Friday, October 14, 2011

Berapakah nilai blog anda?

14 comments
 
Salam...

Berapakah nilai blog anda? Nilai blog aku ini dianggarkan hanya sebanyak RM7,636.93 jika mengikut bizinformation.com.my dan berharga USD 3,920.23 jika menurut pengiraan blogcalculator.com.

Kalau mengikut apek yang selalu aku jumpa minum kat kedai mamak sebelah pejabat aku ini, dia sanggup bayar RM 50,000 untuk membeli blog aku ini...dan dia juga sering menambah (berkata) sememangnya dia takkan beli sebab tak ada duit sebanyak tu...kata-kata apek tu membuatkan seolah-olah berekor-ekor kucing keluar dari minda aku dan blog aku juga untuk menerkam dia...hahaha.


Pada pendapat aku, a blog is only worth what someone is willing to pay you for it atau dalam kata lain kalau ada tiba-tiba seseorang ingin menawarkan untuk membeli blog kita dengan harga RM 1 juta maka, itulah harganya dan kalau dia hanya membayar RM 2, anggap sahaja baki sebanyak RM 999,998 tersebut sebagai hutang yang kita perlu halalkan...hehe.

Dan...jika ada orang berkata, "blog engkau tu langsung tak ada harga. Kalau bagi free pun aku tak mahu"..janganlah pula kita marah atau mengamuk tak tentu pasal. Mungkin sekadar bertanya, "engkau ada blog tak", dan jika jawapannya "tak ada", pandai-pandailah anda membebel..huhu.

Opppsss...tak baik membebel tau...!

Apesal aku melalut tentang nilai blog nih?

Actually, aku bukanlah nak bercerita sangat tentang nilai sesebuah blog tetapi sebab selalu sangat melihat paparan yang menunjukkan nilai sebegitu di blog rakan-rakan blogger, membuatkan aku kepingin juga untuk mengetahui nilai blog aku ini...hehe...dan hasilnya memang membanggakan juga. Jika RM7,636.93 itu diberikan kepada aku, boleh la aku membawa kesemua kucing-kucing aku termasuk yang ada di dalam blog ini untuk pergi berkaraoke...hehe.


Well, semua tu just anggaran atau andaian sahaja. Jika ada orang beli blog aku ini, terpaksalah aku membuat blog lain dan bermula semula dari awal...penat juga tu! Ye lah, banyak gambar-gambar kucing yang ada di blog ni aku kena cari semula...ish3.

Apa-apapun, niat aku berblogging bukanlah untuk dijual atau ingin mencari duit dengannya. Aku sekadar mencari medium yang lebih sesuai dan mudah untuk aku mencurahkan idea, berkongsi maklumat, berkongsi pengalaman, memberi sedikit tunjuk ajar setakat yang aku tahu termasuklah menyisipkan sedikit cili padi...hehe..dan yang paling penting lagi...memaparkan gambar-gambar aksi kucing yang menarik tuh...hahaha.

Anda pula bagaimana? Puas hati ke dengan nilai blog anda tu? Adakah anda memang sedang menikmati kemewahan yang melimpah ruah hasil pendapatan daripadanya? Ada niat nak jual ke? Atau, anda juga seperti aku yang memiliki blog dengan nilai yang tak seberapa (bagi sesetengah orang kaya) tetapi berbangga kerana ada blog?




Sekian.

14 Responses so far.

  1. Salam jumaat;
    Aku punya rm20,475,29 eh..banyak tu kalau dibagi duit fuyoooo.

  2. azrijohan says:

    blog mantap...no wonder la mahal:D

  3. wow...bernilai blog abang long ni..:)

  4. tak penah sy check harga blog saya,. bila check2 blk haaa amek kau RM 53,508.38,.. kalau berminat saye bagi rm20k je ler,. ahaksss

  5. Salam Yusuflaili, Azrijohan, Kay Masingan dan Mcm ni lah...thanx sudi komen. Nilai RM 7,636.93 tu rasanya dah berbulan-bulan tak berubah. Macam tak betul jer? Kalau ikut skala performance patutnya dah RM890 juta macam Google tuh..haha

  6. Uikkk mahalnya blog. Kenapa yea ada website yg jadi valuer untuk blog ya? Ke tak relevan dengan blog, cuma website yang berbayar je?

  7. ozzy says:

    Assalam...

    Berapapun nilai blog kita apa yg penting adalah niat kita sendiri ..kalau semata-mata utk meraih pendapatan tinggi letak saja cerita kontroversi & cerita2 seks , pasti ramai yg singgah

    p/s-perlukah kita jadi hipokrit semata-mata utk menarik pengunjung? ..ada yg kata ia memang perlu...hmm

  8. Salam EmpayarUtama...jadi valuer tu pun nak tarik visitor juga...ramai org yg guna website tu utk check value masing2. Tak tahulah apa criteria sebenar yg diguna utk menilai..nampak cam tipu pun ada..

  9. Salam Ozzy..in fact menunjukkan gambar2 yg mendedahkan aurat org lain atau diri s'diri juga tidak dibenarkan tetapi ramai yg berbuat demikian...masing2 ada matlamat dan niat tersendiri..

  10. ABU says:

    pernah buat sekali.. tak ingta berapa, tapi yg pasti murahla..hahahaha

    btw banyak gambar kucing kat sini..
    Join la Persatuan Pencinta Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur.. try search.. :D
    ada jamil kucing..

  11. alongxp says:

    huhu...bro.. aku nye dah 51.6k dah.. huhu... nak beli?hahaha

  12. Salam ABU..thanx utk info pasal persatuan tu..tapi aku lg suka nama ditukar kepada Pensuka dpd pencinta..hehe

  13. Salam Alongxp...eh! dasyat harga tuh. Boleh gak kalau aku beli. Kang aku masukkan RM2 dlm akaun engkau tu yer? Bakinya..biasalah..hutang tanpa perlu dibayar...huhu

  14. bel0g mant0p memang ler mahal k0t...cikNor xkisah kalau villakamimicasamar xder rege pun sbb bak kata abang long ler,"k0 ada bel0g???" hehehee

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com