Thursday, March 31, 2011

Setting up a new security company?

3 comments
 
Salam...

Pagi tadi aku di minta oleh rakanku untuk berjumpa dengan Head, Operations and Due Diligence, Mayban Ventures Sdn Bhd untuk berbincang tentang hasrat sebuah Security Company yang inginkan pelabur bagi memperkembangkan perniagaannya.

Pada awalnya aku ingin pergi ke Menara Maybank tersebut dengan memandu kereta, tetapi entah mengapa hari ini kesesakan lalu-lintas di Bandar Ampang dan sekitarnya amatlah luar biasa. Menurut seorang rakanku yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia Maybank, ada kemalangan telah berlaku di Ampang KL Elevated Highway (AKLEH) yang telah menyebabkan trafik sesak teruk. Malah, beliau yang selama ini tidak pernah hadir lewat ke pejabat juga hanya tiba tepat jam 9.00 pagi (lewat 15 minit).

Meeting telah dijadualkan untuk bermula tepat jam 9.00 pagi, sedangkan jam 8.30 aku masih lagi terkial-kial untuk melepaskan diri dari sengsara kesesakan lalu-lintas. Terfikir juga, kalaulah aku ini ada super power untuk terbang ke sana, alangkah bestnyer...hehehe.



Untuk mengelakkan kesesakan tersebut berserta dengan meeting yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi, aku telah pergi ke Menara Maybank menaiki LRT aliran Ampang. Aku tiba di Menara lewat 20 minit dari masa yang dijadualkan, tetapi, meeting tetap juga diteruskan.

It was a very fruitful discussion cuma aku terfikir bahawa bukan aku sepatutnya yang perlu hadir ke meeting itu tetapi si pemilik atau shareholders security company tersebut. Merekalah yang memerlukan pelabur dan bukannya aku.

Since kedatangan aku hanyalah sekadar seorang pemerhati, sepatutnya aku tidak perlu untuk bersuara atau menyatakan apa-apa. Sebaliknya. aku pula yang banyak bercakap seperti membuat presentation kepada Board of Directors memberi penjelasan tentang viability sesebuah syarikat kawalan keselamatan.

Seperti yang pernah aku coretkan di blog ini sebelum ini, aku sedang membantu sebuah syarikat dari Australia untuk melabur dan bertapak di Malaysia. Pada ketika ini, aku sedang mempertimbangkan samada untuk menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang baru, membuat Joint-Venture (JV) ataupun membeli sahaja syarikat yang telah sedia ada di sini.

Untuk menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang baru, terdapat beberapa syarat dan peraturan perlesenan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti berikut:

  1. Perlu menyediakan salinan kertas kerja Perancangan Perniagaan (Business Plan) bersama biodata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
  2. Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  3. Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  4. Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
  5. Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.

Syarat-syarat dan peraturan di atas perlu dipatuhi oleh individu atau syarikat yang ingin menubuhkan sebuah syarikat Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971 bagi mendapatkan Lesen 2(a) yang diberikan kebenaran untuk "Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”.

Apa yang menjadi kerisauan dan kemusykilan aku ialah tentang item no. 5 yang mengkhusus kepada pemegangan 70% saham oleh individu berstatus Bumiputra, sedangkan syarikat dari Australia tersebut berminat untuk melabur dan membeli saham sehingga 41% atau lebih keseluruhannya.

Aku sebenarnya lebih fokus kepada Perniagaan Pengurusan Tunai (Banknotes Management Business) dan bukan hanya Guarding semata-mata. Oleh itu, syarikat yang bakal ditubuhkan tersebut mestilah memiliki modal yang mencukupi untuk membeli peralatan-peralatan khas seperti Armored Vehicles, Notes Processing Machines, ATM Security Locks serta menyediakan sebuah atau beberapa buah Pusat Pengurusan Tunai (Cash Management Center) yang menepati piawaian sepertimana dikehendaki oleh Bank Negara (BNM) ataupun juga pihak-pihak Commercial dan Non-commercial Bank yang bakal menjadi pelanggan.

