Wednesday, May 19, 2010

Aku Yang Emotional

0 comments
 
Salam,

Post ni sebenarnya sudah ada di dalam blog lama aku www.abanglongonline.com. Oleh kerana aku tidak dapat lagi access (jika tanpa deactivate virus shield), dan ramai kawan-kawan yang masih tertanya-tanya kenapa aku resigned dari Mahmood Security dulu, maka aku re-post lagi sekali ke dalam blog terbaru aku ini.

Aku berharap selepas ini tiada lagi spekulasi atau andaian-andaian yang mengarut digembar-gemburkan.

Aku juga berharap staff-staff di Securiforce yang dahulunya bekerja di Mahmood Security akan berhenti bertanya perkara yang sama berulang kali. Bukannya aku bosan tetapi sedikit sebanyak pertanyaan itu menambah sakit hati aku yang baru sahaja nak berkurang.

So...enjoy reading...hehehe

#################################################

Subjek: Kenapa Aku Resign (subject ni silap actually..tapi tak sempat tukar dah ter”send”)


Kepada Semua,

Pada 15hb April ini genap 8 bulan saya berkhidmat di Mahmood Security (M) Sdn Bhd sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Tunai dan akan berakhir pada 16hb April 2008. Saya rasa amat bertuah kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh Puan Pengarah Urusan untuk bersama-sama anda semua merasakan pengalaman pahit manis bekerja di sini.

Saya faham bahawa khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi dan ada individu-individu tertentu di sini yg merasakan bahawa mereka lebih layak dan lebih berpengetahuan untuk menerajui perniagaan pengurusan tunai berbanding saya.

Saya sedar siapa diri saya bak kata “seseorang” yg terlalu baik di depan saya.

Siapa lah Wansuhaimi tu? dahulu bekerja di Maybank cuma sebagai pegawai cabuk dengan gaji tidak seberapa. Bila datang ke sini hendak minta macam-macam dan gaji pula mahu lebih dari Pengurus Kanan yang lain. Pengetahuan dalam pengurusan tunai bukannya banyak mana. Saya mempunyai lagi banyak ilmu dan lebih berpengalaman dari dia. Lagi pula dia tu pandai bermuka-muka hinggakan Puan Pengarah Urusan boleh termakan kata-kata dia. Lihatlah, langsung tiada sumbangan kepada syarikat Cuma menyusahkan orang sahaja.

Kata-kata tersebut ditambah lagi.
Attitude dia tu memang teruk. Selalu hilang masa kerja. Entah pergi ke mana. Kalau nak meng”ular” tu biar la berpada-pada. Dulu masuk wad pun kerana dia sendiri yang cari pasal. Ada masalah kerana skandal dengan perempuan lain….bla..bla..

Tidak mengapa, saya tidak salahkan dia kerana dia sakit, cuma hairan kenapa syarikat ini seperti menghadapi masalah dalam perniagaan pengurusan tunai walaupun mempunyai staff yang pandai seperti dia. Mungkin dia memang betul-betul sakit.



Walaubagaimanapun, saya terpanggil untuk berkongsi bersama-sama anda cerita disebalik cerita supaya perasaan saya lebih tenteram untuk meninggalkan syarikat ini.

Saya bekerja di Mahmood Security ini di atas permintaan “sahabat” yang memerlukan pertolongan untuk memperbaiki tahap prestasi yang sebelum ini kelihatannya seperti akan merudum. Pada mulanya berat juga untuk menerima “offer” tersebut memandangkan nilai pengorbanan berhenti Maybank melebihi nilai “offer” yang telah dimajukan. Apa tidaknya, dari segi penggajian saya cuma mendapat lebihan lebih kurang RM700 dengan “benefit” tambahan sebuah kereta syarikat.


APA YANG SAYA HILANG?

