Monday, May 17, 2010

Advanced SystemCare 3

0 comments
 
Salam...

Kali ni aku nak share dengan kalian semua tentang satu software yang bagus dan telah membantu aku membaik pulih laptop aku yang bermasalah.

Biasanya, setelah menggunakan komputer kita untuk beberapa lama, kita akan merasakan bahawa komputer windows kita menurun performancenya. Ada beberapa sebab utama yang menghasilkan gejala tersebut seperti terlalu banyak temp file, ada spyware or malware atau berlakunya fragmentation ke atas file-file termasuk registery.

Di pasaran, banyak terdapat software-software yang diiklankan sebagai boleh mengoptimumkan kembali windows komputer kita. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati kerana software tersebut mungkin mengandungi malware dan bukannya untuk membantu memulihkan masalah komputer kita.

Salah satu software yang amat bagus untuk kita install di komputer ialah Advanced SystemCare 3 yang dibangunkan oleh IObit. Advance SystemCare 3 ini merupakan yang terkini dari IObit di mana terdapat features terbaru yang diperlukan oleh komputer kita seperti Turbo Boost, Advanced Uninstaller, Smart RAM dan lain-lain lagi.

Bagi aku, software ini sesuai kerana ia mudah digunakan dan dengan hanya satu klik software tersebut akan bekerja mengoptimumkan komputer aku.

Kalau kalian ingin tahu lebih lanjut tentang software ini, bolehlah lawati laman web http://www.iobit.com/

Apa yang software ni ada? Banyak....
Contohnya...
  1. Turbo Boost yang akan mematikan sementara running processes yang tidak berguna lalu mempercepatkan serta mengoptimumkan running processes yang kita perlukan.
  2. Game Booster yang akan mengoptimumkan system komputer untuk fokus kepada permainan game.
  3. Internet Booster. Kepada pengguna Firefox anda tidak perlu lagi untuk tweak about:config kerana Software ini akan melakukannya untuk anda.
  4. Advanced Uninstaller akan membantu kita membuang semua file-file dari software yang kita telah uninstall. Ada sesetengah software masih mendatangkan problem kepada kita walaupun telah di uninstall kerana masih terdapat lagi file-file yang tidak di delete.
  5. Dan banyak lagi laaa...tengok aje screen shots kat sebelah dua tiga belah tuh...hehehe
Tetapi harus diingat bahawa software yang anda download di laman web IObit hanyalah FREE versian yang terdapat limitation. Kalau hendak yang PRO version kenalah membelinya pulak....adoi ai...hehehe

Kalau anda perasan, screen shot kat atas tu tunjuk Advance SystemCare Pro. Memang..dan sememangnya aku tak pernah bayar untuk dapat yang PRO tu...hehehe

Kalau anda berminat sila tinggalkan e-mail so aku boleh hantar KeyGen nya...

Kalau dah tahu cara-cara nak crack silakan lah mencuba software ni.. barang baik punya..


Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com