Post kali ini ialah tentang cara-cara hendak membuat ringtone sendiri untuk handphone sendiri punya dan orang lain punya..dan kalau untuk orang lain punya bolehlah kita mintak bayaran sikit-sikit...hehehe
So, kalau berminat, sila muat turun software tersebut kat sini http://www.gustosoft.com/ringtone-maker/free-mp3-ringtone-maker.htm
Bagaimana cara nak guna?
- Download dulu file applicationnya kat website di atas dan install kat komputer anda (macam biasalah)
- Run application (Free MP3 Ringtone Maker) dan screen seperti di bawah akan pop up.
- Cari fail media (lagu) yang anda ingin jadikan ringtone. Dalam contoh ini, aku nak jadikan sebahagian lagu My Facebook dari kumpulan GIGI sebagai ringtone handphone aku.
- Click button "Load File".
- Software itu akan upload file dan ditunjukan di screen dalam bentuk "waveform".
- Pilih "range" sebahagian dari lagu itu untuk dijadikan ringtone dengan menggerakkan penanda berwarna "pink" tu. Penanda tersebut juga boleh dipanjangkan atau dipendekkan dengan "drag" border di kiri atau kanan.
- Di bahagian bawah "waveform" tu ada beberapa radio-button untuk pilihan anda. Fade In, Fade Out dan Stereo. Fade In maksudnya volume ringtone tu akan bermula dengan perlahan-lahan, manakala Fade Out berkmakna volumenya akan perlahan dihujung ringtone. Stereo tu pulak? Ntah! Cari kamus untuk tahu lebih lanjut...hehehe.
- Di sebelah kanan bawah pula terdapat 2 drop-down list untuk pilihan kualiti ringtone yang anda buat tersebut. Kalau ingin kualiti yang tinggi, size file akan lebih besar. Contoh yang aku tunjukkan dalam screen shot di sini aku memilih kualiti yang terbaik.
- Click "Generate Ringtone File". Software tu akan membuat ringtone sepertimana yang kita inginkan. Setelah selesai, screen di bawah akan dipaparkan. Anda telah berjaya membuat ringtone sendiri!
- Cari file ringtone sepertimana yang dipaparkan di final screen MP3 Ringtone Maker tu. Jangan sampai tak jumpa sudah...hehehe
Selepas ini bolehlah transfer ke handphone anda dan menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan lagu ringtone terbaru anda itu. Tetapi ingat! Ringtone ini tidak sesuai untuk handphone "cap AYAM" yang tidak boleh memainkan mp3...hehehe
Jika anda membuat bisnes dengan ringtone-ringtone tu, jangan lupa kat aku yer?...hehehe
Sekian
Post a Comment