Tuesday, April 26, 2011

Isteri wajib hormat kepada suami

27 comments
 
Salam...


Ketika sedang seronok berjogging dan brisk walking, aku terpana ke arah suatu kejadian di mana seorang wanita sedang memarahi seorang lelaki. Aku pasti bahawa mereka itu suami isteri dari segi penggunaan bahasa si lelaki yang menggelar dirinya abang dan memanggil wanita tersebut sayang.

Beberapa kali aku terkejut mendengar sergahan wanita tersebut terhadap si lelaki.


Aku tidak berapa tahu apakah butir bicara perbalahan mereka tetapi agak terkilan kerana pertengkaran dibuat di persekitaran dan di hadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu (termasuk aku).

Tiada perasaan malukah ketika itu? Malah, aku pula yang terasa malu...adoi ai.


Aku lihat si lelaki tidak banyak memberikan tindak balas. Hanya berdiam dan tunduk melihat jalan, Manakala si wanita tidak habis-habis menyumpah-seranah, dengan suara yang kasar dan high-pitch.

Jika benarlah mereka itu suami isteri, kasihan sungguh si isteri...

"Eh? Patutnya kesian kepada si suami sebab dia yang dimarahi."

Memang benar si suami yang kena maki hamun tetapi dari segi hukum agama si isteri itu yang bakal mendapat azab dari Allah kerana tidak menghormati suami...na'uzubillah.

Mari kita sama-sama baca dan hayati petikan dari satu artikel di Mingguan Wanita. bil: 1361

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasinya. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu dan ini atau pun memperlekehkan suami.

Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami.

"Bagaimana jika niat isteri untuk mendidik suami?"

Tiada istilah mendidik suami di dalam hukum agama, malah sepatutnya suami yang berkewajipan mendidik isteri. Tindakan mengherdik, memarahi atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suami dengan niat untuk mendidik adalah tidak sesuai. Jika suami melakukan kesilapan atau kesalahan, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan selembut yang mampu. Tidak boleh disamakan cara menegur kesilapan suami dengan mengajar atau mendidik anak-anak atau kawan-kawan sekerja.


"Bagaimana jika cara lembut tidak mendatangkan hasil?"

Berpesan-pesanlah dengan penuh kesabaran dan berdoa agar suami terbuka hatinya dan berubah atau memperbetulkan kesilapannya.

Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan.

"Istimewa?"

"Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga?"

Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai.

"Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara?"

Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?


"Manusia normal mesti bertekak dan ada ketikanya tertinggi suara."

Ya memang ada kebenarannya ungkapan tersebut. Cuma, jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepatlah mohon ampun dan maaf kepada suami. Jangan tunggu raya baru hendak meminta maaf.

"Kalau suami yang salah, nak minta maaf juga?"

Ya! Minta maaf sebab isteri tertinggi suara, bukan atas kesalahan yang bukan bermula daripada anda.

"Kalau tidak minta maaf?"

Kalau suami memaafkan anda tanpa anda meminta maaf, alhamdulillah. Tapi jika tidak, hanya Dia yang tahu kedudukan anda, cuma hukum mengatakan; redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isterinya.

"Bukankah kalau suami sengaja gagal melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir, isteri tidak perlu melayan nafkah batinnya?"

Betul, tapi dengan mengambil kira kewajipan nafkah sama seperti kewajipan mas kahwin tetapi kegagalan suami itu bukan memberi kebenaran untuk isteri tidak hormat kepada suami. Perlu juga diingat bahawa jika nafkah batin tidak diberikan si isteri sedangkan suami amat memerlukannya ketika itu, mungkin sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Jika suami seorang yang penyabar dan faham hukum agama mungkin dia akan berpuasa sunat bagi meredakan keinginannya. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Paling penting, ada perbezaan jelas antara taat dan hormat. Isteri wajib taat kepada suami selagi segala arahan atau kehendak suami tidak menyalahi hukum syarak. Hormat pula, perlu sepanjang masa. Dalam kamus Dewan edisi 4, hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.

Oleh itu, hormatilah suami sedaya upaya, walau apa juga emosi anda, walau apa juga situasinya. Jika tidak mampu (dengan syarat telah berusaha bersungguh-sungguh) jalan keluar tersedia...

Selesai berjogging dan berjalan menuju pulang ke rumah, melalui jalan di mana pasangan suami isteri tersebut bertengkar tadi, aku dapati hanya tinggal si isteri yang ada di situ dan dia sedang menangis teresak-esak.

Kerana merasakan sesuatu yang pelik dan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku bertanya kepada salah seorang pekerja restoran di situ tentang apa yang telah berlaku.

"Entah lah bang, tadi perempuan tu bukan main lagi memaki-hamun suami dengan bahasa yang kasar dan nada yang tinggi. Agaknya, kerana tidak tahan dan rasa malu, suami perempuan tu telah lafaskan CERAI di situ juga. Sekarang tahu pulak perempuan tu menyesal. Tak faham betullah perangai orang perempuan sekarang ni"

Errr...betullah..aku pun tidak faham sangat perangai orang perempuan ni.



