Pukul berapa malam tadi tidur? Puas hati ke team anda kalah...hahaha.
Semua orang bercerita pasal bola sepak piala dunia. Tidak kira tua, bangka, muda, kanak, lelaki dan perempuan, masing-masing bercerita perkara yang sama i.e. Fifa World Cup!
Anak aku yang sulung itupun bukan main lagi minat dengan World Cup ni sampai asyik bergaduh dengan adik-adiknya kerana berebutkan TV.
Si Adik mahu melihat Kartun atau “Power Rangers”. Si Angah suka melihat cerita seram (walaupun takut) tetapi biasanya mengalah dengan si adik dan sama-sama menonton kartun.
Terpaksalah si Abang ni memendam rasa...hehehe.
Si Adik mahu melihat Kartun atau “Power Rangers”. Si Angah suka melihat cerita seram (walaupun takut) tetapi biasanya mengalah dengan si adik dan sama-sama menonton kartun.
Terpaksalah si Abang ni memendam rasa...hehehe.
Nantilah aku bawa dia menonton perlawanan bola yang melibatkan Brazil kat kedai mamak yang berhampiran...hehehe.
OK apa. Skrin BESARRRR punya tu...hehehe.
OK apa. Skrin BESARRRR punya tu...hehehe.
Untuk memudahkan aku dan mungkin anda melihat keputusan-keputusan perlawanan, aku telah “install” satu “widget” dalam blog aku ini khas untuk anda peminat-peminat bola (lihat screen shot).
Kalau anda ingin tahu result perlawanan semalam atau yang lepas-lepas, klik butang "RESULTS".
Kalau anda ingin tahu result perlawanan semalam atau yang lepas-lepas, klik butang "RESULTS".
Sebenarnya, aku pun minat menonton perlawanan bolasepak, cuma mungkin aku tidaklah se "fanatik" bagi kebanyakan orang yang sanggup bersengkang mata hanya kerana ingin menonton perlawanan yang melibatkan team bolasepak kegemaran mereka. Ada juga yang suka menonton semua perlawanan tidak kira team mana. Esoknya, "complain" mengantuk dan tiada “mood” hendak bekerja..hehehe.
Aku lebih suka melihat "result" dan jaringan-jaringan golnya. Sebab itu aku lebih suka menonton "highlights" dari melihat perlawanan secara "live". Bukan apa, aku mudah rasa bosan bila menonton perlawanan yang kurang jaringan golnya. Asyik sepak kejar, sepak kejar, pass sana, pass sini, selepas tu offside, pass belakang, buang masa dan lain-lain. Bila nak gol ni?...hehehe.
Hari ini, aku ingin berehat dari menulis artikel-artikel yang berat-berat. Aku sebenarnya sedang menyiapkan module untuk training yang aku akan conduct untuk Securiforce i.e SST Operations and Cash Management.
Jadi, untuk merehatkan minda yang asyik tertumpu kepada S.O.P. dan Manual sahaja, aku layan sekejap berita-berita tentang Fifa World Cup ni. Mungkin boleh menjadi sumber untuk aku menarik perhatian pelajar-pelajar aku nanti...kwangkwangkwang.
Tetapi, aku rasa tidak berbaloi jika post aku ini tiada apa-apa yang boleh dimanafaatkan. So, aku coretkan juga "something" untuk anda sambil kita sama-sama melayan demam piala dunia.
Aku ada menerima satu e-mail dari seseorang yang aku rasa kenal tetapi kurang pasti. Dia merujuk kepada tulisan aku tentang jenis-jenis pengurus yang aku post tempohari.
Ini isi-kandungan e-mail nya (tanpa diedit):
Assalamualaikum Abg Long.
Terima kasih kerana menulis satu artikel yang menarik tentang perangai pengurus atau boss tu. Aku pernah terbaca perkara yang sama tetapi di dalam english. Mungkin pasal aku tak berapa faham aku tak ambil kisah akan kandungannya. Tapi bila membaca tulisan abg long ni aku rasa pandangan abg long atau orang yang menulis dalam english tu memang betul. Hampir semua perangai-perangai atau jenis-jenis boss tu aku dah alami. Hampir setiap tahun aku bertukar boss dan perangai masing-masing memang berbeza. Itu tak termasuk yang kaki mengular, kaki menipu, suka berjanji tapi tak pernah ditepati dan yang sewaktu dengannya.
Apa yang abg Long tulis tu mungkin hanya sebahagian sahaja kot? Sebab boss-boss aku berbagai-bagai "feel" lagi yang they all ada. Malahan, ada juga yang memiliki 2 atau 3 jenis feel yang abg Long tulis tu sekaligus.
Contohnya, boss aku sekarang ini ada perangai ego dan suka mengugut. Dia bukannya tahu apa-apa pasal operasi tetapi berlagak tahu semuanya. Suruh staff kurangkan kos dengan memotong bajet untuk membuat kerja luaran hingga kami terpaksa keluar duit sendiri. Bila kami mengadu, kami juga yang salah kerana tak tahu nak ikut bajet. Bila kami tak mahu keluar, marah pula kenapa tak ada daya inisiatif untuk membuat kerja luaran. Selepas itu dia memang terlalu suka mengugut. Cerita pasal PMS atau KPI, cerita bonus akan kena potong, kontrak tak mahu sambung, tak ada kenaikan gaji atau bonus, tak ada kenaikan pangkat dan sebagainya kalau bajet lari atau kos melebihi bajet.
Yang tak bestnya, tahun lepas punya bajet memang 30% under dan dia dengan bangganya mengumumkan itu satu cost savings! Hish! Dan akibatnya, tahun ini punya bajet dah kena potong 30%. BODOH betul la orang tua tu! Tak pernah belajar ke? Macamana boleh jadi boss?
Yang paling aku tak suka, ada pulak pembantu boss aku (pengurus jugak) yang kaki bodek gila babi. Membodek saja kerja dia. Buat kerja ciput tapi dia punya cerita macam baru saja menyelamatkan dunia...cheh! Memang betul la Abg Long tulis tu, lalang species ini suka mengarah dan menyuruh orang lain membuat kerja dia dengan berbagai-bagai alasan. Bila dah siap eh eh mengaku pulak dia yang buat. Lepas tu suka pulak mengutuk kerja orang lain...manusia jenis ini aku rasa elok ditonyoh-tonyoh muka dan mulutnya dengan cili padi satu tempayan!
Ok Abg Long, sebenarnya saya nak minta kebenaran nak print artikel abg Long tu besar2 nak tampal kat ofis. Biar semua orang baca dan nilai sendiri boss kitaorang tu
Sekian. Assalamualaikum.
Termenung aku selepas membaca e-mail tersebut. Anda bagaimana?
Sekian.
yuhuu.. tu dia penangan bola.. sampai sanggop pi tengok kat kedai ye. hehehhee.. blog n pon menarik juga. meriah!!
Salam Abang Long,
Walaupun citer pasal world cup, sempat juga selitkan satu e-mail yang dahsyat bunyinya...hahaha
Yuhuu Saya..TQ coz sudi singgah and comment kat my blog ni. Bukan semata-mata sanggup p kedai mamak..saje xsuka tengok bebudak tuh bergumpal berebut TV hahaha..
Salam Manap..memang dahsyat e-mail tuh..marah bebenor brader tu...tapi aku rasa mungkin patut dia marah..kalau aku pun kena cam dia harus gak ada rasa macam tu...ahaks
g0c80x5n52 r2w14e9l16 e5b06p8u63 q8m97n1p81 n6d17h7k52 f4u25y7g87