Wednesday, November 30, 2011

Muka ketat, ketat dan ketat lagi

8 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda jika seseorang menegur anda agar bersikap lebih ceria? atau..menyuruh anda membuang tabiat bermuka ketat (masam)? Menasihati anda demikian minggu demi minggu demi minggu demi minggu?. Minggu lepas cerita pasal muka ketat, minggu ni pasal muka ketat lagi, minggu depan pasal muka ketat juga, minggu-minggu berikutnya pun cakap pasal muka ketat, ketat, ketat dan ketat lagi.... Apa nih?


Niatnya baik untuk menggalakkan semua staff agar bersikap ceria khasnya dipermulaan minggu, tetapi kalau setiap minggu asyik bercerita hal muka ketat jer, harus staff yang mendengarnya akan terus-terusan bermuka ketat (akibat kebosanan yang melampau). Kalau tak ketat, terpaksa mengguna screw driver, spanar atau apa-apa gadget yang terfikir bagi memperketatkan lagi muka masing-masing...heeee.

Pada pendapat aku nasihat sebegitu cuma membazirkan masa dan menimbulkan rasa kureng bukan sahaja kepada orang yang mendengarnya bahkan juga kepada diri sendiri. Kalau telah memberi nasihat sekali dua dan masih tidak berjaya, sudah-sudahlah. Gunalah approach yang lain. Bukan mudah untuk menceriakan orang lain. Agak mustahil untuk mengubah sikap orang lain. So, buat apalah membuang masa berceramah dan berpidato tentang benda yang sama kecualilah berceramah hal-hal agama yang sememangnya dituntut untuk kita sama-sama berpesan-pesan tetapi secara berhemah dan penuh kesabaran.

Janganlah berharap dan beranggapan bahawa orang lain perlu mematuhi arahan agar sentiasa ceria atau mengelakkan bermuka ketat. Kita tidak tahu masalah orang. Kita tidak faham kenapa mereka bermuka ketat. Kita tiada hak untuk memarahi orang yang bermuka ketat. Kita tidak tahu ada kemungkinan muka seseorang itu sejak azali memang sedemikian ketat...(ada ke?).

"Habis tu?"

Setiap orang staff mempunyai perasaan yang tersendiri. Menyuap mereka dengan teguran-teguran atas perkara-perkara yang remeh-temeh membuatkan mereka bosan. Memperingatkan mereka tentang peraturan-peraturan ketat syarikat juga mungkin membuatkan mereka risau dan perasaan jadi berbaur-baur yang sudah tentu boleh memperketatkan muka mereka (hehehe...betul ke ayat aku tu?). Melaksanakan undang-undang secara syok sendiri juga boleh mewujudkan situasi yang sama.

Memanglah undang-undang syarikat perlu dipatuhi, tetapi memberikan kefahaman tentang undang-undang tersebut juga amat penting. Bukanlah dengan cara yang menimbulkan keresahan atau rasa tidak puas hati kepada staff seperti mengugut serta menyampaikan amaran secara keras atau dengan suara yang kuat seperti memberikan arahan kawad kepada segerombolan askar.

Apa kata bertindak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan keceriaan tetapi bukanlah dengan keterlaluan. Galakkan kerjasama (team work). Bangkitkan semangat dan bukannya berikan ugutan. Sebarkan khabar gembira progress syarikat atau vision MD yang inginkan syarikat untuk berjaya. Khabarkan misi-misi yang akan dibuat. Hebahkan bahawa semua orang di dalam syarikat adalah penting.

"Kalau muka diorang masih ketat?"

Biarkan. Senyum sahaja kepada mereka. Mungkin mereka ada masalah yang terlalu berat yang sedang dipikul. Tahulah mereka bagaimana untuk menceriakan diri sendiri. Mana ada orang yang ingin bermuka ketat seumur hidup.

"Ohh..jadi, cara saya tu salahlah yer?"

Bukan salah. Niatnya betul. Caranya boleh diperbaiki. Cuma janganlah memanjang-manjangkan perkara yang remeh-temeh hingga kelihatan tindakan tersebut seperti tiada added value sewaktu morning talk.




Sekian.

8 Responses so far.

  1. salam;
    bagai menarik rambut dalam tepung atau cubit-cubit tiup..pendekatan seperti inilah yang paling sesuai.

  2. Anonymous says:

    kalau dah semulajadi muka ketat takleh dah nak ubah..

  3. Jahirah says:

    kesian yg mmg jnis muka mmg ketat tu...org menilai sbg srg yg sombng, xmesra padahal muka je ketat tp hati tak seketat muka pun....

  4. lyzaCR7 says:

    bio le muka ketat asalkan hati tak ketat..tp kekdang tu ada gak muka n hati sama ketat..huhu..hat tu lg payah...
    lg ketat muka kita..lg ketat la kita nk dpt kawan..org sekeliling..takut nk dekat..biasa la kan..muka 1st impression..bak kata org2 lama "dr mata turun ke hati.."
    mcm lari tajuk je kan..:P

  5. ingat kain baju je ketat muka pun ketat

  6. munirah says:

    muka kucing tuh serius ketat ! haha

  7. Hasny says:

    salam. dah biasa dah. senyum kt orang tapi balasan muka ketat. kat ofis, jiran depan rumah pun camtu. mula2 pelik dan bengang gak. tapi lama2 dah lali dah. dalam hati "xnk senyum sukahati lah.. ada aku kesah" sebenarnya kesah tapi nak buat macamana, takkan nk paksa pulak kan...

  8. Anonymous says:

    salam...pasal muka ketat ni,selalu terjadi kat kaum hawa...ratu yg tergolong dalam kaum hawa ni pon terpk2...ape la mslh yg di-pk smpai ketat muka tu...org yg wat muka ketat ni, kene la selalu think positif..tu je..org yg positif sentiasa ceria... :)

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com