Adakah anda tahu bila wujudnya ATM?
Ada sesetengah pihak menganggap ATM atau Automated Teller Machine, merupakan satu "ciptaan agung". Ada pula berpendapat ia adalah hasil berbaloi beberapa orang inventor (pencipta) yang telah menaiktaraf serta memperbaiki satu idea asas orang lain tentang ATM yang jauh melangkaui masa ketika idea ATM itu mula-mula diutarakan (kira macam cilok jugak laa...hehehe)
Diceritakan bahawa idea atau prototype sebuah ATM telah wujud di akhir tahun 1930 di mana pada ketika itu idea untuk membuat satu lubang di dinding bank bagi memudahkan pelanggan untuk melakukan transaksi perbankan tanpa perlu memasuki premis bank tersebut..(tolong jangan tanya aku macamana caranya. mungkin bank letak Teller duduk kat lubang tu kot...hehehe)
Ciptaan itu telah diuji selama 6 bulan di sebuah bank di New York City. Walaubagaimanapun, keputusan ujian menunjukkan bahawa cara tersebut tidak mendapat sambutan dari pelanggan dan ujian tersebut telah diberhentikan.
Ramai experts mengakui bahawa ATM yang agak moden serta terawal dicipta dan dipatenkan ialah pada tahun 1966.
Pembangunan terhadap mesin ATM tersebut diteruskan dan tidak lama kemudian sebuah mesin ATM telah dipasang di sebuah bank di London. Seorang pelakon komedi diberitakan dan dicatatkan sebagai pengguna pertama ATM tersebut pada 27 Jun 1967. Cara mesin tersebut beroperasi ialah dengan mengeluarkan sampul surat (paket) yang telah diisi dengan wang berjumlah 10 pounds sterling (untuk setiap paket).
Pada waktu yang sama, idea untuk menggunakan Personal Identification Number (PIN) juga telah dipatenkan dan konsep untuk menyimpan PIN di dalam kad ATM telah dicipta dan dibangunkan.
Tidak lama kemudian, ATM yang mempunyai system "networking" telah dibangun dan dipatenkan oleh seorang inventor bersama-sama dengan beberapa pelabur. Mesin tersebut dipasang di sebuah bank di New York. Pada mulanya, ATM tersebut hanya boleh mengeluarkan duit tetapi lama-kelamaan dan dengan pembangunan yang berterusan menjadi ATM yang bukan hanya mengeluarkan wang tetapi juga sistem servis automatik yang lainnya seperti deposit, pindahan wang dan lain-lain lagi.
Pada mulanya, ATM hanya beroperasi secara "off-line" dan wang tidak dikeluarkan dari akaun bank secara automatik. Tambahan pula sistem account masih belum "computerized". Oleh itu, bank-bank amat teliti untuk memilih pelanggan yang akan diberikan kemudahan ATM. Lazimnya, pengguna ATM (pada masa itu) adalah pelanggan bank yang mempunyai kad kredit dengan "credit records" yang baik.
Beberapa inventor (pencipta) kemudiannya telah merekacipta kad ATM yang mengandungi "magnetic strips" dan PIN untuk melakukan transaksi di ATM. Dengan adanya "magnetic strips", maklumat-maklumat akaun pemegang kad boleh disimpan di dalam kad. Dengan demikian, jumlah wang yang telah dikeluarkan melalui ATM boleh dikeluarkan dari akaun pemegang kad secara automatik.
Sekarang ini, dianggarkan bahawa lebih 1.5 juta ATM dipasang di seluruh dunia. Kebanyakan mesin-mesin tersebut telah terhubung dengan sistem antara bank-bank (interbank networks) di mana membolehkan sebahagian transaksi bank dilakukan di mesin-mesin ATM milik bank yang berlainan samada di dalam atau luar negara.
Di samping dipasang di bangunan bank, ATM juga boleh didapati di pusat-pusat membeli belah, lapangan terbang, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi kawasan tumpuan ramai. Malahan ada juga mesin-mesin ATM yang dipasang di kedai makan ternama atau masjid.
Sekarang ini, semakin ramai yang menggunakan ATM bukan sahaja untuk pengeluaran tunai, malahan untuk membayar bil-bil, membeli tiket (tidak kira tiket wayang atau tiket kapal terbang), membayar along-along (third party transfer laa), meminta mini bank statement, membeli top up dan sebagainya.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, tidak hairanlah makin ramai orang yang tidak sudi menghadirkan diri ke kaunter-kaunter bank lagi..
Sekian.
Post a Comment