Malam tadi aku berjumpa seorang rakan yang telah lama juga tidak berjumpa. Banyak kisah-kisah peribadi yang kami bualkan (dalam tempoh 2 jam tersebut). Kemudiannya perbualan kami berkisar pula tentang hal-hal pekerjaan khasnya yang menjurus kepada perniagaan pengurusan tunai (Cash Management Business). Bergelas-gelas air nescafe tarik kami teguk kerana perbualan kami semakin panas dan menarik...hehe.
Semasa aku bekerja di syarikat Kawalan Keselamatan yang terdahulu, fungsi utama aku adalah untuk membuat perubahan-perubahan bagi memperbetulkan keadaan serta memastikan setiap proses yang melibatkan pengurusan tunai menepati kehendak pihak pelanggan khasnya bank. Oleh itu, banyak proses-proses yang telah aku improvise dan aku tambah beberapa prosedur bagi memastikan semua elemen-elemen risiko telah aku ambil kira dan elakkan.
Menurut rakanku itu, tindakan aku untuk implement beberapa prosedur tambahan telah membuatkan beberapa orang di bahagian pengurusan yang tidak senang duduk...
Kenapa ek?
"Ada udang di sebalik mee bro. Bila engkau tambah macam-macam prosedur, setiap proses akan terkawal ketat. Bagi diorang, itu hanya menyusahkan je. Prosedur-prosedur yang ketat macam tu hanya untuk dipatuhi oleh staff je."
Eh? Policies dan Procedures yang aku buat itu adalah sebagai guidelines yang perlu dipatuhi bagi melakukan setiap pekerjaan yang melibatkan proses-proses tertentu dan tujuan aku adalah untuk memastikan setiap elemen-elemen risiko telah kita mitigate. Sekiranya setiap proses perlu mematuhi prosedur-prosedur tertentu, tidak timbul samada ianya untuk dipatuhi oleh pekerja bawahan sahaja, it applies to all termasuklah pihak pengurusan atasan. Semua tu untuk kebaikan syarikat dan juga menjaga kepentingan pelanggan. Macamana pula boleh ada undang di sebalik mee?
"hahaha...puncanya sebab mereka tidak boleh sesuka hati mengambil duit pelanggan."
Laaa...biar betul? Memang pernah ada ke "missmanagement"? Memang wujud ke Criminal Breach of Trust (CBT)?
"Tu lah...memang ada cuma tak ada orang yang sanggup nak beritahu engkau. Bila engkau implement prosedur-prosedur baru ditambah pula dengan penggunaan software, setiap inci pergerakan wang tunai adalah direkod. Sudah tentulah penyalahgunaan wang pelanggan hampir mustahil untuk dilakukan."
Oh...sekarang, baru aku faham kenapa wujudnya kebencian terhadap aku dan hasil kerja aku.
"Memang la bro. Diorang sengaja timbulkan isu-isu personal pasal engkau sebab untuk jadikan engkau macam diorang yang mengambil duit pelanggan sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah kewangan syarikat memang tak boleh."
Aku ni bekas pekerja bank dan dididik untuk sentiasa memastikan duit pelanggan sentiasa terjaga rapi dan menentang keras unsur-unsur penyalahgunaan.
"Mentaliti bro. Bagi engkau melihat dan memegang duit berjuta dah jadi biasa, tetapi bagi diorang tidak, sebab itu rambang mata. Kena pulak syarikat memang menghadapi masalah kewangan, peluang yang wujud di depan mata sure takkan dilepaskan."
Hmmm...dulu, nak cover up CBT agak mudah dengan adjust buku register tunai atau meletakkan peti tunai yang kosong di sebelah belakang longgokan wang tunai.
Jadi, semasa melakukan pemeriksaan tidak akan terjumpa sebarang kekurangan dan jika kurang sekalipun, buku tunai menunjukkan imbangan tunai menunjukkan seperti tiada kekurangan.
"Oooo...macam kes duit syiling yang kurang lebih sejuta tu yer?"
A ah, lebih kurang la...semasa memeriksa biasanya kita akan hanya mengira jumlah peti dan mendarab dengan nilai wang di dalam sesebuah peti untuk mengetahui nilai keseluruhannya semasa membuat imbangan. Mungkin kerana jumlah peti yang banyak, si pemeriksa akan sekadar mengambil jalan mudah tidak mengira isikandung setiap peti.
Tapi, nampaknya sekarang ini berbeza dan tindakan mereka semakin licik.
"Maksud engkau?"
Kalau dulu cara paling mudah ialah adjust buku register tunai tapi itu masih lagi kurang smart kerana bagi orang yang dah biasa membuat pemeriksaan, dia akan tahu wujudnya hanky panky.
"Habis tu?"
Wujudkan kes terancang. Contohnya create situasi atau insiden rompakan yang sekadar mock atau bukan betul-betul.
"So, diorang bukan sahaja dapat duit yang kononnya dirompak tu tetapi juga dapat claim dari syarikat insurance?"
Yup!
"Bukan ke pihak Polis akan menjalankan siasatan? Takkan pihak Polis tidak jumpa apa-apa yang meragukan?"
Pegawai Polis tu pun manusia juga bro. Kadang-kadang mereka juga boleh tertipu. Sebab itu untuk memudahkan proses penyiasatan kadang-kadang pihak Polis akan mereman pekerja-pekerja syarikat yang dirompak untuk mendapatkan sebanyak mana maklumat walaupun pekerja-pekerja tersebut tidak terlibat langsung di dalam rompakan tetapi mempunyai authority tertentu untuk access ke wang tunai tersebut.
Lagi satu, kalau rompakan tersebut dikatakan secara bersenjata tetapi langsung tiada kelongsong peluru yang tertinggal di tempat kejadian atau langsung tiada saksi yang melihat kejadian tersebut, memang agak sukar juga untuk pihak Polis melakukan siasatan.
Mungkin pihak Polis mengesyaki wujudnya elemen-elemen pakatan di antara orang dalam syarikat dengan si perompak. Mungkin kejadian tersebut hanyalah rekaan dan dilakukan untuk tujuan CBT. Oleh itu, menangkap dan mereman pekerja-pekerja tertentu mungkin menjadi alternatif terbaik untuk memulakan siasatan.
"Betul gak tu."
Aku berharap perkara-perkara macam tu tak wujud di syarikat-syarikat yang aku pernah bekerja dahulu. Bukan apa, aku risau juga kalau duit gaji yang aku dan staff lain dapat itu adalah duit haram hasil perbuatan syarikat melakukan CBT. Memanglah jika kita tidak tahu, kita dimaafkan tetapi bagi aku keberkatan dari duit hasil sebegitu mungkin kurang atau langsung tiada lebih-lebih jika unsur-unsur was-was berlegar-legar di minda...
Tetapi secara terus terang, selepas kami berbual bual tentang possibilities wujudnya CBT dengan plan terancang, minda aku dah mula was-was!!....adoi ai!
Sekian.
salam;
ni kira jenayah kolar putih lah ni..jenayah mcm ni memang susah ditangani sebabnya org2 bijak yang merancangnya...
Assalam..
Sekarang mcm2 cara org nak menipu apatah lagi bila rambang mata tgk duit berjuta depan mata..
Assalamualaikum
stuju dengan topik CBT nie banyak kest ini melibatkan hal-hal di atas oleh pihak atasan dari pandangan mata orang bawahan taktik untuk untuk tiada bonus pada tahun tu...
salam singah dari http://lepaksonline.blogspot.com/ :)