Wednesday, November 23, 2011

Meminta sesuatu yang tak perlu diminta

3 comments
 
Salam...

Masih di dalam mood kegembiraan selepas Malaysia memenangi pingat emas bolasepak di sukan Sea? Masih mengharap Kerajaan akan memberikan cuti umum kerana kemenangan tersebut? Walau bagaimana gembira sekalipun, biarlah berpada-pada. Biarlah kegembiraan TIDAK menjadi pemangkin pergaduhan di antara warga Malaysia dan Indonesia. Biarlah semangat kesukanan menebal dan bukannya semangat ethnocentrism.


Aku tidak berniat untuk mencoret tentang bolasepak kerana aku menjangkakan banyak blog-blog malah akhbar-akhbar juga bercerita tentang itu. Cuma, aku terpanggil untuk mencoret sesuatu apabila terbaca tentang anjuran beberapa blog dan orang perseorangan yang meminta PM kita untuk memberikan cuti umum sempena kejayaan tersebut. Layakkah kita meminta? Perlukah PM mengizinkannya? Yang pasti...kalau diberi cuti ramai juga orang suka...

Itu cerita meminta cuti umum. Agak sukar juga PM untuk mengizinkannya sebab banyak perkara lain yang bersangkut-paut dengan cuti umum yang perlu diambil kira dan bukannya sekadar memenuhi kehendak segelintir masyarakat sahaja.

Sebelum aku terus melalut, sebenarnya aku ingin mencoret tentang insiden yang sering-kali berlaku di pejabat...

Adakah salah meminta sesuatu dari pihak Pengurusan? Bagi aku tidak salah, cuma mungkin ada yang melabelkan anda sebagai demanding.

Bagaimana pula meminta sesuatu yang sepatutnya tidak perlu diminta?

Contohnya, meminta komputer (atau laptop) untuk tujuan kerja..

Meminta dibekalkan uniform untuk bekerja...

Meminta peralatan menulis untuk bekerja...

Meminta bantuan telekomunikasi untuk berhubung berkaitan dengan kerja...

Meminta gaji dibayar mengikut masa yang telah ditetapkan dan dijanjikan...



Apa-apapun...aku terlebih dahulu ingin meminta maaf...




Sekian untuk aku meminta-minta..

3 Responses so far.

  1. Kazen says:

    hahaha apa2 pun memang ptut bg cuti :p

    Entri terkini | Wordless Wednesday 19 | My New Header

  2. hafiz says:

    mintak lah apa2 yg perlu jer.....

  3. Salam Kazen...cuti umum tu terpulang kpd PM utk memberi cuma beliau dan pihak Kementerian memerlukan masa mengkaji setiap aspek dan natijah jika ingin berbuat demikian.

    Salam Hafiz...ada perkara-perkara yg mungkin tidak perlu diminta tetapi sepatutnya diberi atas dasar keperluan.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com