Saturday, November 12, 2011

Prosidur untuk penjenayah?

0 comments
 
Salam...

Mungkin cerita aku ini sudah basi iaitu tentang rompakan sebuah ATM milik sebuah bank terkemuka di Cheras awal minggu ini yang melibatkan kehilangan wang tunai lebih kurang RM316,000. Beberapa akhbar dan television memaparkan berita tersebut. Malah, ada yang menulis atau menyebut dengan hampir terperinci bagaimana modus operandi rompakan tersebut dilaksanakan oleh enam lelaki bertopeng.


Aku tidak berniat ingin mengupas tentang cerita rompakan tersebut cuma wujud beberapa persoalan yang bermain-main di minda aku.

Bukan tentang kehilangan yang ditanggung oleh pihak bank atau faktor-faktor keselamatan yang mungkin longgar hinggakan ATM tersebut boleh dirompak (dengan menariknya keluar dari SST area), tetapi lebih kepada maklumat terperinci yang dipaparkan atau diceritakan oleh akhbar-akhbar dan television.

Kenapa pula aku particular dengan maklumat tersebut?

Bukan apa...jika dahulu orang atau mungkin penjenayah tidak tahu bagaimana untuk melarikan atau merompak sebuah ATM, sekarang ini, selepas membaca akhbar-akhbar dan menonton television, cara-caranya dengan jelas diperolehi. Ikat dengan tali atau rantai yang kuat, seret dengan kenderaan dan pecahkan peti wangnya...!!

Aku juga tidak berniat untuk menegur para pemberita kerana memaparkan modus operandi penjenayah tersebut secara terperinci. Mereka sekadar menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka menyampaikan maklumat kepada pembaca atau penonton.

Aku cuma berharap modus operandi yang diceritakan tidak menjadi duplikasi kepada kejadian-kejadian lain di masa-masa akan datang.

Harap-harap pihak bank akan lebih berhati-hati dan berbuat sesuatu untuk memperketatkan kawalan keselamatan kepada ATM milik mereka.




Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com