Sebenarnya artikel ini aku telah post di blog lama aku www.abanglongonline.com di dalam Bahasa Inggeris. Aku re-post kembali atas permintaan rakan-rakan yang mahukannya ditulis di dalam Bahasa Malaysia pula.
Pernahkah anda terfikir bahawa anda menjadi mangsa ATM?
Aku pernah!
Beberapa hari yang lepas, aku agak terkilan dan marah setelah menerima "Defaced notes" dari satu ATM milik sebuah bank terkemuka di Malaysia ini.
Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu "defaced note", let me explain a bit. "Defaced notes" bermaksud wang kertas yang mempunyai contengan-contengan samada dengan tulisan-tulisan, lukisan, tumpahan dakwat, marker, serta apa jua tanda-tanda serta kotoran di bahagian hadapan atau belakang wang kertas tersebut.
Wang kertas tersebut mungkin tidak mempunyai nilai sekiranya contengan-contengan atau tanda-tanda tersebut terlalu "apparent".
Wang yang aku terima dari ATM ini telah diconteng dengan pen. Potret Yang DiPertuan Agong telah ditambah jambang dan misai!
Manakala di bahagian belakangnya pula penuh dengan tulisan-tuilisan.
Secara amnya duit sedemikian tidak lagi bernilai.
Aku pergi membuat aduan ke cawangan bank tersebut yang berhampiran dan meminta wang tersebut ditukarkan.
Inilah jawapan yang aku terima dari seorang kerani di kaunter bank tersebut:
Semua mesin-mesin ATM termasuk yang awak guna untuk mengeluarkan wang tersebut diselenggarakan oleh sebuah syarikat kawalan keselamatan. Kami tidak dapat menukarkan wang tersebut kerana bukan kami yang memasukkan duit ke dalam mesin itu. Awak perlu menghubungi sendiri syarikat kawalan keselamatan tersebut untuk menukarkan wang ini dengan yang elok!
Wow! Jawapan amende macam tu? Dan ia membuat aku menjadi semakin panas!
Tujuan utama pihak bank untuk "outsource" pengurusan tunai ATM kepada pihak ketiga adalah untuk memberi lebih fokus kepada khidmat pelanggan yang lebih baik dan effisien. Padaku jawapan yang aku terima dari pekerja cawangan bank tersebut bukanlah suatu khidmat pelanggan yang baik.
Apa yang aku kesalkan dan mungkin anda juga rasa begitu jika anda di dalam situasi aku ialah:
Kenapa cawangan bank tersebut tidak mahu melayan permintaan aku untuk membuat pertukaran?
Duit tersebut datangnya dari mesin ATM mereka. Tidak kira siapa yang memasukkan wang ke dalamnya samada pekerja bank sendiri atau pihak ketiga, pihak bank perlu lebih bertanggungjawab apa jua tindakan dan hasil-kerja syarikat kawalan keselamatan yang mereka telah lantik untuk mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh pekerja bank sendiri. Jika tidak, tukar sahaja nama dan logo yang terdapat di mesin ATM tersebut kepada nama dan logo syarikat kawalan keselamatan terbabit...Marah ni!
Kenapa pula aku perlu bersusah payah untuk menghubungi syarikat kawalan keselamatan itu untuk membuat pertukaran wang? Kenapa pihak bank tidak mahu melakukannya untuk aku (pelanggan mereka)?
Aku tidak seharusnya berhubungan dengan pihak ketiga dan bank tersebut tidak sepatutnya membenarkan perkara itu.
Aku tidak ada niat untuk menipu tetapi kenapa pula aku dilayan sebegini?
Aku paparkan juga di sini beberapa perbualan aku bersama kerani di kaunter cawangan tersebut:
Kerani itu bertanya, “Apa buktinya wang tersebut datangnya dari mesin ATM kami?”
Bila aku menjawab bahawa aku mempunyai slip transaksi pengeluaran dari mesin tersebut, dia membalas, "Awak boleh sahaja mengambil slip di tong sampah bersebelahan mesin ATM itu". Memang aku rasa kerani tersebut terlalu mencurigai aku. Mungkin muka aku yang agak mencuka itu telah membuatkan dia semacam benci melihat aku.
Aku bertanya pula berapa lama masa yang diperlukan oleh syarikat kawalan keselamatan itu untuk membuat pertukaran dan jawapannya ialah "Biasanya mereka memerlukan masa lebih kurang sebulan untuk selesaikan masalah ini. Mereka perlu melihat rakaman kamera CCTV untuk memastikan awak benar-benar telah membuat transaksi pengeluaran di mesin tersebut".
Aku agak baran dan bertanya lagi "Habis tu? Saya kena tunggu sebulan untuk mendapatkan duit yang elok?". Kerani itu menjawab dengan muka yang masam "Itu sudah cukup baik, Kalau CCTV tu rosak, langsung awak tidak akan dapat balik duit awak tu". Mak ai...jawapan dia..!
Soalan terakhir yang aku tanya ialah jika aku mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran di tempat lain dan dengan sinisnya dia menjawab "Pergilah tukar di Bank Negara Malaysia”.
Bosan dengan layanan "First Class" yang aku terima, aku meninggalkan kaunter dan menuju ke bahagian SST bank tersebut. Aku cuba mendepositkan wang tersebut kembali ke dalam akaun aku menggunakan mesin Cash Deposit machine (CDM) pula. Ironisnya, mesin tersebut menerima deposit aku dan akaun aku dikreditkan...hahaha
Sekarang, siapa pula yang terkena...?
Sekian.
Aku pun pernah gak abang long..
Dapat kertas label BNM instead of duit. Tapi Bank bayar balik coz aku mengadu kat Banking Mediation Bereau...
Hi Meow Meow,
Nasib baik engkau dapat balik duit tu. Tapi terpaksa bersusah payah sampai pergi BMB untuk claim dari pihak bank. Sebenarnya ATM tidak mempunyai mekanisme untuk detect duit sebelum dispense kepada customer. Apa yang ia ada cuma opacity scanner yang akan scan ketebalan kertas yang lalu kat sensor tu. Kalau tebal lain macam baru mesin tu reject. Otherwise, kertas pajak gadai pun dia dispense...hehehe