Thursday, June 3, 2010

Jadilah Computer Savvy

0 comments
 
Salam,

Mungkin tajuk di atas agak mengelirukan.

Aku bukanlah guru komputer ataupun berniat untuk mengajar anda untuk menjadi pakar komputer. Malahan aku sendiri bukanlah pakar. Walaubagaimanapun, aku tahu tentang penggunaan  asas dan juga "advanced features" beberapa software komputer seperti "Lotus 123", "Lotus WordPro", "Lotus Freelance Graphics", "Microsoft Words", "Microsoft Excel", "Microsoft Power Point Presentation", "Microsoft Project", "Microsoft Visio", "Mindmap Mind Manager" dan lain-lain lagi (senarainya agak terlalu panjang untuk dipaparkan di sini).

In fact, aku juga boleh belajar software komputer terbaru dengan pantas. 
Menariknya, aku tahu menggunakan software-software tersebut tanpa menghadiri sebarang “formal computer lesson".


Bagaimana aku boleh jadi begini?

OK. Aku akan share dengan kalian semua langkah-langkah asas untuk menjadi "expert" mengguna komputer atau apa-apa jua perisiannya.
Aku harap penerangan aku yang tidak seberapa ini akan menjadikan kalian seperti aku ataupun mungkin lebih baik lagi.


Pertamanya, JANGAN TAKUT KEPADA KOMPUTER

Jangan gelak! Percayalah, ini bukan lawak murahan! Ada sesetengah orang yang takut untuk menyentuh komputer! Mungkin beranggapan bahawa komputer tersebut akan meletup bila dia melakukan sesuatu yang “hanky-panky“..hehehe.
Anda perlu membuang jauh-jauh perasaan “phobia” itu dari minda anda.

Tanamkan ini di minda anda "Perkakasan komputer itu hanyalah satu gadget untuk anda bermain dan enjoy dengannya“. Sedikit sahaja perasaan "phobia" wujud di benak fikiran anda akan menghalang kemajuan pengetahuan anda di dalam bidang pembelajaran komputer.


Keduanya, ENJOY BELAJAR DAN TANAM SIKAP SUKA MENGKAJI

Anda perlu timbulkan rasa seronok untuk mengkaji, mencuba dan mengguna komputer dan perisiannya.

Dengan belajar dan mengkaji sendiri sesuatu perisian komputer mungkin dapat menghindarkan rasa rendah diri anda. Anda tidak perlu malu sekiranya terpaksa belajar walaupun untuk perkara yang terlalu asas. 
(Pssst…Aku pernah berjumpa seorang boss wanita yang langsung tidak tahu bagaimana mengguna tetikus. Alasannya, bentuk tetikus tu memang macam tikus dan dia geli...hehehe)

Perlu diingat (oleh kerana belajar sendiri), tiada siapa yang akan mentertawakan anda sekiranya anda melakukan "silly mistake". Malahan, aku berpendapat, belajar dari kesilapan akan membantu anda untuk mengingati dan memahami ilmu perkomputeran dengan mudah dan cepat.


Ketiganya, MULAKAN DENGAN YANG ASAS


Kebanyakan features untuk perisian-perisian komputer adalah berkaitan antara satu sama lain. Anda sepatutnya belajar dan bermula dengan perkara-perkara asas terlebih dahulu.

Belajar satu persatu dan mengikut arahan dan turutan yang sepatutnya. Jangan gemar melangkah turutan kecuali anda memang sudah expert. Belajarlah perkara-perkara yang "advanced" apabila anda telah benar-benar bersedia.
Ingatlah, kita bermula dengan merangkak sebelum kita boleh berjalan dan seterusnya berlari. Biarlah lambat proses yang perlu dilalui yang penting natijahnya ialah kita ingin berjaya.


Keempatnya, TAHU DI MANA UNTUK MENCARI BANTUAN

Anda berseorangan (maksud aku cuma dengan kompouter). Anda malu untuk bertanya kepada orang lain untuk menerangkan kepada anda atau membantu anda tentang sesuatu perkara yang terlalu remeh. Jika begitu, bagaimana anda ingin mendapatkan pertolongan? 
Jangan risau. Setiap perisian komputer mempunyai alat atau cara-cara untuk membantu dan ia dipanggil “HELP Menu”.

Help Menu” biasanya mempunyai maklumat-maklumat yang telah di bahagikan mengikut kategori dan disusun dengan baik untuk memudahkan pengguna mencari, membaca atau menggunakannya.

Aku selalu menggunakan “Help Menu” untuk mencari sesuatu maklumat tentang sesuatu tugasan atau arahan di perisian komputer tersebut termasuk belajar fungsi-fungsi asas penggunaannya. Kadangkala, aku merasakan bahawa pengetahuan aku tentang sesuatu perisian lebih tinggi berbanding rakan-rakan aku yang telah menghadiri kursus-kursus khas perisian tersebut...hehehe


Kelimanya, BERI GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI

Setelah anda berjaya belajar dan mengetahui sesuatu yang baru dari perisian komputer tersebut, eloklah anda hargai diri anda sendiri.
Aku selalu memberi ganjaran kepada diriku dengan menikmati secawan "white coffee" panas. Selepas menghirup sedikit, hela nafas dalam-dalam dan katakan "wow! Aku telah berjaya belajar perkara baru hari ini. Ini sudah tentu menjadikan aku seperti seorang yang baru dan lebih baik dari sebelumnya“.

Apa yang aku maksudkan di sini ialah anda memang patut berasa bangga dengan diri anda yang telah mendapat "extra knowledge" dan pengalaman baru di dalam hidup anda tanpa bantuan orang lain.



Kesimpulan


Sebenarnya, apa yang aku coretkan di atas bukanlah langkah khusus untuk menjadi computer expert. Ia lebih kepada menanamkan atau mengubah sikap untuk belajar demi memperbaiki diri kita sendiri.

Ok guys. Just make it a try. No harm.

Hari ini aku hendak memberi ganjaran kepada diriku sendiri kerana berjaya menggodam anti-virus AVG 9.0 dengan tak semena-mena...hahaha

Sekian
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com