Friday, November 4, 2011

Hal-hal keselamatan tanggungjawab siapa?

1 comments
 
Salam...

Kelmarin, aku mencoret entry tentang "jangan mengambil mudah aspek-aspek keselamatan" khasnya kepada pekerja-pekerja syarikat kawalan keselamatan. Isu ini terbangkit setelah wujud kejadian rompakan yang mengakibatkan kehilangan nyawa seorang pengawal keselamatan baru-baru ini. Coretan aku itu telah menimbulkan beberapa isu-isu lain yang berkaitan. Ada yang suka, ada yang kurang berkenan (dengan statement aku) dan ada juga yang marah-marah tak tentu pasal.


Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek keselamatan para pekerja syarikat kawalan keselamatan?

Ada yang kata itu adalah tanggungjawab syarikat sepenuhnya. Ada yang kata tanggungjawab pekerja itu sendiri. Ada juga yang kata pihak agensi Kerajaan juga perlu bertanggungjawab.

Pada pandangan aku, kesemua pihak yang tertulis di atas ada tanggungjawab masing-masing cuma peratusannya sahaja yang berbeza-beza.

Kita ambil satu sampel berdasarkan kejadian rompakan tempohari.

Kenapa kutipan wang tunai yang dibuat oleh pengawal-pengawal keselamatan tersebut hanya menggunakan kenderaan biasa dan bukannya kenderaan khas yang kalis peluru (bullet resistance)?

Para pengawal keselamatan mungkin menjawab, mereka diarah untuk membuat kutipan walaupun kenderaan khas tiada. Pihak syarikat mungkin berkata, kami terpaksa menggunakan cara yang berisiko kerana pihak Kerajaan lambat memproses kelulusan permit untuk membeli kenderaan khas tersebut. Jika kutipan tidak dibuat, syarikat mungkin terpaksa menanggung kos akibat dikenakan penalty oleh pelanggan. Agensi Kerajaan yang berkaitan pula mungkin menjawab, syarikat keselamatan tersebut sepatutnya telah membuat permohonan lebih awal untuk proses kelulusan permit.

Dalam kata lain, khasnya apabila rompakan telah berlaku, masing-masing seolah-olah menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Macamana kami hendak menyediakan van keselamatan dengan cepat, agensi Kerajaan yang terlibat mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan sesuatu permohonan permit. Berbagai-bagai syarat diberikan termasuklah syarat memiliki suatu perjanjian (bersetem) dengan pelanggan kami. Mana mungkin kami dapat memeterai perjanjian dengan pelanggan kalau kami tiada van keselamatan yang merupakan syarat utama sebelum perhubungan perniagaan dibuat. Kadang-kadang kami terpaksa menunggu 3 hingga 6 bulan untuk mendapatkan satu permit. Dalam tempoh tersebut, kos-kos operasi terpaksa kami tanggung walaupun tiada jualan. Kami bukanlah sebuah syarikat pembekal barangan yang boleh menyewa kenderaan untuk penghantaran barangan. Jika van keselamatan tiada, kami sudah tentu tidak boleh berniaga."

Takkan lah sebab inginkan fee berjumlah kurang dari RM200 sanggup menggadaikan nyawa pengawal keselamatan?

"Kami tiada niat untuk mendedahkan kakitangan kami kepada risiko kematian atau kecederaan serius semasa bertugas. In fact, kadangkala kami terfikir juga, mungkin dengan menggunakan kenderaan biasa, risiko rompakan akan berkurangan kerana tiada siapa menjangka kenderaan tersebut digunakan untuk mengutip wang tunai."

Janganlah suka berbuat andaian sentiasa selamat apabila melibatkan hal-hal berkaitan wang tunai. Mungkin terdapat pakatan di antara staff sendiri dengan perompak, kita mana tahu. Semua elemen-elemen risiko mestilah diambil-kira.

"errrr..."

Jadi, sekarang ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Yang pasti, siperompak tersebut memang bersalah. Cuma, mungkin, mereka mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhidang atau dihidangkan dengan sengaja serta dibantu oleh "orang dalam" yang membekalkan maklumat terperinci...




Sekian.

One Response so far.

  1. salam;
    bagi aku..syarikat keselamatan bersalah..sbbnya sebelum menceburi apa2 bidang perniagaan lebih2 bidang keselamatan,mesti lengkap dlm semua aspek yg berkaitan,syarat2 semasa pendaftaran mesti ketat..jgn dulu sain kontrek selagi permohonan belum selesai,sepatutnya sebelum menubuhkan syarikat keselamatan benda2 ni sudah awal dipohon.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com