Saturday, May 22, 2010

Crisis Management Part 1

0 comments
 
Salam,

Post kali ini khas untuk staff aku yang aku tugaskan untuk menulis guidelines tentang "Crisis Management". Mungkin informasi di dalam artikel ini juga berguna kepada anda yang tengah mencari idea untuk menulis perkara yang sama termasuk "Business Continuity Plan" atau ringkasnya BCP.
Tidak semua isi artikel ini bersesuaian dengan organisasi anda kerana aku menulisnya khas untuk Syarikat Security.

Aku tidak mungkin dapat menulis dan post keseluruhan isi artikel ke dalam blog ini dalam satu masa. Oleh itu, aku akan bahagikan artikel tentang Crisis Management ini kepada beberapa post.


Artikel ini dan artikel-artikel sterusnya yang berkaitan tentang Crisis Management akan menyentuh topik-topik seperti di bawah:
  • Pengenalan kepada Crisis Management
  • Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT
  • Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis
  • Sistem perhubungan dan proses pemberitahuan
  • Penilaian krisis dan pengumuman bencana
  • Reaksi dan pengurusan semasa kecemasan
  • Jenis-jenis krisis dan perancangan untuk menanganinya
  • Pengurusan dan pelan kesinambungan kerja (BCP)
  • Proses-proses pemulihan selepas krisis
  • Tindakan-tindakan untuk mengelaknya berulang semula krisis yang sama


Pengenalan Kepada CRISIS MANAGEMENT


Kita mulakan dengan memahami apa itu "Crisis Management".

Crisis Management atau Pengurusan Krisis merupakan salah satu element penting di dalam sesebuah organisasi. "Crisis Management" ialah pengurusan proses-proses serta tindakan-tindakan yang diambil sesebuah organisasi yang menghadapi situasi kritikal dan tidak dijangka yang boleh mengakibatkan kejatuhan atau kemudaratan kepada organisasi tersebut termasuklah pemilik syarikat (pemegang-pemegang saham) dan pekerja-pekerjanya serta orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Secara amnya ada 3 elemen-elemen atau unsur-unsur situasi yang berkait rapat di antara satu sama lain yang memerlukan pengurusan krisis iaitu:
  • Kejadian yang boleh mengancam organisasi
  • Kejadian tanpa dijangka atau secara mengejut
  • serta perlunya membuat keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan pantas.


Ada juga pendapat mengatakan krisis bukan hanya berkisar tentang ancaman kepada organisasi semata-mata tetapi juga sesuatu yang boleh membuatkan organisasi tersebut kurang optimum seperti penggunaan cara-cara, prosess-proses serta polisi dan prosedur yang telah ketinggalan zaman (outdated). Untuk pengurusan krisis seperti ini organisasi tersebut perlu melakukan perubahan-perubahan besar dan drastik ("System Re-engineering").


Pada pendapat aku, selagi proses-proses yang outdated itu masih boleh memberikan sesuatu kepada organisasi ia bukanlah krisis. Organisasi tersebut cuma perlu melakukan "Business Process Analysis" untuk mengkaji semula kesemua proses-proses yang ada samada perlu dierbaiki ataupun ditukar keseluruhannya (re-engineering).


Penukaran proses-proses (re-engineering) mungkin hanya perlu dilakukan sekali manakala untuk membaik pulih atau memperbaiki proses-proses yang sedia ada perlu dilakukan secara berterusan.


Mengapa pentingnya pengetahuan di dalam menangani krisis?

Setiap organisasi perlu menangani setiap krisis dengan betul supaya krisis dapat diselesaikan tanpa mengorbankan atau memporak-perandakan organisasi serta menimbulkan sebarang krisis-krisis baru. pengetahuan serta pengalaman tentang sesuatu krisis juga boleh digunakan untuk memastikan krisis yang sama tidak berulang kembali.

Seperti penyakit, untuk menghindari adalah lebih mudah dari mengubatnya. Begitu juga krisis, di mana aktiviti-aktiviti selepas krisis mungkin boleh menyebabkan sesuatu organisasi tersebut menanggung banyak kos-kos perbelanjaan pemulihan.

Pengetahuan di dalam menangani sesuatu krisis akan membantu organisasi melakukan tindakan-tindakan pantas supaya tahap krisis tidak menjadi suatu bencana yang lebih memudaratkan. Sebagai contoh, pendedahan dan pengetahuan bagaimana untuk mengguna alat pemadam api sudah tentu berguna bagi mengelakkan kebakaran yang lebih besar.


Untuk memastikan pengetahuan tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya sesuatu krisis disampaikan secara berterusan kepada kakitangan berkaitan, kebanyakan organisasi telah mendokumenkannya dan menjadikannya sebagai suatu bahan rujukan yang mesti ada.

Contoh dokumen yang sering diperkatakan adalah seperti berikut:

  • Crisis management Plan
  • Business Continuity Plan
  • Disaster Recovery Plan

Dokumen yang paling popular ketika ini ialah Fire Evacuation Plan dan aku rasa setiap organisasi memiliki dokument tersebut. Seronok juga bila melihat sesuatu organisasi itu melakukan Fire Drill especially bila melibatkan pejabat-pejabat di bangunan melangit seperti Maybank (HQ). Hinggakan ada staff Maybank yang mengadu di radio ERA kerana terpaksa turun ke Assembly Area dari tingkat 44...hehehe.


Ok..setakat ini sahaja dahulu untuk kali ini. Aku akan sambung di post lain pula...tungguuuuuuu...


Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com