Wednesday, April 6, 2011

My big boss is even worst

3 comments
 
Salam...

Semalam, akibat hujan yang turun dengan agak lebat, aku tidak dapat melakukan senaman rutin harianku. Penat aku melakukan stretching bersedia untuk berjogging dan brisk walking tetapi akhirnya berkesudahan dengan duduk di depan TV dan menonton cerita drama bersiri Indonesia "Kejora dan Bintang" di Astro Ria.

Arghhhhh...bosannya...



Oleh kerana tahap kebosanan yang agak melampau, mata aku tak sudah-sudah mahu terpejam walhal si Kejora dan si Bintang asyik menangis sahaja di kaca TV...hehehe.

Bukan aku tidak suka cerita tersebut, cuma aku tidak mahu terlalu asyik menontonnya kerana bila sudah mengikuti cerita tersebut aku akan seolah-olah terpukau dan akan berhari-hari menontonnya sehingga habis. Benar! Pernah berlaku sebelum ini untuk cerita-cerita yang lain samada drama Indonesia ataupun juga drama Filipina.


Tiba-tiba, telefon aku berbunyi dan sudah tentulah ringtone aku lagu "Dan Bila Esok" nyanyian Sofaz...hehehe. Rupa-rupanya rakan aku yang aku temui tempohari semasa berjogging menelefon.

"Terima kasih banyak di atas nasihat engkau hari tu. Aku praktikkannya dan tahap kebencian aku pada boss sudah makin berkurang".

Alhamdulillah...harap-harapnya akan terus hilang.

"Tapi..."

Apa pulak?

"Aku rasa Big Boss aku tu lagi teruk dari bos!"

Pulak dah!

"Aku pernah baca pos dalam blog engkau pasal Demon Grass. Aku rasa gelaran tu sesuai bebenor dengan dia!"

Cer citer...cer citer.

"Big Boss tu langsung tak mahu ambil peduli tentang Jabatan kami yang juga di bawah kelolaannya. Malah dia lebih suka menjaga dan menghargai Jabatan orang lain yang dia sendiri tidak sepatutnya masuk campur."

"Semalam kami ada meeting dengan Pengarah. Sepatutnya bos kami yang membuat presentation tapi dia pulak tiba-tiba sakit. Jadi, kami yang tak tahu hujung pangkal ni lah present kat Pengarah. Habis lunyai kami dibelasah Pengarah sebab tak bersedia! Ye lah, kami tak tahu apa-apa tapi disuruh present juga oleh Big Boss. Yang tak bestnya, tiba-tiba Big Boss pun ikut sama marah kat kami dan selepas tu kononnya bagi nasihat apa sepatutnya kami buat. Cheh!!"

"Padahal, Big Boss lah yang suruh kami buat presentation macam tu"

Kenapa Pengarah tak marah Big Boss pula?

"Entahlah. Mungkin sebenarnya dia marah kami untuk sindir Big Boss. Tapi dia tak buat macam tu sebab Big Boss tu Pengarah jugak yang bawa masuk ke dalam syarikat".

Laaa...

Tapi, itu sahajakah isu Big Boss sampai engkau hendak label dia sebagai Demon Grass?


"Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang Big Boss telah buat dan kebanyakannya hanya untuk menjaga punggung dia sendiri sahaja. Banyak arahan-arahan dia berikan yang menimbulkan masalah kepada kami tetapi pada beliau arahan-arahan tersebut adalah untuk mencapai matlamat syarikat. Masalahnya, bila timbul isu-isu akibat arahan dia, kami juga yang dipersalahkan dan orang pertama yang akan menjadi mangsa ialah boss.. Dah jadi macam dungu sahaja boss kami tu."

Arahan Big Boss bertentangan dengan kehendak syarikat?

"Tidak. Selari dengan kehendak syarikat cuma tidak betul!. Contohnya, syarikat ingin mengurangkan kos, so, Big Boss bagi arahan seperti potong elaun, tidak beri kebenaran kami keluar berjumpa client dan kurangkan atau potong terus peruntukan khas untuk client entertainment. Masalahnya, bila client mula ada rasa disenggaged, kami pulak dipersalahkan kerana tidak tahu menjaga client dan juga dituduh tidak ada inisiatif untuk berjumpa dengan mereka!"

