni aku hendak pergi ke Bazaar Ramadhan, cari mercun tarik dalam 10 kotak. Oleh kerana aku selalu datang awal, aku hendak ikat mercun tarik tu kat semua kerusi staff-staff di office ni termasuk kerusi big boss (Direktor) aku..biar lagi meriah office dengan bunyi letupan-letupan hari raya...huahuahua.
Shhhhh...jangan beritahu sesiapa tau...hehehe.
Sekian.
waaa... nak balik raya jugak!!!!! tapi budget takde... apa la nasib badan
Salam IkaAR. Alamak..siannya. Nanti suh kawan2 blogger derma sorang singgit..cukup la buat tambang balik rayer..Klu ikut rekod lebih sejuta blogger...kalau sorang bagi singgit...fuyoooo...kaya tu..!
sejuta.. fuh kalau main kutu tu dah sampai tahap pyramid scheme dah tu. tapi kalau sorang satu bulan.. sejuta bulan baru dapat kat orang last ahaha. brape tahun tu? hehe
Salam bro.
Haha. jgn letak kat bos bro, kang tak pasal tak dpt bonus (kalau ada)
hehe
Salam Affan, masalahnya company ni tak pernah bagi bonus..so, aku letak juga mercun tarik tu kat kerusi dia..hehehe
eee jangan lah sian org terkejut kena mercun. nasib baik sy tak satu opis dgn abg long, bunga api pun sy takut..hehehe
Salam Kusut, thanx sudi komen..so, aku suggest engkau bagi lebih sket derma tu kat IkaAR..dalam $700,000 cukuplah...hehehe
Salam noreed..err..nanti abang long contact bos kat noreed keje tuh suh dia follow abang long..biar meriah sume ofis-ofis...hehehe
hahaha.. best juga jika pasang mercun macam tu.. lagi meriah kan! :P
terpikir la kalau ada satu tournament meriam buluh untuk badan2 korporat agak2 best tak? hm maybe ofis Abang Long bleh menang
Salam Bella, thanx sudi komen..memang meriah..harap pas Raya x la sunyi coz ramai kena buang keje main mercun punya pasal termasuk Abg Long...hehehe
Salam kusut. Ofis Abg Long x main la meriam buluh..we all ada meriam betul. Pistol dan senapang pun betul2. Ia lah..syarikat security katakan...hehehe
Pasang lagu dalam opis??huh!!cukup sensitif...apa company Abg Long tu xde sensitivity ke???My Boss masa keja kat USA dulu mmg pantang orang pasang lagu dlm opis..walaupun kat komputer sendiri...mmg dia suh switch off!!sbb diaorg ni keja very productive....that's y diaorang keja 9-5...xde OT...pas keja ikut suka korang la apa nak buat.tp during opis hrs mesti keja betul2 n ikut company policies...kalu x puas hati out you go!!da byk kali sy disuruh "fired" mana2 staff yang dia tak nak!!seram....takut ada yg psg gang lak tunggu kat luar opis.
Salam Tiara, thanx sudi komen. Well, mentaliti dan budaya org kita di Malaysia ni berbeza compared to luar negara. Contohnya di Vienna, Cash center macam ofis biasa tanpa security contol yg ketat. Tingkap boleh dibuka sesuka hati oleh staff walaupun tgh kira duit. Tetapi xde lak staff yg mahu "cilok" duit2 kat situ. Kalau kat sini buat camtu..mau hilang berjuta..hehehe. Sedangkan dgn security control yg ketat sekalipun ada juga pilfering inikan pula tanpa kawalan.