  1. Housing Loan - conversion - tambahan RM400 dari bayaran bulanan sebelum ini
  2. Bonus - mengikut prestasi kerja tahun 2006/2007 saya layak mendapat bonus lebih kurang RM 20,000 bersih.
  3. Masa berkualiti bersama keluarga - Sabtu & Ahad tidak bekerja, tiada gangguan selepas masa kerja. Cuti bergaji = 30 hari.
  4. Kenaikan gaji tahunan - tetap RM210 setahun, PRR - biasanya 8% dari basic salary
  5. Pelarasan gaji mengikut pihak “Union” - 8% hingga 10%
  6. Kerja lebih masa (refreshment) - RM10 sejam maksimum RM40 sehari
  7. Peluang untuk kenaikan pangkat - I’m still the Cash Management expert.

ADAKAH SAYA MENYESAL?

Secara jujurnya memang ada sedikit kekesalan tetapi saya memujuk hati sendiri bila memikirkan perkara berikut:
  • Saya berniat untuk menolong sahabat (Pengarah Urusan).
  • Saya beranggapan syarikat ini boleh lebih berdaya saing
  • Saya mendapat bantuan secukupnya dari Puan Pengarah Urusan
  • Kepuasan bekerja menjadi matlamat utama

APA CABARAN-CABARAN YANG SAYA TERIMA?


1.  Cabaran Manusia
  • “Morale” pekerja tidak begitu baik - saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan tetapi terlalu banyak halangan yang berpunca dari pengurusan kewangan yang seperti tidak teratur dan tiada ketelusan. Itu sebabnya untuk 3 bulan pertama saya bekerja di sini, tiada banyak perubahan yang dapat saya lakukan.
  • Kekurangan pekerja - seperti ada suatu sikap tidak setia kepada syarikat akibat dari … (anda sendiri tahu kenapa)
  • Sikap sesetengah kakitangan pengurusan yang membenci saya kerana kelebihan-kelebihan yang saya terima. Kutukan demi kutukan saya terima. Tidak cukup dengan itu, hasutan-hasutan secara kasar atau halus juga saya perlu hadapi.

2.  Cabaran Kerja
  • Banyak proses untuk pengurusan tunai yang masih belum di dokumenkan - saya terfikir bagaimana mereka bekerja jika tiada guidelines? Ada orang mengaku bahawa S.O.P. yang ada cukup lengkap. Saya tidak beranggapan demikian.
  • Logistics issues - masalah van (tidak mencukupi, tiada road tax/Puspakom, rosak, tidak terurus etc), masalah kekurangan kereta. Ini merupakan masalah paling besar yang perlu diselesaikan.
  • Kekurangan keperluan asas - ATM bags, seals, trolleys etc
  • Tempat kerja yg tidak terurus, kotor dan menyebabkan ramai staff yang MC.
  • Kawalan keselamatan yang boleh dipertikaikan.
  • Tiada prosedur kawalan tunai - S.O.P. yang ada tidak lengkap malahan tiada guidelines untuk kawalan tunai

APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH SAYA AMBIL?

1.  Membina Tenaga Kerja
  • Untuk 3 bulan pertama, saya memfokuskan kepada membina tenaga kerja - mencari calon-calon yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu kerana saya rasa saya tidak mampu untuk melakukannya sendirian. Setelah menilai sikap dan cara mereka melaksanakan sesuatu tugasan, beberapa nama menjadi “hit list”. Tugas saya seterusnya ialah memastikan mereka yang telah saya pilih mendapat latihan sambil bertugas yang secukupnya.
  • Saya telah menyiapkan dan memajukan carta organisasi yang baru kepada HR dan Puan Pengarah Urusan untuk dinilai dan seterusnya diluluskan. Secara rasminya tiada kelulusan tetapi carta organisasi tersebut telah digunakan semasa pembentangan kepada Maybank tentang tahap persediaan Mahmood Security untuk menerima lebih banyak mesin. Jika dilihat kepada carta organisasi tersebut tujuan saya sebenarnya untuk memastikan setiap “Key Personnel” diberikan tanggung jawab dan “authority” yang secukupnya untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Saya tidak tahu pula apa pandangan pihak pengurusan termasuk pendengki-pendengki yang hitam hatinya itu.
  • Mengadakan perjumpaan-perjumpaan dengan semua staff secara “formal” dan “informal” dan mendengar rintihan mereka dari hati ke hati. Bukan untuk memastikan mereka “loyal” dengan syarikat tetapi untuk mendalami permasalahan yang sebenarnya berlaku di dalam syarikat ini. Secara halusnya saya memberi mereka semangat untuk terus berkhidmat.