"Sebenarnya di syarikat kami, ramai yang telah resign kerana tidak sukakan cara Big Boss. Dia tu terlalu bossy dan seringkali tidak mahu hormat kepada orang lain yang lebih tua. Kami tahulah dia tu Big Boss, tetapi kita juga sepatutnya menjaga adab dan tatasusila kita."

Sekarang ini apa yang engkau ingin lakukan?

"Entahlah bro. Pening kepala bila fikir-fikirkan sangat. Hendak buat petisyen supaya boss dan Big Boss tu diberhentikan macam tidak berguna juga."

Jadi?

"So, aku ingin tenangkan fikiran dan berehat dengan bercuti selama 10 hari. Harap-harap bila aku masuk kerja nanti fikiran aku akan lebih tenang dan boleh lagi praktikkan nasihat engkau sebelum ini. Kalau engkau ada lagi nasihat-nasihat yang aku boleh guna, tolong inform aku."

Eloklah tu. Pergilah bercuti dan tenangkan fikiran. InsyaAllah, nanti aku cuba figure out bagaimana hendak tolong engkau.


Selepas selesai perbualan kami, aku termenung memikirkan bagaimana dan apakah nasihat yang perlu aku berikan kepada rakanku itu. Kerana itu juga aku teringat akan post lama aku yang bertajuk "Teruk Sangatkah Prestasi Kerja Aku?". Bukan aku ingin bercerita tentang prestasi kerja tetapi tentang tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh rakanku itu. Sila lihat sinopsis Perbualan 1 dan Perbualan 2 di post tersebut. Harap-harapnya tidaklah sama ataupun lebih extreme.

Aku sebenarnya bukan layak untuk memberikan apa-apa nasihat. Aku juga tidak patut menilai sesuatu situasi itu sekadar berdasarkan maklumat yang aku terima dari sebelah pihak sahaja. Mungkin boss dan Big Boss rakanku itu mempunyai penjelasan lain yang mungkin bertentangan dari apa yang rakanku itu katakan. Kebanyakan pendapat-pendapat yang aku utarakan adalah berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pembacaan buku-buku berkenaan Pengurusan dan Human Resource serta juga artikel-artikel berkaitan yang dipaparkan di internet. Aku juga khuatir dilabel sebagai instigator (penghasut).

Oleh kerana itu, aku masih lagi ingin memberikan nasihat yang sama sepertimana nasihat aku di post yang lalu bertajuk "My Boss Is Bad".

Sebagai tambahan, aku paparkan nasihat berikut dari seorang pakar motivasi dan Human Resource Management (di dalam bahasa Inggeris).


BE AN EXCELLENT EMPLOYEE

  1. Understand that all relationships require trust, direction, communication and commitment to be successful.
  2. Keep yourself healthy, focused and alert at all times.
  3. Don’t be afraid to admit mistakes. It is better to admit that you made a mistake, realize why you made the mistake, and then make sure you don’t do it again. 
  4. Don’t be afraid to say, “I don’t know.” It is better to confess ignorance and learn the right way of doing things than to pass on, or rely on, false information that may be damaging to you and the company.
  5. Don’t talk behind someone’s back.
  6. Don’t just punch the clock. If you run out of things to do during the workday, find out if there is anything else you can do to help bring value to the company, its clients, customers and other stakeholders.
  7. Find the value in the diversity of employees and customers.
  8. Don’t harass, discriminate, use profanity or tell off-color or ethnic jokes.
  9. Be honest and trustworthy. Follow the Code of Ethics.
  10. Think! Be creative and innovative.
 

Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Jadilah pekerja yang cemerlang.


Sekian.

3 Responses so far.

  1. pengarah dan boss company sy adalah lelaki finland yang humble.

  2. ozzy says:

    Assalam..

    Memang susah untuk memuaskan/menjaga hati semua orang & mmg susah juga untuk berlaku adil dgn semua golongan..

  3. Salam -GC- ..thanx sudi komen. Tahniah kerana anda memiliki boss sedemikian. So, bekerjalah dengan tekun dan bersungguh2

    Salam Ozzy...thanx sudi komen. Memang perkara tu subjektif. Ape2pun bekerja sahaja dgn jujur dan ikhlas

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com