Ini satu lagu software yang berguna untuk komputer kita i.e. CCleaner dari Piriform.
CCleaner ialah satu sistem "optimization" dan sistem pembersih. CCleaner membuang fail-fail yang tidak berguna atau tidak digunakan lagi di dalam sistem komputer kita. Dengan ini Windows akan beroperasi dengan lebih lancar dan ruang hard disk pula semakin bertambah. Di samping membersihkan jejak-jejak aktiviti on-line kita, CCleaner juga mengandungi agent "registry cleaner" yang advanced untuk memastikan kesemua registery beroperasi dengan optimum.
Yang paling menariknya tentang CCleaner ialah ia bertindak dengan amat pantas (biasanya kurang dari 1 saat) serta tidak mengandungi Spyware atau Adware!
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila lawati laman web penciptanya di www.piriform.com dan bolehlah juga download aplikasi versi terbarunya di situ juga.
Cara-cara penggunaan CCleaner:
- Download dahulu aplikasi CCleaner di sini
- Install CCleaner di komputer anda
- Mainkan program CCleaner. Screen di bawah akan pop up di komputer anda.
- Click butang "Analyze". Anda akan ditunjukkan ringkasan atau maklumat fail-fail yang boleh dicuci atau dibuang. Untuk melihat fail-fail yang boleh dibersihkan samada dari "Windows" atau "Applications" cuma click butang berkaitan. Anda juga boleh memilih applikasi atau fail-fail mana yang ingin anda analisa.
Screen shot fail-fail Windows:
Screen shot fail-fail Applications:
- Anda hanya perlu click "Run Cleaner" untuk memberi arahan kepada software ini melakukan tugasnya. Memang mudah sekali. Anda boleh lihat sendiri berapakah jumlah kapasiti hard disk yang anda telah kosongkan.
- Untuk melihat samada fail-fail "Registery" komputer anda bermasalah atau tidak, cuma click butang "Registery" di sebelah kiri screen dan CCleaner akan menganalisa serta memaparkannya di screen seperti di bawah. Pilih fail-fail yang anda ingin perbetulkan atau buang. Aku cadangkan biar sahaja CCleaner yang pilih secara automatik kecuali kita betul-betul expert di dalam hal-hal Registery ini.
- CCleaner akan memperbetulkan fail-fail Registery komputer seperti yang anda pilih secara automatik apabila anda click butang "Fix selected issues".
Itu sahaja yang anda perlu buat. Mudah dan pantas bukan?.
Fungsi-fungsi tambahan CCleaner
- Apabila anda click butang "Tools" di sebelah kiri screen CCleaner tersebut, terdapt 3 lagi submenu yang boleh anda pilih iaitu Uninstall, Startup dan System Restore.
- Aplikasi Uninstall akan memaparkan kepada anda semua program atau aplikasi yang anda telah install di dalam komputer anda. Anda boleh menggunakan aplikasi Uninstall ini untuk membuang mana-mana aplikasi atau program yang anda tidak perlukan lagi.
- Aplikasi Startup akan memaparkan program-program yang akan berfungsi ketika mula-mula menghidupkan komputer. Aplikasi ini juga berguna sekiranya anda tidak mahu terlalu banyak program berjalan semasa startup dan mempercepatkan permulaan penggunaan komputer.
- Aplikasi System Restore memberi anda peluang untuk melihat atau membuang System Restore points yang telah dibuat oleh Windows di komputer anda.
Secara keseluruhannya, CCleaner mempunyai banyak pilihan aplikasi yang amat berguna untuk memastikan komputer kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum dan tidak bermasalah. Ada sesetengah aplikasi tersebut telahpun wujud di dalam sistem Windows anda. CCleaner cuma menggabungkannya di dalam satu software untuk kemudahan anda.
Anda juga boleh mengubahsuai "settings" mengikuti kehendak anda seprti menetapkan jadual untuk komputer anda memainkan CCleaner dan melakukan pembetulan atau membuang fail-fail yang tidak perlu. Anda hanya perlu click butang "Option" dan buatlah pilihan anda. Lihat screen shot di bawah:
Pada aku, hanya 2 aplikasi yang benar-benar aku perlukan iaitu "Cleaner" and "Registery" dan sememangnya CCleaner ini telah memberikan yang terbaik untuk komputer aku.
Kalau anda berminat, cubalah.
Sekian.
Post a Comment