Thursday, November 10, 2011

Ikut polisi atau menganiaya?

2 comments
 
Salam...

Minggu ini aku begitu sibuk dengan kerja-kerja aku khasnya turut sama memantau aktivi-aktivi pengubahsuaian (renovation) yang dilakukan terhadap pejabat baru aku di Shah Alam. Dengan kos pengubahsuaian melebihi angka RM 1 juta, sudah tentu syarikat ingin memastikan modal yang dikeluarkan tersebut berbaloi dengan hasil kerja kontraktor.


Aku memohon maaf sekiranya anda datang ke blog aku ini, tidak menjumpai sebarang entry baru sepertimana yang diharapkan untuk beberapa hari.

Di dalam kesibukan aku memantau operasi pengubahsuaian, sempat juga aku bertemu beberapa ex-staff aku di syarikat lama dahulu. Biasalah, apabila berjumpa, banyak kisah-kisah lama yang dibualkan dan aku tertarik tentang kisah-kisah "panas" yang pernah menyebabkan pekerja-pekerja melakukan mogok.

Puncanya adalah...gaji, gaji, gaji dan gaji lagi....

Bukan sebab gaji di bayar lambat, tetapi tentang gaji yang dipotong-potong dan dicincang-cincang.

Keluhan pekerja...

"Macam ni bos, overtime saya selalu sangat kena potong dengan bermacam-macam alasan. Walhal, kalau saya tak buat overtime tu, tak ada siapa pula yang akan bekerja pada masa tu."


Keluhan (atau mungkin keegoan) pihak pengurusan...

"Kita terpaksa potong jumlah overtime mereka sebab kita terikat dengan undang-undang buruh."

Undang-undang apa tu?

"Setiap pekerja hanya boleh membuat kerja lebih masa tidak melebihi 4 jam sehari."

Berapa jam kerja lebih masa yang mereka telah buat?

"Ada yang 5 jam, ada yang lebih dari tu. Malah ada juga yang telah buat overtime sampai 12 jam."

Apa yang pihak pengurusan buat?

"Kami potong semua jam yang melebihi angka 4 jam. Maksudnya, jika mereka bekerja 5 jam, kita cuma akan bayar maksima 4 jam sahaja."

Apa jadi dengan jumlah jam yang mereka telah bekerja tu?

"Itu, mereka kena tanggung sendiri. Siapa suruh buat OT sampai lebih 4 jam sehari? Mereka kena tahu dan faham tentang undang-undang buruh yang ada."

Ohhh...pihak pengurusan faham tak dengan undang-undang buruh tu?

"Mestilah. Kenapa awak bertanya macam tu?"

Undang-undang buruh tu bertujuan untuk menjaga kepentingan para pekerja agar tiada unsur-unsur penganiayaan terhadap mereka. Had bekerja lebih masa selama 4 jam sehari tu sebenarnya untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat memaksa pekerjanya bekerja melebihi tempoh tersebut khasnya dengan tujuan memberi mereka masa untuk berehat dan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.

Jika mereka (pekerja) terpaksa bekerja melebihi tempoh tersebut atas apa jua faktor, pihak syarikat perlu memberikan mereka pampasan atau bayaran yang setimpal.

Sekarang ini, perkara dah macam terbalik. Pekerja-pekerja tersebut telah bekerja lebih masa akibat kekurangan pekerja atau proses-proses yang memerlukan mereka menambah jumlah jam, manakala pihak pengurusan pula, tanpa berfikir panjang dan tanpa ada rasa simpati sesuka hati memotong jumlah bayaran yang sepatutnya mereka dapat. Itu penganiayaan namanya.

"Kami cuma mengikut undang-undang buruh."

Sebenarnya pihak pengurusan yang tidak faham tentang undang-undang buruh tersebut.

Saya cadangkan kesemua yang terlibat (di pihak pengurusan) untuk pergi berkursus tentang undang-undang buruh tersebut agar mendapat kefahaman dan menghentikan semua penganiayaan terhadap pekerja-pekerja.




Sekian.

2 Responses so far.

  1. Salam;
    Setuju pendapat ini,jabatan tempat aku selalu ada masalah mcm ni,walaupun kami disuruh kerja lebih masa tapi kami hanya dibayar 3jam saja..

    P/s..apasal 2-3hari ni bila aku bukak blog AbangLong asik keluar simbol desh dlm bulatan merah,warning apapulak tu? tak boleh bukak langsung..baru tengah hari boleh bukak dan boleh komen.

  2. Salam Yusuflaili...insiden mcm ni selalu sgt berlaku khasnya yg melibatkan sykt2 sdn bhd dan kecil. Tafsiran terhadap undang2 hanya mengikut sesuka hati mereka sahaja. Entah bila perkara mcm ni akan selesai.

    Pasal warning tu, aku dapat info juga dr rakan2 blogger yg lain. Ada yg kata virus tapi bila check takda la pulak..ish3

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com