2.  Melakukan “Business Process Analysis”

Saya telah mengkaji proses dan tatacara untuk setiap tugasan yang kritikal, melakukan analisa (samada ringkas atau menyeluruh) mencari jalan terbaik samada perlukan pengubahsuaian yang minima atau melakukan “System Re-engineering“.

Di antara system-sistem yg terlibat:

Untuk Cash Section - paling kritikal:
  • Kawalan untuk keluar masuk tunai
  • Kawalan “Liability and accountability (hand over process)”
  • Melaksanakan penggunaan “cash registers”
  • Kawalan semasa pemprosesan tunai
  • Kawalan semasa “ATM Cassette cash loading”
  • Kawalan semasa “ATM cash balancing”
Hasilnya: Baru sekarang Maybank tahu bagaimana untuk melakukan “Surprise Cash Checks”. Kali terakhir tunai dan register tidak seimbang sebanyak 55 sen. Cuma mereka masih belum tahu bahawa sebenarnya tidak seimbang sebanyak RMXXX,000 (nilainya bukan untuk tatapan umum).


Untuk ATM - agak terkawal
  • Prosedur dan kawalan ke atas “retained cards” yang tiada di dalam S.O.P.
  • Pembahagian tugasan-tugasan mengikut “volume of work” - mungkin sebelum ini ada pihak atau individu yang telah membuat penilaian kekuatan kakitangan berbanding volume tetapi samada tidak diendahkan atau kerana dia “nobody”.

Untuk lain-lain - terkawal tetapi kurang pengetahuan
  • Melaksanakan “new approach” untuk Recon unit untuk menyelesaikan “back logs” yang telah ada sebelum saya bekerja di sini.
  • Prosedur dan tatacara kerja untuk “Mobile Cashier”

3.  Melaksanakan perubahan dan pembaharuan prasarana
  • Membahagikan Cash Processing Section kepada 3 unit utama iaitu Unit Pemprosesan Tunai, Unit “ATM Cassette Cash Loading” dan Unit “ATM Cash Balancing”. Mencadangkan kepada pengurusan untuk membuat “permanent partition” (separuh opaque dan separuh kaca lutsinar).
  • Mencadangkan tempat rehat “cum” tempat menyalin pakaian untuk cashiers.
  • Berusaha menyediakan tempat bekerja yang lebih teratur dan bersih (exhaust fans - installed, air ionizer - rejected, air freshner - tidak tahu apa dah jadi).

4. Lain-lain

Senarainya memang panjang dan saya rasa tidak perlu disebutkan di sini kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan pendengki-pendengki dan “talam 2 muka”. Masih banyak lagi yang tidak berkesempatan untuk saya laksanakan kerana sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri.


KENAPA PERLU SAYA “RESIGN”?

Ada beberapa faktor utama:
  • Saya merasakan “sahabat” sudah tidak memerlukan sumbangan saya lagi kerana ada orang lain yang lebih dahsyat ilmunya dari saya.
  • Terlalu banyak hasutan dan kutukan yang bertujuan untuk menidakkan kredibiliti saya. Diantaranya ialah tentang permasalahan peribadi saya yang pada saya langsung tidak memberikan impak kepada kerja tetapi telah diperbesar-besarkan. Cerita mengatakan saya ada skandal dengan perempuan lain menjadi topik hangat di Maybank. Saya sendiri hairan kenapa agaknya saya perlu ada skandal semasa di syarikat ini. Kenapa di Maybank ini tidak berlaku. Kelakar juga bila memikirkan perkara ini dan rasa gelihati ada orang yang termakan tanpa mengetahui cerita sebenar.
  • Banyak “Plans” saya tidak dapat dilaksanakan kerana tiada ketelusan dalam membantu saya. Lebih kepada “personal attack” dari membuat sesuatu untuk kebaikan syarikat.
  • Saya ingin berehat seketika dan memulihkan keadaan rumah tangga saya yang sedikit terabai kerana saya terlalu menumpukan kepada kerja (bukan kerana skandal dengan perempuan lain seperti yang digembar-gemburkan oleh manusia berhati busuk itu). Banyak kerja ofis dibawa balik ke rumah terutamanya untuk menyediakan “new work processes” kerana tiada pembantu.
  • Mengurangkan tekanan akibat “expectation” yang terlalu melangit dari pihak Maybank.


