Post ini adalah sambungan kepada post aku yang terdahulu tentang "Crisis Management". Sekiranya anda tertinggal atau ingin membaca post aku itu sila click link ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-2.html.
Sebelum ini, aku telah huraikan dengan ringkas topik-topik di bawah ini:
- Pengenalan kepada Crisis Management
- Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT
Kali ini, aku ingin menyentuh pula topik yang ketiga iaitu Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis.
Kenapa perlunya kita menetapkan tahap-tahap krisis?
Penahapan krisis adalah kritikal untuk sesebuah organisasi bagi merancang dan melaksanakan timdakan-tindakan yang bersesuaian untuk menangani krisis tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya berlaku kebakaran kecil di bilik stor, tindakan mengawal api agar tidak merebak ke bahagian lain bangunan adalah merupakan tindakan yang sesuai pada ketika itu dan bukannya mengosongkan keseluruhan bangunan. Walaubagaimanapun, jika kebakaran tersebut tidak dapat dikawal, mengosongkan bangunan adalah wajar.
Ada sesetengah, syarikat menetapkan hanya 2 tahap krisis, manakala untuk syarikat aku ini, aku telah menetapkannya kepada 3 tahap iaitu Minor Disruption, Medium Disruption dan Major Disruption. Sekiranya Major Disruption melibatkan impak yang besar kepada syarikat termasuk perkara-perkara yang memungkinkan kemusnahan harta benda dan mengancam nyawa, BENCANA (Disaster) akan diumumkan. Mungkin anda berpendapat penahapan di atas seolah-olah ada 4 peringkat. Ya dan tidak. Ya kerana Major Disruption mungkin tidak mendatangkan kemusnahan dan kemudaratan kepada syarikat dan para pekerja. Namun, sekiranya Major Disruption itu merupakan kebakaran, ia juga adalah BENCANA.
Contoh Minor Disruption.
Untuk syarikat aku ini, definisi Minor bermaksud, sesuatu kejadian yang mengakibatkan gangguan kepada pekerjaan yang tidak melebihi MTD 4 jam. Sebagai contoh mudah, berlakunya gangguan elektrik tidak melebihi 4 jam. walaubagaimanapun, MTD 4 jam itu mungkin tidak sesuai untuk menilai Discruption jika berlakunya kebakaran.
Contoh Medium Disruption
Untuk tahap krisis yang kedua ini bermaksud, sesuatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada pekerjaan melebihi MTD 4 jam tetapi kurang dari 24 jam. Sebagai contoh, gangguan bekalan elektrik selama 8 jam.
Contoh Major Disruption
Untuk tahap yang ketiga ini bermaksud, gangguan pekerjaan melebihi 24 jam dan gangguan tersebut akan memberi impak yang besar terhadap syarikat disebabkan ketidakwujudan atau kekurangan elemen-elemen kawalan keselamatan akibat krisis tersebut. Anda boleh juga mengandaikan gangguan bekalan elektrik untuk contoh terdekat.
Huraian contoh
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana aku menetapkan tahap-tahap krisis dengan merujuk gangguan bekalan elektrik sebagai contoh sedangkan kita mungkin tidak akan tahu bila bekalannya akan disambung semula. Mudah sahaja. Kita perlu menghubungi pihak yang menguruskan bekalan elektrik tersebut dan bertanya jangkamasa yang diperlukan untuk kerja-kerja pemulihan.
Perlu diingat, perhubungan di antara syarikat dan pihak-pihak tertentu di luar adalah salah satu elemen-elemen penting di dalam menangani krisis. Maklumat-maklumat yang tepat adalah amat perlu bagi memastikan krisis yang berlaku dapat dibendung dengan segera.
Pengecualian
Menetapkan tahap-tahap krisis samada Minor, Medium atau Major perlu dilakukan dengan teliti oleh ahli-ahli CMT syarikat mengikut kesesuaian krisis. Bagi krisis yang boleh mengakibatkan kemudaratan serta mengancam nyawa para pekerja. tahap-tahap krisis di atas adalah tidak sesuai. Sebagai contoh, krisis yang melibatkan penyakit berjangkit seperti H1N1, memerlukan syarikat untuk terus menetapkan tahap krisis tersebut kepada BENCANA.
Kesimpulan
Jadi, berdasarkan kepada perkara-perkara yang aku ceritakan di atas, untuk menulis sesebuah manual atau SOP tentang Crisis Management ataupun BCP, penulis perlulah juga bercerita tentang tahap-tahap krisis dan kemudiannya dihubungkaitkan pula dengan pelan-pelan tindakan yang bersesuaian untuk menangani krisis pada tahap-tahap yang berkaitan.
Aku akan menulis tentang pelan-pelan tindakan yang berkaitan di post yang lain nanti. So, tungguuuuu...
Sekian.
Post a Comment