Monday, May 30, 2011

Kenapa Perlu Menganiaya Aku?

10 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja pulang dari brisk walking pagi tadi apabila terpandang seekor kucing yang cedera. Terhencut-hencut ia berjalan. Kasihan aku melihatnya. Aku cuba untuk menghampirinya tetapi mencecet pula ia lari takutkan aku. Aku tidak sure samada kucing itu dilanggar kenderaan atau dianiaya orang. Melihatkan kakinya yang macam patah tetapi tidak luka seperti kena aniaya sahaja...ish, ish, ish.



Melihatkan keadaan kucing yang cedera itu, aku terbayang juga keadaan aku.

Aku juga cedera?

Ya. Tetapi bukan dari segi fizikal tetapi hati dan minda!

Kenapalah di dalam dunia ini ramai manusia yang suka menganiaya orang lain?

Kenapalah ada manusia yang suka menganiaya aku?

Kenapa perlu menganiaya aku?

Apa yang ditakutkan sangat dengan aku hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk menganiaya aku?

Sekarang ini, aku hanya berserah kepada Tuhan agar memberikan hidayah dan kesedaran kepada orang itu.



Sekian.

10 Responses so far.

  1. stiap yg berlaku pasti ade hikmahnya..

    sbr ea..

  2. Mek Onie says:

    abang long sabaq eh,biasalah manusia tak pernah berpuas hati dengan kita, so sabar auwww ^__^

  3. Anonymous says:

    apa citer ni? ce citer ce citer...

  4. Salam Nuyui, Meaw dan Amira Chan. Thanx..tgh menahan sabar ni. Harap boleh bertahan sampai bila2.

  5. Salam Anonymous..xleh citer kat sini bro..nanti lg teruk mereka aniaya aku.

  6. Abg Long...Sabar ya! Mungkin ini ujian Tuhan.

    CK pun dicedera minda dan hati oleh boss sendiri....ermmm sabar ajelah

  7. Salam Cik Kamoo...thanx yer..skrg ni tgh memujuk hati agar tidak ada niat untuk membalas dendam. Just berdoa yang baik2 saje.

  8. setiap manusia ada perasaan & hasad dengki. yg berbeza level perasaan tu rendah or tinggi,terpulang pd kita utk manage camner..

  9. Anonymous says:

    nice and great blog and Data Scientist Course in Hyderabad, Data Analytics Courses, Data Science Courses, Business Analytics Training ISB HYD Trained Faculty with 10 yrs of Exp see more

    data-scientist-course-in-hyderabad

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com