Sunday, November 6, 2011

Feng Shui?

0 comments
 
Salam...

Anda berbangsa Cina? Anda bukan berbangsa Cina, tetapi adakah anda percaya kepada Feng Shui? Ramai rakan-rakan aku yang berbangsa Cina dan kepercayaan kepada Feng Shui sering kali memberi inspirasi kepada kehidupan mereka (atau mungkin juga menerbitkan masalah-masalah tertentu).


Apesal aku melalut di Hari Raya Korban nih? Cerita pasal Feng Shui pulak tuh?

Aku sekarang ini sedang sibuk menguruskan aktiviti renovation terhadap Cash Center aku di Shah Alam. Salah satu di antara perkara-perkara yang dikatakan wajib untuk diubah ialah kedudukan main gate besi. Pada asalnya kedudukan pintu utama itu betul-betul berhadapan dengan tiga simpang jalan dan menurut ramai rakan-rakan yang berbangsa Cina ianya memiliki Feng Shui yang tidak baik.

Tambah mereka, sebab itu syarikat asal yang menggunakan bangunan tersebut lingkup dan menunggu masa untuk muflis!

Aku memang tahu bahawa syarikat tersebut memang menghadapi masalah dan sedang menuju ke arah kemuflisan. Tetapi, adakah kehancuran syarikat tersebut disebabkan oleh Feng Shui yang tidak baik tersebut?

Apa yang aku tahu ialah, syarikat tersebut banyak melakukan kesalahan dan kesilapan termasuklah berbuat sesuatu yang melibatkan penganiayaan terhadap pekerja-pekerja serta kemungkinan berlakunya CBT (criminal breach of trust).

Bagi aku, jika penganiayaan berlaku atau dilakukan, tunggu sahajalah balasan atau kehancuran kerana doa-doa orang yang teraniaya itu makbul. Begitu juga CBT. Pecah amanah melibatkan penyalahgunaan wang pelanggan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

Apa yang boleh aku katakan sekarang ini, bukanlah Feng Shui yang tidak elok yang menyebabkan syarikat tersebut lingkup tetapi perangai dan perlakuan pemiliknyalah yang membuatnya jadi begitu.

Balasan sedang dilaksanakan...Kesombongan kerana suka mengorbankan hak-hak para pekerja menjadikan syarikat tersebut juga terkorban. Adalah lebih elok jika membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan daripada menyuruh atau memaksa pekerja-pekerja untuk berkorban dan terkorban.

Selamat Hari Raya Korban...




Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com