Sekian.

27 Responses so far.

  1. RHI says:

    kalau isteri macam tu tak perlulah nak memahami, tp saya sendiri pun kadang2 tak memahami hati wanita yg sejenis dgn saya, hati wanita memang sukar di ramal

  2. Salam Yatie Awang..thanx sudi komen. Cuba juga utk memahami tetapi kekadang fail.

  3. Umialya says:

    nak gaduh, gaduhlah dlm rumah, tak perlu nak tunjuk kita 'power' dikhalayak ramai.


    bila berada kt luar, maruah suami wajib di jaga, kan tak pasal2 terkena batang hidung sendiri, nyesal tak habis!!

  4. Salam Umialya...setuju. Enyah apa yg dicari sampai sanggup buat suami malu macam tu. Besar sangatkah kesalahan suami tu? Harap dia bertaubat

  5. masyaallah. sedihnya. jangan lah di herdik suami, berdosa besar. mintak2 semua isteri di jauhi sikap2 yg macam ni. amin.

  6. Anonymous says:

    ratu sedih la bila baca cerita tu ... hati perempuan , hanya tuhan yang tahu ... perempuan hanya ada 1 akal ...sebab tu terjadi macam yang abg long cerita ni...

  7. Salam -GC-..aamiinn..mudah2an Tuhan makbulkan.

    Salam Ratu Aiman..memang benar perempuan ada hanya 1 akal dan 9 nafsu, tetapi, perempuan diberikan sifat malu yg mengawal kesemua nafsu2 tersebut..Kenapalah sifat malu itu hilang ketika itu agaknya?

  8. Anonymous says:

    ...adakah dikira dayus sekiranya suami yang tidak dapat mendidik isterinya?

  9. Salam Anonymous..thanx sudi komen. Itu hanyalah sekadar kegagalan. Mungkin gagal yg bersebab.
    Jika ingin tahu atau mahukan keterangan lanjut mengenai makna lelaki dayus boleh baca entry di http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99

  10. Anonymous says:

    Sudah 2 tahun mendirikan rumah tangga sehingga hari ini isteri saya tidak tahu menghormati saya. Kesalahan kecil berlaku terus saya di herdik. Maki hamun tapi saya masih boleh bersabar.kadang2 saya hanya mampu menitiskan air mata seorang diri. Kisah diatas sama seperti berlaku pada saya tapi takdela sampai hendak berpisah walaupun Sudah berapa Kali si isteri meminta untuk diceraikan.tetapi saya terlalu sayangkan hubungan selagi saya masih boleh selamatkan rumah tangga saya Akan terus bertahan...

  11. Salam Anonymous...setiap kali isteri meminta cerai dpd suami, bergegar arasy. Aku takda hak dan tak layak utk memberi nasihat samada perlu utk meneruskan perkahwinan tsb. Tahniah kerana sabar masih kuat cuma perlu juga diingat bhw setiap kali isteri melakukan dosa, suami jugalah yg akan menanggungnya termasuklah dosa kerana derhaka kpd suami. Menghukum isteri yg terang-terangan enggan menghormati suami mungkin bukanlah cara terbaik untuk menyedarkannya. Berdoalah kpd Tuhan agar dia diberi hidayah dan petunjuk. Pada masa yg sama berusahalah untuk memajukan diri sendiri, memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan. Mungkin rasa hormat itu akan datang juga bila tiba masanya..insyaAllah

  12. Anonymous says:

    Saya sbgai isteri yg telah hampir 2 tahun berumahtangga. Memang ada sebab untuk isteri tidak hormatkan suami. silap suami bila banyak tanggungjawab terabai.Suami gagal membimbing dari segi agama,juga tanggungjawab zahir dan batin. Sebagai isteri, saya tidak meminta melebihi kemampuan.CUKUPLAH sekadar makan n minum setiap bulan mencukupi. Xpernah meminta untuk dibelikan itu ini. Mungkin orang x percaya,tapi itu hakikat. Hilang rasa hormat,bila suami yang ditatang bagai minyak yang penuh selalu gagal melaksanakan tanggungjawab. sedangkan setiap keinginannya dipenuhi.hari2 ada sahaja resepi masakan terbaru yang dicuba, walaupun dari bahan masakan yang murah,memadai untuk membuat suami tidak kelaparan. kerana ramai orang berkata untuk mengikat suami dengan masakan.walaupun penat,segla urusan rumahtangga banyak yang diuruskan tanpa suami.Malahan tidak pernah lokek untuk menggunakan wang gaji sendiri untuk suami,walaupun nafkah yang diberi suami dengan nilai yang tidak menentu tidak pernah menjadi hak sendiri. pada mulanya, niat isteri untuk meringankan beban suami yang tidak diketahui punca. masih memberi ruang untuk suami berubah. namun tidak sedikitpun suami menunjukkan sikap ingin berubah. setiap bulan gajinya tidak pernah cukup.tapi untuk apa langsung tidak diketahui.?.isteri berkali-kali meminta dilepaskan dengan cara baik, tapi tidak dilepaskan dengan alasan sayang. apakah nilai Sayang suami, jika hanya untuk disakiti? untuk dianiayai?untuk kesekian kali isteri sering protes,sering marah-marah, sering menyumpah suami. berderai airmata isteri setiapkali kata-kata khilaf terluncur dari bibir. sedar dengan dosa.tapi sampai bila?pernahkah si suami mengerti?adakah diambil seorang isteri untuk dibebankan dengan dosa?