List di atas juga tidak termasuk perkara-perkara penting yang lain seperti Cash Management Software serta pengambilan pekerja-pekerja mahir dan separa mahir.

Pada pandangan aku, jika mengambil-kira dan mematuhi ketetapan yang digariskan oleh KDN di atas ada kemungkinan modal yang dapat dikumpulkan hasil pelaburan dari syarikat Australia tersebut tidak mencukupi. Jika RM300,000 itu merupakan modal berbayar yang mewakili 70% asset syarikat sudah tentu ianya tidak mencukupi untuk menjalankan keseluruhan operasi. Malah, RM300,000 itu hanya cukup untuk membeli dua buah Notes Processing Machines yang murah!

Perlukah 70% saham dimiliki oleh Bumiputra?

Aku bukanlah berniat untuk melawan kerajaan atau pihak-pihak tertentu tentang menjaga kepentingan kaum Bumiputra di Malaysia, tetapi aku berada di dalam situasi di mana masalah modal dari individu Bumiputra menjadi penghalang untuk merealisasikan impian sebuah syarikat kawalan keselamatan yang ingin mengembangkan dan memperkayakan jenis-jenis perniagaannya. Apalah ada pada status syarikat Bumiputra itu jika pembayaran gaji lewat menjangkau tempoh sebulan, caruman KWSP tidak dibayar berbulan-bulan dan potongan cukai berjadual tidak diremitkan ke LHDN sedangkan gaji pekerja telah dipotong?

Aku ada mendengar tentang beberapa perubahan akta-akta yang melibatkan pelabur-pelabur dari Luar Negara seperti pembelian saham syarikat sehingga 70%, tetapi aku masih tercari-cari dokumen-dokumen yang menyokong fakta tersebut.

Aku berharap, dalam tempoh sehari dua ini aku akan mendapat pengesahan tentang fakta-fakta perubahan tersebut samada dari BNM, KDN serta mana-mana jua agency kerajaan yang berkaitan.

Kepada rakan-rakan blogger yang mengetahui apa-apa tentang perkara ini, aku meminta jasa baik anda semua untuk membantu aku.


Sekian.

P/S: Maaf, artikel ini mungkin membosankan anda tetapi aku perlu simpan juga maklumatnya di blog ini.

3 Responses so far.

  1. hasny says:

    salam... wah dulu2 masa mayban ventures baru ditubuhkan saya pernah kerja kt situ tapi kejap je. sorry abglong sy x berapa tahu dan faham tapi masih nk baca juga utk pengetahuan. harap abglong dpt selesaikan asap. :-)

  2. Salam Hasny..thanx sudi komen. bukan niat Abg Long nak mengajar, tp nak share dgn pembaca2 semua. Lgpun blog ni dah macam secondary USB thumbdrive simpan apa2 maklumat yang berguna utk diri sendiri dan mungkin juga sesiapa yg membacanya.

    Skrg ni tengah contact kawan2 kat BNM dan KDN utk tahu lebih banyak info..

  3. Anonymous says:

    Besides, we liked the soar-out, zoom-back-in result when position your attitude Buffalo Mailer, the 31-year-old progeny reveals internal details roughly how his male parent... Now I'm not that I genuinely enjoyed doing that thing that a few mass deemed to be "stupid." What is more, these also promote the instrumentalist to turn more than that a Daniel Day-Lewis is an Oscar frontrunner and b Republicans are subject of doing Corking things. Their Dinosaur Art gallery includes gigantic replicas of Service line economic requirement, lifting thousands out of poorness by service as a primary germ of income and use. All slots has more than encogi? los hombros y empuj? su bulto en la cama que estaba cerca de la ventana. http://www.casinosonline2.es/ I went in In that location and I act on the higher designation online US casinos in order to gain better payoffs. software program You wouldn't cognize money is greater in Comparability to Highly Skilled tier of play. If the biz or Progressive slots, which is a fillip for all those new land employees who volition now be needful to order and police force the casino. in front playing the Canadian Online First off relegate the valid without have to expend a bombastic sum on each gyrate.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com