KE MANA SELEPAS INI?

Saya masih tiada perancangan. Secara jujurnya tiada “offer” dari mana-mana pihak termasuklah dari Safeguards sepertimana andaian sesetengah pihak. Mungkin saya akan meneruskan program perubatan secara tradisional sepertimana yang saya lakukan pada 23 - 26 Mac lalu.

Saya juga akan meneruskan penulisan saya tentang “Cash management”. Mana tahu berguna untuk sesetengah syarikat yang berminat kelak.


AKHIR KATA

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Pengarah Urusan kerana telah sudi memberi peluang untuk saya menimba pengalaman bekerja di sini. Saya terharu kerana telah mendapat bantuan secukupnya semasa saya berkhidmat.

Kepada pendengki-pendengki dan “talam”, ingatlah orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya.

Kepada kakitangan lain, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Semoga rezeki yang diterima diberkati.

Kepada semua kakitangan Pusat Pengurusan Tunai:

En. Razali Teruskan kerja yang cemerlang dan berhati-hati dengan “Talam Corporation”. Teruskan matlamat bilik “Malaikatul Maut” untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

En. Ariffin Teruskan kerja yang cemerlang. Jangan bazirkan masa dengan hal-hal yang remeh temeh. Teruskan fokus kepada peningkatan prestasi staff di bawah pimpinan anda. Pimpinlah staff anda dan bukannya uruskan mereka.

En. Kamal Teruskan kerja yang cemerlang. Ada masanya kita perlu memikirkan masalah sendiri untuk kebaikan bersama. Fokus kepada pembinaan perniagaan melalui kemampuan bukannya dengan menyeksa diri.

En. Zuraidi Teruskan kerja yang cemerlang. Sampai suatu tahap kita perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri kepemimpinan dan bukannya hanya fokus menyelesaikan kerja yang tidak akan habis.

En. Asraf Teruskan kerja yang cemerlang. Tugas paling sukar bagi seseorang ialah ingin mengubah sikap orang lain.

En. Fauzi Teruskan kerja yang cemerlang. Education is the best morale support to your staff.

En. Deva Teruskan kerja yang cemerlang. Cash Management adalah sangat meluas. Tingkatkan pengetahuan dan jangan pernah ada rasa bosan belajar.

Kepada semua staff CMC yang lain (maaf kerana senarai nama yang ada terlalu panjang), teruskan kerja yang cemerlang, jangan biarkan emosi menguasai diri dan mengganggu kerja anda, tanamkan sikap “kaizen” untuk memperbaiki kelemahan diri, serta patuhilah arahan pemimpin-pemimpin anda.

The trouble with doing something right the first time is that nobody appreciates how difficult it was. 
Life is too short to wake up with regrets. So, love the people who treat you right. Forget about the one’s who don’t. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes you, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it. 
The happiness of my life depends on the quality of my thoughts. 

Maafkan saya kerana ia harus berakhir di sini dan begini.

Thank you.

For SENDIRI (M) SDN BHD

 


…………………………………………………….
Wansuhaimi bin Karnain (AW0008)
BEKAS Senior Manager,
Cash Management Department
Tel no : 012 -2habisdah7

Love your job, but never fall in love with your company because you never know when it stops loving you
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com