Thursday, October 20, 2011

Tak hormat suami kerana tidak berduit?

4 comments
 
Salam...

Anda seorang wanita yang sudah berkahwin? Bagaimanakah layanan anda terhadap suami? Baik? Syukur alhamdulillah. Bagaimana pula jika suami anda itu seorang yang miskin dan tidak berduit? Adakah hormat anda masih tetap sama atau berkurangan? Semakin hormat dan semakin sayang? Syukur alhamdulillah...mudah-mudahan anda digolongkan ke dalam umat yang dijanjikan syurga, amin...


Apesal pulak aku menyibuk tentang hormat kepada suami ni?

Aku telah didatangi seorang staff aku untuk meminta nasihat kerana dia berniat untuk bercerai akibat kegagalan suaminya untuk memberi nafkah (berbentuk duit).

Menurutnya, si suami telah menganggur lebih setahun dan baru sahaja mendapat pekerjaan dengan gaji yang tidak seberapa. Manakala dia pula bekerja (dan berjawatan sedikit) dengan gaji yang bagi aku boleh tahan juga. All the while (semasa si suami menganggur), dialah yang menyara hidup keluarga.

"Salahkah saya menuntut cerai kerana tidak mahu suami terus-terusan menanggung dosa akibat kemiskinannya?"

Salah dan berdosa!

"Habis tu, bagaimana dengan kehidupan kami? Anak-anak perlukan makanan dan pakaian. Saya juga perlukan duit untuk pergi bekerja. Suami juga kadang-kadang meminjam duit saya untuk pergi bekerja. Siapa yang sepatutnya memberi nafkah, suami atau saya?"

Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan serta menjaga keselamatan keluarga.

"Kenapa pula saya yang berdosa?"

Suami awak tak pernah keluar duit langsung ke untuk keluarga?

"Ada. Dia bayar installment rumah."

Berapa sebulan dia bayar?

"Sebulan RM1,500. Tapi masa dia menganggur, dia keluarkan duit KWSP untuk bayar advance selama 3 tahun."

Banyak juga yer? Tidak kiralah duit tu dapat dari KWSP sekalipun tetap duit dia juga.

"Takkan setakat bayar rumah jer? Makan minum, pakaian, bayar kereta dan keperluan rumah yang lain-lain tu takkan dia tak perlu ambil kisah?"

Dari segi hukum memanglah kewajipan dia, cuma, adakah dia  mampu?

"Semasa dia menganggur tu sudah tentulah dia tak mampu. Sekarang ni dia dah bekerja, dia kena usaha berlipat kali ganda untuk lunaskan tanggungjawab dia tu."

Kalau dia tak mampu juga?

"Sebab tu sekarang ni saya nak mintak cerai!"

Atas alasan apa?

"Walaupun dia dah bekerja, duit yang dia dapat bulan-bulan masih tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga. Nasib baiklah, installment rumah tak perlu bayar lagi selama 3 tahun. Sekarang ni saya masih lagi perlu hulur duit untuk perbelanjaan keluarga, walhal itu semua tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah kepada anak-anak tu."

Apa salahnya membantu suami buat sementara waktu ni?

"Saya dah penat asyik nak bantu dia sahaja. Sekarang ni semua perbelanjaan yang saya bayar dikira hutang."

Suami setuju?

"Setuju atau tidak dia kena ikut jugak."

Kenapa tak niatkan sedekah jer?

"Saya kena ajar dia supaya berubah. Dia kena cari duit banyak-banyak untuk bagi nafkah kepada saya dan anak-anak."

Sebagai isteri awak tak boleh menyombong kepada suami dan bertindak seolah-olah dia tu macam budak-budak yang perlu diajar walaupun mungkin awak lagi pandai dari dia. Sekadar berkongsi maklumat dan menyampaikannya secara berhemah memang baik cuma sebagai seorang isteri hendaklah menuruti batas-batas yang tertentu.


Rezeki tu di tangan Tuhan. Kita sebagai hambanya tidak boleh pula memaksa Tuhan untuk memberikan kita rezeki tersebut. Sebagai seorang hamba, kita tiada hak untuk memaksa.

Kalau rezeki suami dari segi duit (gaji) setakat itu sahaja macamana?

"Sebab tu saya nak tuntut fasakh atau perintah mahkamah untuk kami bercerai. Hidup saya dengan dia tak pernah senang. Saya pun ada hati juga untuk merasa hidup mewah."

