Thursday, December 8, 2011

Blog aku hilang???

9 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kerana lama bebenor tak update blog aku ni. Kesibukan menguruskan hal-hal pejabat ditambah pula dengan tugasan penulisan, aku hampir tiada idea untuk mencoret apa-apa di blog ni.

Baru sebentar tadi aku buka untuk sesaja melihat kalau-kalau ada mesej-mesej penting yang disampaikan rakan-rakan.

Mata aku buntang...darah aku berderau...aku terkezzzzut...aku panik...aku sedih!!


Blog aku dah kena removed!

Google bagi mesej "suspicious activities".


Panik juga. Then aku contact Google.

Terpaksa minta verification code untuk reinstate Google account aku.

Kenapa jadi macam tu?

Ada beberapa andaian...

Mungkin ada orang yang tahu password Google aku dan masuk ke akaun dari tempat lain.

Mungkin ada orang cuba masuk atau hack akaun Google aku dan beberapa kali mengguna password yang salah.

Mungkin terlalu banyak backlinks yang cuba dihantar oleh SPLOG ke blog aku ini.

Mungkin sebab lama tak update...dan inilah caranya Google bagi warning kat aku supaya update selalu...

Entahlah...

Nasib baik masih boleh reinstate...

Kalau tak, terpaksalah buka akaun baru dan buat blog baru...mungkin namanya kena tukar...
...Abang Long Offline... atau
...Abang Long Takde Line...

Ish3...




Sekian.

9 Responses so far.

  1. salam..

    hikhik..nsb ada kan blog ni..

    lau tak,kena tukar nama baru yg boleh wat tsenyum..hikhik..

  2. nasib baik....risau juga kalau tetiba jadi mcm tu....kalau buat blog baru pun,xkn sama dgn yg lama ni kan...;)

  3. lyza says:

    Oooo..patut le nama abg long hilang dr follower saya ek... :)
    Mcm saya plak harini..hilang lebey 20 orang follower..T_T
    Tak tahu le sama ada dorang tarik diri sb blog saya tak best or ada kesilapan kt mana2..b4 ni penah gak jd cmni..esok check follower jd byk plak...
    any idea abg long?

  4. Salam Nuyui...Tu la tuh. Nasib baek ada lg..

    Salam Aishah...kalau nak buat blog baru rasa rugi sgt2...kawan2 dan follower dah ramai...entry dah banyak.. iklan2 dah masyuk...ish3


    Salam Iyza...follower hilang ada bnyk sebab...mungkin google down (kena refresh jer), mungkin blog tu dah kena banned, mungkin blog tu jd cam Abg Long punya td, etc. Jarang blogger nak buang masa unfollow blog yg mereka dah follow.

  5. Kazen says:

    nie gune email ape nie gmail ke yahoo mail lg satu google+1 dh wat ke lum?

    Entri Terkini | Google +1 Ganti Google Friends Connect

  6. lyza says:

    abg long..
    betul le ckp abg long tu..kena refresh je..saya dah buat..dr 82.. tup2 jd blk ke asal..
    thks abglong..owe u..;)

  7. salam;
    macam-macam karenah jugak sploglah,backlinklah dan hackerlah takut aku dengar Bang Long,dahlah aku tak reti sangat bab komputer ni..

  8. Miziey says:

    Hahah. Sori Abg Long tapi guwa nak gelak jgak dgn nama blog yg Abg Long nak letak tuh. Kah3.

    Waa~ pemes aa blog Abg Long nih klau ada yg sampai nak hack. Heheh. Hebakk ah.
    :D

  9. bila blogspot ni macam-macam ragam dia, tu yang tak syok nak guna blogspot secara serius

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com