Amacam Hari Raya anda tahun ini? Meriah? Seronok? Gembira? Bahagia? Apa-apa pun jangan lupa untuk menyambung kembali kerja anda. Apa? Cuti sebulan? Mak ai..mentang-mentang Raya sebulan, cuti pun sebulan. Raya sakan nampaknya..hehehe.
Di dalam kita bergembira menyambut Syawal, kita tidak harus lupa kepada insan-insan yang mungkin berduka sama ada kehilangan ahli keluarga tercinta, hidup di dalam kedaifan atau serba kekurangan, serta juga mereka yang berhutang keliling pinggang.
Aku telah mula masuk Ofis menyambung kembali kerja-kerja aku sejak semalam. Agak ralat juga kerana masih belum puas beraya tetapi aku perlu menyiapkan kerja-kerja aku yang masih belum siap-siap lagi itu. Yang membuatkan aku seronok ialah ofis aku senyap sunyi kerana kebanyakan kakitangan masih bercuti. Oleh itu aku dapat memerah otak aku untuk menulis SOP dan bermacam-macam dokumen yang berkaitan tentang Cash Management dengan tenang tanpa gangguan sama ada orang ataupun lagu-lagu raya..hehehe.
Di dalam kesibukan aku memerah otak mengarang ayat-ayat SOP, sesekali fikiran aku melayang kerana bagiku Hari Raya kali ini ada berbagai-bagai kejadian yang mungkin menjejaskan kemeriahannya.
Di antaranya ialah tentang pembunuhan ahli perniagaan Datuk Sosilawati serta 3 orang rakannya yang memenuhi dada-dada akhbar serta media-media elektronik lainnya. Malahan banyak juga blog-blog yang memaparkan kisah yang sama.
Aku tidak pernah berjumpa malah tidak kenal beliau walaupun kami berada di kampung yang sama (Sri Medan, Batu Pahat). Aku hanya mengenali beliau atau pernah melihat gambar-gambar di akhbar-akhbar serta majalah yang mengiklankan perniagaan kosmetiks yang beliau jalankan termasuklah kekecohan yang berlaku di antara beliau dan penyanyi Nash tidak lebih dari itu (aku juga peminat kumpulan rock Lefthanded...hehehe).
Di sana sini hampir semua orang bercerita tentang kes pembunuhan tersebut (di kampung aku memang merupakan satu berita paling sensasi). Berita di TV menjadi tumpuan untuk mengetahui perkembangannya. ketika inilah aku melihat ramai yang berkumpul di depan TV ketika waktu berita. Ketika aku menziarahi sanak saudara pula, cerita yang sama merupakan topik utama perbualan. Bukan aku tidak suka, cuma kadang-kadang perbualan-perbualan tersebut (ditambah pula dengan garam secukup rasa) menjurus ke arah sesuatu yang negatif seperti berbaur perkauman dan sebagainya. Ada juga yang memandai-mandai membuat andaian-andaian tertentu terutamanya tentang duit, duit dan duit.
Aku memang simpati kepada keluarga beliau dan rakan-rakan beliau itu, tetapi aku juga hanya boleh sekadar simpati. Biarlah pihak Polis melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan kes ini. Kita sepatutnya tidak terlalu taksub dan beremosi sehingga sanggup membuat andaian-andaian yang tidak betul mengenainya terutamanya yang berunsurkan perkauman.
Jadi, meriahkah Hari Raya aku tahun ini?
Masih lagi meriah lebih-lebih lagi pada Hari Raya tahun ini aku beraya dengan kereta baru. Walaubagaimanapun, tidaklah semeriah laporan-laporan akhbar mengenai kes pembunuhan tersebut...
Di sebalik kemeriahan tersebut, aku juga rasa berdebar-debar kerana 2 orang anak-anakku akan mengambil peperiksaan penting selepas Hari Raya ini. Hendak diikutkan sangat menyambut kemeriahan Hari Raya, aku risau juga mereka lalai dari mengulangkaji pelajaran.
Selepas ini kemeriahan akan disambung pula dengan "open house" yang sememangnya menjadi satu tradisi ketika Hari Raya. Sekali lagi, bukan aku tidak suka tetapi aku risau kerana banyak makan dan membuatkan berat badanku seperti "yo-yo"...hehehe.
Sekian.
tak berapa smbut sgt..dr dulu mcm tuh..haish...
Salam Pencacai Alim. Selamat hari raya. nak tanya lebih2 takut kecik hati lak..ape2pun terpulang kepada kita camner nak sambut raya..bukan gitu?
raya ni.....biasa2 sja..
normal
kalo abnormal..
hehe lain pla jadinya
:p
btw,abang long slmat bkerja
ops! slmt berya g
heeeeee
serius tak meriah..even malam raya tido awal kul 9.30pm..langsung tiada mood untuk raya..
meriah gek ada kereta barukan..
raya ni untok anak2 je bro...di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan...berkumpul ngn ahli keluarga to appreciate yg masih ada and mengenang yg telah tiada..thanks to God and with his blessing kiter sumer dapat beraya dngn org org yg kita sayangi..After raya...back to work :)and next year we go again :I
slm...abg long
slmt ari raya...wah2...abg long beraye ngan kete baru tuh..cantik kete....mkn nk kene jaga...kalu terlebih..lebih beratnyer...
jom kiter buat pose 6 di bulan syawal....
slm..
Salam Wiffy. Slmt hari raya. Sonok jg bekerja di hari raya :P
Salam Bb Hussain. Slmt hari raya. Nape ek?
Salam Diraja22. Slmt hari raya. Kira ok la..kete baru..Nissan Sylphy..mantap beb..:)
Salam Ian. Slmt hari raya. Banyak SOP dan dokumen2 yg nak dibuat nih bro..jgn terlebih mkn kuih raya sampai xlarat nak keje sudah...hehehe
Salam theufo. Slmt hari raya. Jom kita pose 6..tgh target nak turunkan dlm 5 kilo ni..:)
Salam Eid Mubarak....Di bulan yg mulia ni byk kan ziarah sesama kiter...raye bukan shj nak meriah, yg penting hubungan sesama insan...kalu nak meriah bebdk la yg meriah..leh kumpul duit raye bebyk..cam kiter ms zaman sekolah dulu...skrg kiter lak yg bagi duit raye..n yg penting niat kena betul...niatkan la bersedekah...semoga rezeki kiter bertambah murah..Amin..Selamat semuanye....
salam En. AbangLong..
saya tak beraya sangat..sebab masa tu alahan masih teruk..jadi cium bau rendang pun nak terloya..alahai..
rasanya belum lambat lagi..saya nak ucapkan Selamat Aidilfitri maaf zahir batin
Salam Tiara, thanx sudi komen..Betul betul betul...aamiiinnn.
Salam Mama JnJ, thanx sudi komen. Kesian lak dgr..well, harap mama cepat sembuh dan enjoy balik makan rendang walaupun selepas raya..rajin2 makan ubat tau...
ermm..raya sy pun xbpe meriah sbb thn ni ptama kali raya tnpa mama..huhu...