Monday, May 16, 2011

Adab follow memfollow?

15 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja pulang ke rumah. Biasalah, esok kan cuti, so, baliklah awal sedikit dan enjoy cuti panjang-panjang...hehehe. Oppss! maaf, jangan follow cara aku. Aku telahpun meminta kebenaran dan mendapatnya. jika anda juga ingin pulang awal, mintalah kebenaran terlebih dahulu dan pastikan juga alasan anda itu kukuh-sekukuhnya. Jika tidak, ada pula yang akan berkata-kata "Dia tu balik awal nak menyambut Wesak ke?"...hehe.

Setibanya aku di hadapan rumah, seperti biasa seekor kucing siam berwarna kuning kemerahan datang dan bermanja-manja dengan aku.



Aku tidak tahu siapakah tuannya, tetapi, kucing tersebut terlalu manja dengan aku dan suka menggesel-geselkan badannya ke kaki aku. Adakalanya, berdiri (dengan 2 kaki) untuk mencium tangan aku pula. Ke mana aku pergi dia pasti akan follow. Kadang-kadang aku terpaksa pula berlari untuk menjauhkan diri darinya. Bukan apa, aku tidak mahu dilabel pencuri kucing kalau aku bawa dia masuk ke rumahku itu.

Maaf, aku melalut sedikit, tetapi entry ini ada juga tempiasnya dengan cerita pasal kucing di atas. iaitu Follow.

Aku selalu lihat dan baca di blog-blog ungkapan ini "You follow, I follow", "Follow me, Follow You", "Awak Follow, Saya Pasti Akan Follow Awak Balik", "I've followed you, follow me back" dan berbagai-bagai ungkapan lain lagi.



Bukan aku tidak suka, malah aku seronok melihatnya. Cuma, aku masih lagi belum berjumpa ungkapan sebegini:

"Awak follow saya, lepas tu saya akan follow awak pula. Bila masing-masing dah ada ramai follower, suka hati awaklah kalau masih lagi nak follow saya. Lagipun, saya hanya sekadar follow dan melawat blog awak sekali ini sahaja semata-mata untuk click butang follow awak tu."

Atau...

"Saya terpaksa follow awak sebab awak dah follow saya."

Ataupun begini...

"Saya follow awak ni ikhlas tau. Tapi tolong jangan paksa saya selalu pergi ke blog awak untuk membaca entry-entry awak tu yer?"

Ataupun yang lebih daring begini...

"Aku follow engkau just nak masuk contest jer. Lagipun tak berbaloi untuk follow blog engkau tu. Lainlah kalau blog Ben Ashaari ke...blog Yuyu Zulaikha ke..."

Kenapa aku melalut sampai ke situ?

Secara jujurnya, aku tidak akan tahu sebab-sebab kenapa rakan-rakan blogger follow blog aku ini. Apa yang aku mampu katakan ialah "terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk follow blog ini."

Walaubagaimanapun, aku juga terfikir samada bayangan ungkapan-ungkapan yang tidak pernah aku lihat di atas itu wujud di minda follower aku. Puncanya kerana sudah beberapa kali jumlah follower aku berkurangan (lebih dari 10 orang  follower).

Sebenarnya aku tidak kisah.

Itu hak masing-masing...


Tetapi, betul ke ada blogger yang berfikiran begitu?...

cer cakap..cer cakap...




Sekian.

15 Responses so far.

  1. asslamualaikum..

    wah,awal balik yer..

    btw,kes follow cmni pnh sy adekan entrynya..

    abg long pnh komen..hak masing2kan..

    suke ati mu la nak watpe..heheh.. =p

  2. Wa'alaikummussalam Nusha, thanx sudi komen...a ah, betul la tuh. Cuma skrg ni tgh fikir ada ke blogger yg berperasaan mcm ungkapan yg tak pernah lihat tu? Apa2pun, kita berprasangka baik jer..hehe

  3. ejoy says:

    biasa tu bo klu new blogger (golongan remaja ni tertama gurl2 ni ) ayat2 power ni la yang slalu digunakan... tapi bagi saya polow jer.. sbb banyak polow banyak info dan pelajaran yang kira dapat...

  4. Salam Ejoy, thanx sudi komen. Xpernah terlintas ingin bertanya kenapa follow sesuatu blog dan kenapa pula unfollow (kalau ada). Sekadar mencetus minda sendiri berfikir dengan positif

  5. Muttallif says:

    Follow mana2 orang, sebab ilmu sangat luas. Manalah tahu ada yang sangat berguna.Tapi jangan sampai memaksa orang baca entry, hehehe. kan kan kan...Follow Mellow...Zassss~~~

  6. Salam...tak salah dan tak berdosa pun jika follow blog org lain. Bukan susah manapun, just click butang follow dan setuju aje. Kalau semua perkara hendak berkira, pening kepala jer

  7. ihik, ihik~ biasa la tu klu follower berkurangan.. sbb ada yg berfikiran camtu.. ^_^

  8. Salam Nusana, thanx sudi komen. Mungkin ada sebab lain (fikir positif jer) seperti masalah dgn google atau kena banned..

  9. Jebon says:

    Long, engkau tangkap kucing tu bagi kat aku buleh? Biar aku aje yg bela..

  10. salam en.abg long, kadang ada terlintas di hati juga statement macam tu, tapi saya selalu follow blog kawan yg follow saya...dulu ada gak seseorang mengunfollow blog saya, tidak apalah...

  11. Jebon...nanti aku tangkap n bagi kat engko kucing tu..kesian gak tengok dia lapar n xde org jaga

  12. Salam Mama JnJnj, thanx sudi komen. Kita teruskan follow memfollow jer dan xyah unfollow. Takde rugi apa pun. Lagi untung sebab mungkin dapat one way backlinks

  13. Unknown says:

    kan??follow, follow,..ak follow kalo ak nak datang bce lagi pas nih,..bukan setakat follow, siap letak link blog korang kt blog ak,..itupun kalo ak ske nak baca lagi la,.. ;)_i will follow you_ DG

  14. Salam Elixindora, thanx sudi komen. Follow jgn tak follow. Mana tau ada artikel yg berguna kita jumpa di blog yg di follow

  15. chong says:

    haha.."I followed you, follow me back", dah barlambak kat shoutbox. Mule2 ramai follower, pastu terus drop smpai lebih 6 orang. Diorang just nak tambah follower je, lepastu bile follower diorang dah ramai, dia unfollow balek orang yg die dah follow. Hmm, ape tujuan follow camtu?..
    (btw, nak mintak gmbar burung twitter tu..=D)

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com