Ini ada satu lagi software yang boleh membuat kelajuan internet connection komputer semakin laju dan laju dan laju lagi...hehehe.
Tetapi software ini hanya berguna kepada pengguna FIREFOX sebagai internet browser. It's called FIRETUNE. Software ini berupaya mengoptimumkan prestasi FIREFOX dan seterusnya meningkatkan kelajuan browser tersebut. Yang menariknya tentang FIRETUNE ialah, ia dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna FIREFOX bermain dengan settings tanpa perlu melakukan TWEAK.
Biasanya, kita perlu mengoptimumkan FIREFOX secara manual dengan melakukan beberapa perubahan kepada "about:config" FIREFOX. Tetapi bagi sorang novice macam aku, untuk melakukan perubahan tersebut memerlukan banyak masa dan menimbulkan was-was samada perubahan tersebut akan berjaya atau merosakkan FIREFOX pula.
Di sinilah kelebihan FIRETUNE, hanya dengan beberapa click sahaja untuk mengaktifkan dan mengoptimumkan FIREFOX (tetapi kena la juga tahu apa yang perlu di click...hehehe).
FIRETUNE dicipta, dibangunkan dan disupport oleh Total Idea (http://www.totalidea.com) tetapi oleh kerana ada perselisihan faham dengan Mozilla tentang issue logo, syarikat tersebut telah menghentikan support terhadap FIRETUNE. Walaubagaimanapun, software tersebut masih lagi relevan dan boleh diguna-pakai.
Ia dicipta berdasarkan beberapa koleksi tatacara settings untuk mengoptimumkan FIREFOX. Ada beberapa website seperti Tweakfactor telah menguji software ini dan mengesahkan akan keberkesanannya.
Bagaimana untuk menilai samada FIRETUNE benar-benar berkesan?
- Sebelum menggunakan FIRETUNE, lakukan dahulu "Speed Test" dan catatkan masa yang diambil untuk "loading" sesebuah website (contohnya http://abanglongonline.blogspot.com). Clearkan dahulu cache FIREFOX sebelum melakukan "Speed Test" tersebut.
- Selepas itu clear lagi sekali cache FIREFOX dan gunakan FIRETUNE untuk mengoptimumkannya.
- Lakukan "Speed Test" sekali lagi dan lihatlah perbezaan masa untuk "loading" website yang sama tersebut.Ada banyak website yang menyediakan online "Speed Test" seperti http://www.numion.com/stopwatch/
Cara-cara penggunaan FIRETUNE:
- Download FIRETUNE v1.2 kat sini http://www.softpedia.com/get/Tweak/Browser-Tweak/FireTune.shtml
- Install FIRETUNE. Anda akan dapat screen pop up seperti kat bawah ni. Seeloknya buat backup dahulu dengan click button "Create backup of configuration".
- Di screen "Performance Optimizations", pilih tahap kelajuan komputer dan internet connection anda. (kat bahagian bawah pop up tu ada menerangkan definisi fast/slow computer dan fast/slow connection)
- Click button "Other Optimizations" (rujuk screen kat bawah ni). Aku suggest "click" sahaja semua radio-button tu.
- Click button "Other useful settings". pastikan anda click "Optimize Firefox memory usage".
- Finally, click button "Tune it" yang ada kat bawah screen tu.
- Enjoy...hehehe
Harus diingat bahawa, sesetengah software antivirus dan antispyware mungkin akan memberi amaran bahawa FIRETUNE ialah suatu malware, walaupun sebenarnya ia merupakan satu software yang selamat digunakan dan tidak mendatangkan mudarat kepada sistem komputer kita. Sesetengah pakar komputer melabelkan ini sebagai 'false positive'. di mana software antivirus secara salah meletakkan fail tidak berbahaya sebagai virus di dalam virus "database list".
Aku juga menggunakan FIRETUNE di laptop aku ni tetapi tidak merasakan sesuatu yang significant pada mulanya. Mungkin laptop aku ni sudah sememangnya laju dan internet connection aku juga laju. Tetapi setelah menggunakan FIRETUNE di tempat-tempat di mana Internet connection agak perlahan (seperti mengguna dial up TmNet), performance FIREFOX memang amat ketara.
Aku berpendapat, kita perlu memiliki FIRETUNE, manalah tahu kita terpaksa melayari internet di kawasan-kawasan yang infra-struktur internetnya belum sempurna atau kemudahan-kemudahan WiFi amat terbatas.
Kemudahan lain yang ada pada FIRETUNE mungkin tidaklah diperlukan sangat seperti "autocompletion of URLs", kerana ia telahpun ada pada FIREFOX versi terbaru. Walaubagaimanapun, FIRETUNE berupaya untuk, membantu kita mengurangkan penggunaan atau mengoptimumkan penggunaan memori oleh FIREFOX
FIRETUNE mudah untuk di "install dan uninstall" di komputer kita. Oleh kerana ianya FREE, apa salahnya mencuba. Aku juga simpan satu salinan kat thumbdrive, so, boleh aku bawa ke mana-mana.
Sekian.
Post a Comment