Monday, May 17, 2010

Apa itu Policy dan Procedure?

0 comments
 
Salam...


Kali ni aku saja nak menulis tentang "Policy and Procedure" untuk rujukan staff aku kat Securiforce.

Apa bezanya "Policy" dengan "Procedure"?

Ramai yang masih keliru atau tidak tahu apa itu "Policy" dan apa pula "Procedure" (dalam bahasa kita prosidur).

"Policy" ialah suatu pelan tindakan bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat di dalam sesebuah organisasi. "Policy" diterjemahkan melalui perkataan-perkataan am seperti "apa" dan "kenapa". Biasanya "Policy" diumumkan melalui "Dos and Don'ts).

Contoh "Do"

Misalnya, untuk mengurangkan penggunaan eletrik pada satu hari tertentu dengan meminimakan penggunaan penghawa dingin, syarikat menetapkan policy berikut "Semua kakitangan syarikat adalah dibenar dan digalakkan untuk memakai T-Shirt berkolar pada setiap hari Rabu".

Contoh "Don't"

Misalnya untuk menjamin ketidakbocoran maklumat kerja di pejabat, pihak syarikat menetapkan policy berikut "Semua kakitangan tidak dibenarkan membawa keluar sebarang artikel, surat menyurat, buku panduan, nota-nota serta apa jua media yang mengandungi apa-apa maklumat tentang aktiviti-aktiviti syarikat ini".

Apa pula "Procedure"?

Procedure ialah suatu pelan tindakan yang terperinci bagi mendokong "Policy" yang telah ditetapkan. "Procedure" digambarkan melalui perkataan-perkataan am seperti "bagaimana", "bila", "di mana" dan sebagainya. Biasanya "Procedure" ditunjukkan melalui "Step and Action" atau "Langkah dan Tindakan".

Sila lihat rajah di bawah:






Rajah di atas menunjukkan "Procedure" yang perlu diikuti sekiranya berlaku kebakaran di bangunan syarikat.

Ada sesetengah "Author" atau penulis Standard Operating Procedure (SOP) lebih gemar menggunakan "Table" daripada gambarajah.

Sila rujuk rajah di bawah:



"Action Steps Table" di atas aku cilok dari SOP yang aku buat sendiri untuk Securiforce.

Well...itu saja yang aku boleh tulis untuk kali ini. Kalau nak tahu lebih lanjut kena la tunggu artikel aku dilain kali. kalau nak juga..apa lagi..siap-siap la order "nasi beryani gam kambing"...hehehe


Sekian
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com