Menggelabah aku coz pembantu rumah aku yang telah bekerja hampir 2 tahun cabut lari dari rumah. Bukan pembantu rumah Indonesia tetapi orang melayu tempatan!
Aku masih tidak tahu apakah punca sebenarnya dia lari tetapi menurut jiran-jiran aku dia banyak berhutang dengan jiran-jiran sebelah rumah termasuklah dengan mamat Bangla yang mungkin membuat kerja sampingan sebagai along. Mungkin kerana tidak tahan asyik didatangi pemiutang dia cabut lari.
Mungkin juga dia bosan duduk di rumah kerana kesemua anak-anakku telah bersekolah. Jiran-jiranku juga pernah terjumpa dia merayau-rayau kat kedai-kedai malah shopping kompleks di Kuala Lumpur. Yang menjadi kemusykilan aku, duit tidak ada dan selalu berhutang tetapi masih suka merayau dan bershopping...
Bil telefon aku pulak selalu melebihi angka RM400 sebulan dan dia menyumbang hampir 90% keseluruhan kos! Setiap bulan gaji terpaksa dipotong untuk membayar balik bil telefon yang dia guna tu. Aku tahu siapa yang dia selalu hubungi..."Pakwe Melampau".
Aku mungkin rasa lega dia berhenti kerja tetapi aku juga risau coz aku memerlukan pembantu rumah untuk meringankan beban isteriku yang sibuk bekerja di bank. Anak-anakku memerlukan penjaga sewaktu kami sibuk bekerja mencari duit.
Kepada sesiapa yang sudi membantu aku mencari pembantu rumah sila tinggalkan contact (e-mail) untuk aku hubungi secepat mungkin.
Aku prefer "local" maid kerana maid Indonesia sebelum ni banyak menimbulkan masalah hingga aku serik untuk mengambil mereka bekerja. Tawaran gaji juga competitive.
Tolonglah aku...
Post a Comment