  13. Salam Anonymous...pada pendapat Abg Long, dalam apa jua keadaan dan alasannya, hormat seorang isteri terhadap suami adalah wajib dan janganlah dipertikaikan hukum agama tsb. Jika rasa hormat itu hilang dan telah berbuat berbagai-bagai cara maka eloklah pergi ke pejabat agama untuk mengadu. Jika masih tiada jalan penyelesaian dan tiada lagi ikhtiar maka perceraian melalui mahkamah boleh diusahakan. Tak perlulah mencari alasan2 utk memberi kebenaran tidak mahu menghormati suami.

  14. Anonymous says:

    Salam..kawan2 boleh lihat dan baca link tersebut skdar utk rujukan bersama..=)
    http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/737/HAK-HAK%20ISTERI%20DALAM%20PERKAHWINAN%20MENURUT%20AL-QURAN%20DAN%20AL-SUNNAH.pdf?sequence=1

  15. tanpa nama..
    salam guys. saya rasa kegagalan utama dlm hbgan masalah komunikasi. brp ramai suami yang mahu berbncng ngan isteri hal suami isteri..brp ramai suami yg nak dengar pendpt isteri bila timbul maslah.. siap yg selalunya mengelak berbncg pasal r/tangga..perasaan hormat tak hlg dlm sekelip mata..hati perempuan mcm kerak nasi drendam jadi bubur dan HANCUR dah x leh nak buat apa. Ada suami yg manis bila nak **** 1 tahun 2 mungkin isteri x kisah tp isteri jugak manusia melihat dan menilai..pada satu tahap isteri akan hilang rasa HORMAT yg dulunya wujud tp suami take it for granted.

  16. faqir says:

    Zaman sekarang isteri maki hamun sumpah seranah kepada suami melalui sms. Kat rumah tarik muka masam lebih mcm cuka. Tengok suami mcm singa lapar.. Bila kutuk dia balik..tahu plak dia berasa hati... dia kutuk maki hamun perlekeh suami xper.. dia ingat..lelaki ni tunggul..xdak hati perasaan....

  17. Anonymous says:

    Thanks , I have recently been searching for info approximately this subject for a while and yours is the
    best I've discovered so far. But, what in regards to the bottom line? Are you positive about the source?
    My homepage - http://selma.altervista.org/zenphoto/index.php?album=Paola&image=DSCN4421.JPG

  18. Anonymous says:

    What's Going down i'm new to this, I stumbled upon this I have discovered It positively useful and it has aided me out loads.
    I hope to give a contribution & assist different customers like its aided me.

    Good job.

    my weblog - vacation reply

  19. Anonymous says:

    Hi! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?

    I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard
    on. Any tips?

    my page nokia e5 specification

  20. Anonymous says:

    For most up-to-date information you have to visit the web
    and on web I found this web page as a best site for newest
    updates.

    Here is my homepage - hotmail technical support

  21. Anonymous says:

    They practically certainly know in which
    generally the pit is truly located. This is literally so it would be able to be covered going through excavation instead created by trenching it about.


    Look at my web site :: tanie noclegi zakopane

  22. Anonymous says:

    This assortment at vest can be obtained in several fabrics of unique weights.
    There are quite a few factors that choose
    the cost.

    Here is my web site - rolety katowice

  23. Anonymous says:

    So depending on your industry we can be cultivated customized
    solutions as well. this could be the best to help leave your
    result on people without actually speaking.


    Feel free to visit my page :: grzejniki chromowane

  24. Anonymous says:

    To mask odors, place a smallish dish of vanilla extract in the chiller.
    You'll want to have a bunch of cooking pans and ovenware accessories across hand to use.

    my blog szkolenia z pierwszej pomocy

  25. Anonymous says:

    All pretest concerns are at occasional placed throughout ones evaluation.



    Feel free to visit my blog post - gsa search engine ranker

  26. Anonymous says:

    They have affordable prices for treatment solutions against termites.
    However, this does not mean that usually the
    finish is no shiny or smooth.

    Look into my homepage - www.plannabiznes.Pl

  27. Anonymous says:

    Enjoy a collection of natural aesthetics treatments and tension relieving
    Fijian massage.

    Also visit my blog post - pozycjonowanie

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com