Tuesday, November 29, 2011

Iklankan bahan lucah?

7 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda apabila disogokkan dengan bahan-bahan berunsur lucah khasnya gambar-gambar dan klip-klip video? Malu? Marah? Atau suka dan kembang-kempis lubang hidung menahan gelora?

Mungkinkah ada yang akan menjawab, kalau tengok sorang-sorang OK la @ suka dan kembang-kempis lubang hidung tu? Kalau ada orang lain, malu atau buat-buat marah...ish3.


Biar apapun jawapannya, aku pasti gambar-gambar atau klip-klip video tak senonoh sebegitu akan menimbulkan kemarahan sesetengah ibubapa apabila ianya diperlihat atau dipertontonkan kepada anak-anak mereka yang masih kecil (belum akil baligh).

Begitu juga dengan aku...

Ada 2 atau 3 kali (yang aku perasan) blog aku ini dipaparkan iklan-iklan atau promosi-promosi blog lain samada melalui backlinks atau pings yang memaparkan entry-entry berbaur lucah dan pernah juga memaparkan dengan terang-terangan entry sinopsis video yang sememangnya lucah.

Jika sekadar gambar-gambar seksis yang masih lagi terkawal, tidak mengapa juga, tetapi kalau dah tunjuk gambar aksi-aksi seks dengan tubuh badan perempuan yang berbogel dengan jelas, bagi aku itu sudah keterlaluan.

Yang lagi haru...bila anak-anakku yang suka membelek-belek blog aku ini tiba-tiba berkata.."Abah, ada iklan video..pompuan tu tunjuk tetek!!!".

Sudah!!!!...Kelam-kabut aku masuk campur dan dengan segera menutup blog aku tersebut!

Kalau begini berterusan, terpaksalah aku ubah klasifikasi blog aku ini menjadi bahan bacaan untuk 18 tahun ke atas semata-mata untuk mengelakkan anak-anak aku melawat dan membaca blog aku ini.

Aduyai...!




Sekian.

7 Responses so far.

  1. salam..bahayakan..kdg2 kt tak sedar ada jd camtu..

  2. btol2...
    bhye skang ney..
    kdg2 owner blog x twu pown..
    tibe2 jew adew...

  3. salam,
    setuju sangat pendapat Abang Long,tak harus dibiarkan bahaya!!.

    P/S...lama tak dpt terjah blog Abang Long sebab masalah malware!!.

  4. ozzy says:

    Assalam..

    Memang x dinafikan iklan/bahan lucah memang sering menjadi tarikan tapi bukan semua yg sukakan cara mcm tu.

  5. Salam Nuyui, Acan Ketot, Yusuflaili dan Ozzy...Menggunakan medium atau laman web tertentu utk pings bagi mendapatkan trafik memang perlu. Walaubagaimanapun kita perlu memilih medium mcm mana yg sesuai. Tetapi pihak yg bertanggungjawab menyelenggara medium tsb juga harus lebih berhati2 mengawal agar setiap pings bukanlah sesuatu yg tidak bermoral atau mungkin menimbulkan implikasi negatif kpd pengguna.

    Yusuflaili...haritu ada web (pings & backlinks) yg diklasifikasikan sbg malware oleh beberapa website terkemuka termasuklah Google. Aku dah delete iconnya dr blog aku ni. Kalau ada lg mesej2 mcm tu, minta tolong beritahu aku yer?

  6. dulu2 selalu ke cc, tgk bdk2 sek rndh lg dok depan pc,kebetulan keluar pic yg mengarut kt browser,diaorg tgk mcm xde perasaan je,tp terfikir lak betol ke xde perasaan.
    p/s:da bebas malware detect...:)

  7. Salam Cik Aisha...mungkin bebudak tu saje tunjuk xde perasaan coz ramai orang kat situ...tak pun mungkin diorang dah biasa sangat sampai dah muak dan x peduli..hehe. mmmmm...memang merisaukan ibu bapa..ish3

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com