Tuesday, December 20, 2011

Boleh sentuh macam-macam hal kecuali gaji

5 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Aku harap tiada sesiapa dari kalian yang marah-marah kat aku sebab lama tak update blog ni. Sekurang-kurangnya, aku memberi peluang kepada rakan-rakan semua untuk membaca entry-entry aku yang terdahulu termasuklah memberi komen-komen yang membina (...alasan..hehehe).

Alasan busy mungkin dah basi, tetapi aku sememangnya busy lately. Kerja yang bertimbun ditambah pula dengan kerja-kerja yang baru membuatkan aku kadang-kadang tercungap mencari nafas... apa-apapun, aku amat menghargai kunjungan rakan-rakan semua ke blog aku ini...thank you..thank you.


Actually, banyak perkara yang terpaksa dan dipaksa untuk aku handle sendiri. Bermacam-macam perkara berkaitan syarikat yang aku sentuh kecuali gaji, gaji, gaji dan gaji lagi...

Aku tahu dan aku juga faham bahawa hal-hal berkaitan dengan gaji adalah sentisif..eh silap..sensitif. Aku sekadar ingin menegur akan beberapa kesilapan di dalam pengiraan gaji kerana bagi aku, sepatutnya, kesilapan sedemikian tidak boleh berlaku. Oleh kerana hal gaji adalah sensitif, sudah tentu isu berkaitan kesilapan di dalam pengiraan gaji juga bakal menerbitkan elemen-elemen sensitif ataupun menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang sensitif.

Walaubagaimanapun, aku telah ditegur agar tidak campur tangan di dalam menangani isu tersebut dan akupun back-off bagi menjaga sensitiviti pihak pengurusan yang berkaitan.

Elok juga aku back-off agar tidak semakin mengeruhkan suasana. Lagipun, ianya berpunca akibat kesilapan pengiraan dan bukannya melewat-lewatkan pembayaran sepertimana sesetengah syarikat lain termasuklah syarikat di mana aku pernah bekerja dahulu. Apalah salahnya terkurang dapat dari mendapatnya lewat sebulan dan lagi pula jumlah yang terkurang tersebut akan dipulangkan juga nanti.

Back-off bukan bermakna aku just mengaku kalah dari ingin memperjuangkan nasib para pekerja aku yang gaji mereka terkurang bayar. Aku just ingin memberi ruang kesilapan yang berlaku diperbetulkan dengan segera oleh pihak yang terlibat.

Aku masih lagi menyusun strategi agar kesilapan sedemikian tidak berulang dan menjejaskan Jabatan di bawah kelolaan aku.

Seperti permainan catur juga, kadang-kadang kita menjangkakan peluang dan dengan segera menggerakkan Queen untuk menamatkan permainan dengan segera sedangkan mungkin perangkap sedang menunggu. Apalah salahnya untuk menyusun pawn dan positioning kuda dan bishop di kedudukan yang strategik agar serangan kita bakal membuahkan kemenangan mutlak.



Sekian.

5 Responses so far.

  1. salam;
    Betul tu Bang Long,pasal gaji memang sensitif..tapi tak salah kalau kita perbetulkan benda yang tersalah kira...

  2. lyzaCR7 says:

    Pasal gaji memang bleh bergaduh.. ingat dulu masa exec saya cuti bersalin, bos HR tk reti buat gaji.. saya yang tak tahu apa, kena buat.. tp ramai yang bising sb saya akan tahu gaji dorang...yang bengangnya dorang bising setelah exec saya tu balik cuti bersalin..napa tak bising sebelum..tkde banyak keje saya.. mujur takda salah kira,klau tak, mesti kecoh..huh...

  3. Jahirah says:

    phk pentadbiran kdg2 tersalah counting gaji....jarang berlaku tp pernah berlaku.duit tu....hasil bekerja,hasil kena marah dgn bos,kena marah dgn customer,...mcm2...

  4. Nisa' says:

    *hands down, hands down* Can you be my 'frontline soldier' when I need you the most. Pernah kena and I wasn't brave enough to stand on my feet :[ What a pathetic.

  5. Nur Fauzi says:

    gaji memang hal sensitif, tak kira kat mana pun bekerja. walaupun kat sekolah agama pun, gaji tetap jadi hal penting...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com