Adakah anda seorang yang outspoken? Pernahkah anda berselisih pendapat dengan bos anda dan anda memenangi perdebatan tersebut? Pernahkah anda menegur bos anda kerana beliau melakukan atau membuat satu keputusan yang salah? Pernahkah anda menyanggah pendapat bos anda di dalam satu sesi mesyuarat?
Jika pernah, apakah tindakan beliau terhadap anda?
Aku terfikir untuk release post ini (yang telah lama berada di dalam que untuk publish) ketika selesai mandi pagi tadi.
Aku teringat perbualan aku dengan seorang rakan yang mengadu akan ketegasan bos beliau di dalam aspek-aspek pemberian pendapat meskipun pendapat tersebut betul dan sesuai diguna-pakai.
"Aku ni seorang yang outspoken. Kalau sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat oleh bos aku tidak betul atau sesuai, aku akan bantah dan suarakan. Malah, di dalam setiap mesyuara yang aku hadiri, tidak pernah sekalipun aku duduk diam tanpa memberikan komen atau cadangan."
Eloklah tu, apa masalahnya?
"Masalahnya, bos aku tidak suka dengan staff yang sebegitu. Dia tidak suka kalau staff menunjuk pandai atau lebih pandai dari dia. Dia cuma suka kalau staff jadi pak turut atau Yes Man."
"Sebab itu dia telah MARKED aku dan banyak kali markah-markah PMS aku dia moderate. Surat-surat untuk promotion dan kenaikan gaji aku dia tidak mahu sokong, bonus aku ciput. Malah, aku boleh expect kontrak aku pasti beliau tidak akan sokong untuk disambung."
"Betul lah kata orang, bos aku itu memang teruk dan suka pedajal orang!"
Berapa lama dia menjadi bos di syarikat itu?"Lebih kurang 3 tahun."
Dalam tempoh tersebut, berapa ramai orang yang menjadi "mangsa" seperti engkau?
"Ramai juga. Kebanyakan dari mereka sudah berhenti kerana kontrak tidak disambung."
Oh..OK..Dalam tempoh tersebut juga, berapa ramai pekerja yang dinaikkan pangkat, dapat bonus lebih dan kontrak mereka disambung?
"Ada la dalam 4 atau 5 orang."
Pernah engkau tanya bagaimana mereka dapat semua itu sedangkan mereka dan engkau di bawah bos yang sama?
"Mereka tu Yes Man dan boleh juga dikategorikan sebagai LALANG. Sentiasa setuju sahaja apa jua keputusan bos walaupun keputusan itu salah. Kaki bodek dan kaki air-cond. Semua orang kat sini tahu dan kenal mereka tu."
Pernah ke engkau terfikir mungkin cara atau tindakan engkau tu salah?
"Aku bersuara berdasarkan fakta-fakta. Niat aku cuma memperbetulkan atau mengelakkan kesilapan supaya matlamat syarikat dapat dicapai."
"Aku ni bukanlah kaki ampu. Pernah juga mencuba untuk mengikut kehendak bos tu tetapi mungkin sebab dia dah MARKED aku, apa sahaja perbuatan aku semuanya tidak betul. Yang paling ketara, dia lebih suka pekerja yang berambut blonde dan berskirt. Anak emas macam tu langsung tidak boleh diusik. Kalau buat salah sekalipun, pasti bos tidak akan buat apa-apa tindakan. Kalau aku yang buat silap memang teruk kena belasah dan dihadapan orang lain pula tu."
Aku tidaklah bermaksud agar engkau menjadi Yes Man, menjadi pengampu atau menyuruh engkau berambut blonde dan berskirt. Cuma aku berpendapat mungkin cara engkau menegur bos agak keterlaluan bagi dia ataupun memalukan dia. Mana ada bos yang seronok bila dimalukan oleh pekerja.
Aku percaya pendapat engkau memang bernas dan berdasarkan fakta-fakta tetapi apa kata jika cara engkau mengolah pendapat atau menyampaikan pendapat tersebut seolah-olah ianya datang dari bos engkau itu sendiri?
"Maksud engkau?"
Contohnya, mungkin ayat begini lebih sesuai "Saya rasa kalau kita buat begini lebih elok, apa pendapat bos?" berbanding "Saya rasa pendapat bos tu salah, apa kata kalau buat macam ni?".
Outspoken bukanlah sesuatu yang tidak baik cuma kadang-kadang kita perlu mengawal keberanian kita untuk bersuara agar tidak menimbulkan rasa kebencian bagi sesetengah pihak terutamanya bos. Apa salahnya berlembut sedikit sekadar ingin menunjukkan rasa hormat kita kepada jawatan yang beliau sandang.
Menghormati jawatan beliau bukan bermakna kita menjadi LALANG kerana kebiasaannya manusia yang berstatus LALANG itu hanya mengikut dengan membabi-buta. Kita bekerja dan bertindak secara professional dan pada masa yang sama memastikan kedudukan kita sendiri tidak terancam. Jika kita melawan arus, ada kemungkinan kita akan terkulai lebih-lebih lagi jika arus tersebut begitu kuat dan deras.
"Dalam maksud engkau tu bro. Aku akan cuba berubah."
Aku tidak minta engkau berubah. Engkau lebih tahu tentang diri engkau sendiri. Aku juga bukanlah seorang yang pakar di dalam selok-belok politik pejabat tetapi aku memberikan pendapat berdasarkan pengalaman aku sendiri. Berlemah-lembut tidak bermakna kita kalah. Adakalanya, cara yang lembut itu lebih memberikan kesan.
Sekian.
salam AL,bos ni ramai yg pakai arahan dari atas ke bawah,sedikit yg guna dua hala, dan jarang dari bawah ke atas..aku suka dua hala..
Salam Elwenes..hampir semua pekerja suka cara 2 hala..Bos mungkin beranggapan berlainan. Setiap bos ada cara mereka masing2..tanggungjwb mereka yg lebih besar memungkinkan mereka mengguna cara sehala untuk mencapai sesuatu matlamat yg telah diunjurkan kpd mereka.
Saya pernah cuba nasihatkan bos baru supaya ikutlah peraturan yg ditetapkan supaya tidak jejaskan nama dia sebelum buat sebarang keputusan kerana saya telah lama kerja di institusi tersebut. Tapi bos salah anggap dan lebih parah saya disihir, bukan fitnah tetapi yang merasa keperitan adalah diri sendiri....oleh itu, saya biarkan selama bertahun dan biarkan dia buat keputusan sendiri. Selepas bertahun disihir dan doa saya ringkas saja, mudah2an Allah berikan hidayah padanya dan saya sudah lama tanggung kesakitan akibat perbuatannya. Allah maha adil dan Dia telah tunjukkan satu persatu kekuasaanNya yang bagi saya amat mustahil terjadi. Satu persatu kesalahan dia juga terungkai sehinggakan tersebar ke jabatan lain. Malangnya kesalahan yg dibuatnya telah memberi kesan buruk kepada institusi saya dan telah menimbulkan pertanyaan pengurusan tertinggi. Walau nasi sudah jadi bubur namun saya rasa bertuah dapat bos baru yang adil, mesra, tiada kroni dan puak, dan alhamdullilah....sabar jawapannya. Kita telah laksanakan tugas sebaiknya namun lepaskan dan tinggalkan bos tersebut dengan perangainya bila dia degil, tidak mau mendengar pendapat, pendendam dsbnya sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk.