Saturday, November 19, 2011

Polisi menindas pekerja?

3 comments
 
Salam...

Anda bekerja sebagai pengawal keselamatan? Anda bekerja dengan memakai uniform khas? Kenapa yer? Nampak kemas? Nampak seragam? Nampak macam budak-budak sekolah? Tidak kiralah apa komen-komen yang terbit, memakai uniform khas bagi pengawal keselamatan merupakan sesuatu yang menjadi kemestian bagi semua syarikat-syarikat kawalan keselamatan.


Apa jadi jika anda tidak memakai uniform tersebut? Bos marah? Client akan bising? Syarikat akan didenda? Anda dikenakan tindakan tatatertib?

Jadi, jika memakai uniform merupakan suatu kemestian, setiap pengawal keselamatan perlu memiliki uniform tersebut. Sekurang-kurangnya 2 helai. Ye la...takkan hendak memakai uniform yang sama selama 6 hari dalam seminggu. Kalau sempat dicuci tak mengapalah juga. Kalau terpaksa bertugas melebihi tempoh 12 jam sehari, bila masa pula ingin mencuci uniform tersebut. Ramai orang akan menjauhkan diri bila terbau uniform yang dipenuhi bekas keringat dan peluh.

Persoalannya, siapakah yang membayar kos pembelian uniform tersebut?

Begini keluhan pekerja...

"Saya suka pakai uniform bang. Cantik, kemas dan nampak segak. Cuma, kenapa saya yang mesti membayar kos pembelian uniform tu? Sepatutnya pihak syarikat yang perlu menyediakannya. Lagipun, pekerja macam saya ni tiada pilihan lain terpaksa memakainya dan atas arahan syarikat juga."

Berapa harga sehelai uniform tu?

"Lebih kurang RM40. Kalau 2 helai dah jadi RM80. Dicampur dengan accessories saya perlu menanggung kos lebih RM100. Gaji saya bukannya mahal. Bagi saya RM100 tu nilainya agak tinggi untuk menyara kehidupan saya."

Pernah ajukan kepada syarikat supaya kos uniform tersebut ditanggung oleh syarikat atau sekurang-kurangnya diberikan sedikit subsidi?

"Pernah bang. Jawapannya, kalau tak nak boleh berhenti."

Alamak!

"Saya perlu bekerja bang. Sebab tu saya redha dengan apa yang berlaku. Cuma, saya agak terkilan, kenapa syarikat saya tu tak nak ikut cara syarikat lain? Syarikat-syarikat lain mengeluarkan belanja membeli uniform untuk dipakai oleh para pekerja."


Begini pula kata-kata Pengurusan syarikat...

"Untuk membeli uniform, banyak kos-kos tertentu yang pihak syarikat kena bayar. Bukan sekadar harga uniform sahaja malah kami juga memerlukan permit untuk menggunakan uniform tersebut. Apalah salahnya pekerja berkorban sedikit. Bukan mereka perlu membeli tiap-tiap bulan. Polisi syarikat telah ditetapkan begitu, jadi, mereka mestilah mematuhinya."

Itu bukan macam menindas pekerja ke?

"Kami dah beri penerangan. Mereka ada pilihan. Kalau tak suka boleh berhenti dan tak perlu bekerja dengan kami."

Kenapa syarikat tak mahu beri sedikit subsidi?

"Kami berniaga. Semuanya ada kos-kos tertentu yang kami perlu bayar. Kami perlu memastikan perniagaan kami mendapat keuntungan."

Ohhh...so, kiranya masing-masing syarikat dan staff sama-sama membantu perniagaan syarikat termasuklah menanggung harga kos pembelian uniform tu ye?

"Eh? Kami tak jual harga kos. Kami markup juga dalam 20% dari harga kos. Kalau tidak macamana kami nak untung? Kami kan berniaga...?"

Pulak dah!...




Sekian.

3 Responses so far.

  1. Unknown says:

    hahaha macam2 lah org skarang nie...kalu dh name nye bniaga kot mana2 pun mesti ade sistem bussiness jugak.... haha

    Entri terkini | 20 Tone/Attitude Words

  2. Biasanya uniform disediakan tak tolak gaji...

  3. nampak seragam laa...dh nma pun pkaian seragam...:D bdw, ni abg long bkt bntang ka?ekeke

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com