Adakah anda suka menulis-artikel yang panjang berjela seperti aku? Atau adakah anda suka meletakkan gambar-gambar yang banyak ke dalam entry?
Bagaimanakah agaknya penerimaan pembaca-pembaca blog anda setelah melihat dan membaca entry anda itu? Pening kerana terpaksa scroll mouse untuk sampai ke penghujung entry? Ada sesiapa yang telah komplen membaca entry anda itu memeningkan kepala seolah-olah selepas menaiki roller-coaster?..hehehe.
Mungkin ini jalan penyelesaiannya.
Gunakan Scrolling Function untuk meghadkan paparan text atau gambar di dalam setiap entry. Maklumat di entry ini adalah kesinambungan kepada post aku yang terdahulu bertajuk "How To Create Scrolling Widget". Sebenarnya English yang aku gunakan itu tidak berapa betul (atau mungkin tidak betul sama sekali)...hehehe. Sepatutnya berbunyi begini "How to make your Link List Widget Scroll"..tetapi oleh kerana kelam kabut, aku main bubuh sahaja tajuk tersebut...huahuahua.
Bagaimanakah caranya?
- Tulis atau letakkan gambar-gambar yang anda inginkan ke dalam post anda sepertimana biasa.
- Tentukan bahagian yang mana anda perlukan Scrolling Function.
- Klik butang "Edit HTML".
- Kemudian, type text berwarna merah yang ditunjukkan di bawah sebelum permulaan dan selepas bahagian tersebut:
<div style="background-color: #f2f5a9; height: 100px; overflow: auto; padding: 4px; text-align: left; width: 80%;">
Entry anda (tulisan atau gambar-gambar atau kedua-duanya sekali).</div>
Anda boleh ubah ketinggian frame dengan melakukan edit pada "height: 100px" dan lebar frame pada "width: 80%". Untuk warna background cuma ubah code warna #f2f5a9 mengikut code warna yang anda inginkan.
Untuk mendapatkan code warna sila lawati website INI.
Untuk melihat hasilnya, anda boleh klik butang "Compose".
Untuk mendapatkan code warna sila lawati website INI.
Untuk melihat hasilnya, anda boleh klik butang "Compose".
Contoh hasil penggunaan Scrolling Function:
10 jenis pekerja yang menjengkelkan ...urghhh!!
1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.
6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.
Bayangkan jika tiada Scrolling Function, pasti entry ini panjang bukan?
Aku harap, maklumat ini bermanafaat kepada anda. Bagi anda yang telahpun tahu bagaimana caranya, anggap sahaja entry ini sebagai refresher post atau tinggalkan sahaja dan silakan baca artikel lain.
Aku harap, maklumat ini bermanafaat kepada anda. Bagi anda yang telahpun tahu bagaimana caranya, anggap sahaja entry ini sebagai refresher post atau tinggalkan sahaja dan silakan baca artikel lain.
Sekian.
bagusnya tutorial ni...hehehe.. kadang entry ayu pnjg, kdg pendek, kadang byk gmbr..ikot mood..hehe :)
Salam Nor Idayu...thanx sudi komen. Mungkin cara ni berguna bila nak tulis panjang2..so, selamat mencuba