Awak pasti ke bila bercerai dengan dia nanti hidup awak akan jadi senang atau mewah?

Kita kena selalu ingat "langit tak selalunya mendung" manakala bagi orang kaya sekarang ini "ingatlah langit pun tak selalunya cerah".

"Sekurang-kurangnya saya tak sakit hati macam ni."

Bersyukur dan bersabarlah. Awak kena faham, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, banyak ranjau dan durinya atau banyak dugaannya. Sepertimana kita ingin mendapatkan segulung ijazah, kita perlu belajar dan mengharungi peperiksaan atau ujian-ujian tertentu sebelum memperolehinya. Mustahil untuk mendapatnya dengan hanya memetik jari.

Kalau nak masuk syurga pun ada ujiannya!

Allah ada berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214.

"Saya rasa dah tak sanggup lagi membantu dia dari segi kewangan."

Cubalah bersikap lebih positif dan janganlah terlalu berkira khasnya tentang sumbangan atau bantuan kepada suami. Jangan sampai Tuhan pula berkira tentang rezeki yang sepatutnya kita perolehi atau dalam kata lain, rezeki kita ditahan-tahan.

Memanglah suami berkewajipan untuk menyediakan hampir segala-galanya. Tetapi bukanlah suatu kesalahan atau memberi kehinaan kepada seorang isteri jika bersedekah kepada keluarganya.

Allah berfirman..

”Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215.

Bukankah suami juga KAUM KERABAT dan kalau miskin pula masuk dalam golongan "orang miskin" sepertimana disebut di dalam surah tu?

Di dalam hidup berkeluarga perlu ada sikap bertolak ansur dan saling membantu dengan ikhlas kerana segalanya adalah kepunyaan Allah. Kita pula perlu berkongsi dan masing-masing tidak mempunyai hak mutlak ke atas sesuatu benda atau perkara.

"Ye lah tu. Encik lelaki, so, mestilah menyokong orang lelaki kan?"

Minta maaf. Saya bukan menyokong suami awak. Saya cuma berkongsi maklumat yang saya tahu tentang kehidupan suami isteri mengikut ajaran Islam. Malah, saya tak menganggap perbualan kita ini merupakan suatu nasihat dari saya kepada awak sebab saya tak layak untuk memberi nasihat.

Kalau awak rasa kata-kata saya tadi hanya berat sebelah dan menyokong suami awak sahaja, lebih elok awak dan suami mendapatkan bimbingan di mana-mana pejabat agama. Mereka ada pakar yang lebih tahu untuk memberikan bimbingan dan nasihat.

Saya cuma berharap, krisis rumahtangga awak yang berlaku ini tidak mengganggu tugasan awak seharian.


Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan staff aku tersebut. Aku berharap agar dia cepat-cepat menyelesaikan krisis tersebut supaya kerja-kerjanya di pejabat tidak terganggu dan mendatangkan masalah kepada kakitangan lain.

Samada dia menerima kata-kata aku itu, aku tidak pasti.




Sekian.

4 Responses so far.

  1. salam sejahtera;
    Dlm perbualan tadi sudah jelas isteri tadi sudah bosan dengan suaminya walupun suaminya sekarang sudah bekerja..disini juga saya dpt meneka bukan masalah duit atau kerja punca sebenar tetapi sikap ego lebih menguasai si isteri tu.

    P/S..Dlm islam untuk mencari isteri/suami kita diwajibkan yang soleh,baik budi,lemah lembut tak disebut berduit ke tak atau miskin atau kaya.

  2. salam..

    sy belum kahwen tp sy leh jdkan cerita ini sbg pengajaran..

    hmm.. perangai mansia skg mcm2..

  3. Saya masih belum berkahwin dan inilah antara cerita yang saya selalu dengar bab2 kahwin. Rsanya, kak diatas perlu relax and pikir apa motid sbenar dia nak mintak cerai yang sgt tak disukai Allah tu. Setiap ujian ALlah datang dgn hikmahnya. Tak respek suami just because of money tu mmg sgt melampau sbb isteri Rasulullah SAW, Khadijah yang kaya pun tak pernah tinggalkan Rasulullah SAW walau dalam keadaan apa pun dan Allah janjikan syurga untuknya.

  4. tak boleh komen sangat sebab belum kahwin. Tapi saya rasa kalau sudah kahwin mestilah sama2 harungi onak duri kan..susah senang samalah ditempuh

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com