Apa khabar anda semua? Sihat? Alhamdulillah, semoga kita semua sihat wal-afiat dan diberi rahmat oleh Allah. Dilindungi dari sebarang musibah tidak kira yang memudaratkan atau hanya sekadar merunsingkan kepala.
Ketika entry ini ditulis, aku baru sahaja selesai melakukan stretching ringkas melegakan otot-otot aku yang tegang kerana beberapa hari ini aku banyak mengerah kudrat ke tahap maksima. Hari ini, aku tiada perancangan untuk berjogging dan brisk walking kerana kesibukan aku membuat write up tentang Business Process Analysis.
Semasa membuat editing tadi, aku tersengguk-sengguk mengantuk kerana malam tadi tidak berapa nyenyak tidur. In fact, malam sebelumnya juga begitu kerana kebisingan anak-anak jiran dan anak aku menonton perlawanan bolasepak di antara Manchester United dan Chelsea membuatkan tidurku terganggu.
Aku terpanggil untuk release entry ini selepas membaca komen dari seorang pelawat di blog aku ini yang bertanyakan samada kegagalan suami mendidik isteri boleh dikategorikan sebagai "dayus" atau sebaliknya. Aku telahpun menjawab soalan itu di ruangan komen, cuma, jawapan aku mungkin agak kurang tepat kerana ruang yang terhad untuk aku menerangkannya dengan panjang lebar.
Pada pendapat aku, kegagalan suami untuk mendidik isteri untuk sesuatu yang tidak melibatkan maruah hanyalah sekadar kegagalan dan bukanlah dianggap dayus.
Aku teringat perbualan aku lama dahulu dengan seorang rakan yang pada awalnya menghadapi masalah di dalam rumah tangga beliau.
"Begini bang, aku ini seorang lelaki yang mudah cemburu melihat isteri aku suka melayan lelaki-lelaki lain walaupun mungkin itu sekadar tugasnya sebagai Pengurus Perhubungan Pelanggan di syarikatnya. Kadang-kadang aku menghendap dia di pejabat untuk mengetahui setakat mana kejujuran dia bertugas. Samada dia menjaga batas-batas agama ketika bertugas."
Apa yang engkau dapat selepas menyiasat?
"Tidaklah dia berlebih-lebihan. Setakat pergi makan-makan dan berbual-bual tu adalah."
Ada dia keluar waktu malam untuk menjalankan tugasnya?
"Selalu juga. Kebiasaannya, dia akan bersama rakan-rakan sekerjanya yang lain."
Apa sebenarnya yang membuat engkau tidak senang?
"Kalau dia pergi bertugas, pakaian dia selalunya memang cantik-cantik dan kadang-kadang agak sedikit seksi, bajunya ketat dan menampakkan susuk tubuh yang sudah pasti boleh membuatkan ramai orang lelaki terliur. Kalau di rumah, jarang benar dia ambil kisah tentang pakaian, seolah-olah itu semua tidak penting."
Pernah engkau menegurnya?
"Sudah banyak kali bang. Dia jadi marah. Katanya aku ini suka mengongkong dia walhal dia bekerja untuk meringankan beban kewangan aku. Akibatnya kami sering-kali bertengkar dan biasalah, aku sahaja yang selalu kalah."
Pernah engkau mengadu kepada sesiapa?
"Aku mengadu kepada emak dan ayah dia di kampung."
Apa pula nasihat mereka?
"Mereka suruh aku lebih tegas. Tanggungjawab aku untuk memastikan isteri aku menjaga tatasusila dan tidak melanggar batas-batas agama walaupun ketika bertugas. Jika tidak aku ini suami Dayus. Benar ke begitu bang?"
Aku teringat perbualan aku lama dahulu dengan seorang rakan yang pada awalnya menghadapi masalah di dalam rumah tangga beliau.
"Begini bang, aku ini seorang lelaki yang mudah cemburu melihat isteri aku suka melayan lelaki-lelaki lain walaupun mungkin itu sekadar tugasnya sebagai Pengurus Perhubungan Pelanggan di syarikatnya. Kadang-kadang aku menghendap dia di pejabat untuk mengetahui setakat mana kejujuran dia bertugas. Samada dia menjaga batas-batas agama ketika bertugas."
Apa yang engkau dapat selepas menyiasat?
"Tidaklah dia berlebih-lebihan. Setakat pergi makan-makan dan berbual-bual tu adalah."
Ada dia keluar waktu malam untuk menjalankan tugasnya?
"Selalu juga. Kebiasaannya, dia akan bersama rakan-rakan sekerjanya yang lain."
Apa sebenarnya yang membuat engkau tidak senang?
"Kalau dia pergi bertugas, pakaian dia selalunya memang cantik-cantik dan kadang-kadang agak sedikit seksi, bajunya ketat dan menampakkan susuk tubuh yang sudah pasti boleh membuatkan ramai orang lelaki terliur. Kalau di rumah, jarang benar dia ambil kisah tentang pakaian, seolah-olah itu semua tidak penting."
Pernah engkau menegurnya?
"Sudah banyak kali bang. Dia jadi marah. Katanya aku ini suka mengongkong dia walhal dia bekerja untuk meringankan beban kewangan aku. Akibatnya kami sering-kali bertengkar dan biasalah, aku sahaja yang selalu kalah."
Pernah engkau mengadu kepada sesiapa?
"Aku mengadu kepada emak dan ayah dia di kampung."
Apa pula nasihat mereka?
"Mereka suruh aku lebih tegas. Tanggungjawab aku untuk memastikan isteri aku menjaga tatasusila dan tidak melanggar batas-batas agama walaupun ketika bertugas. Jika tidak aku ini suami Dayus. Benar ke begitu bang?"
Untuk menjawab soalan rakanku itu, aku telah share satu artikel yang dikarang oleh Zaharuddin Abd Rahman di http://www.zaharuddin.net. Aku telah membuat sedikit adjustments supaya mudah rakan aku itu faham dan yang lebih penting supaya aku juga faham.
Silalah baca, mudah-mudahan ada manafaat.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud
Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya
Siapakah Si Dayus?
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak". Lalu sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS?"
Nabi menjawab
IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan tidak mengambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi SAW yang bermaksud "Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)"
Penerangan Ulama Tentang DAYUS
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
"seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)"(An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
"Cemburu lawannya dayus" ( Imam Al-'Aini; Umdatul Qari, 18/228 )
"Cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (An-Nuhas; Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
"Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
"Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" (Imam Az-Zahabi; Al-Kabair, 1/62)
"Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali." (Imam Ibn Qayyim).
Dayus adalah dosa besar?
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengklasifikasikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu atharyang bermaksud "Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)" (Matalib uli nuha, 5/320)
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
"Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
"Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Imam Az-Zahabi; Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam?
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu.
Benar cemburu buta memang menyusahkan. Dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, kadangkala isteri memarahi suami yang melakukan tindakan demikian dan berkecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada dirinya. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada si isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda (riwayat Ahmad) :
Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman sekarang ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
Bila lelaki menjadi DAYUS?
Secara mudahnya ramai lelaki menjadi DAYUS apabila :-
- Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
- Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
- Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
- Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
- Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
- Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
- Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
- Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
- Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
- Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
- Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
- Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita (terdapat beberapa hujah yang menidakkannya)
- Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
- Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Actually banyak lagi. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Kali terakhir aku berjumpa rakanku itu, beliau ada bercerita tentang artikel ini yang beliau juga telah kongsikan dengan isteri beliau dan yang paling penting, ada perubahan drastik oleh isteri beliau yang sekarang ini sudah bertudung dan lebih menghormati beliau sebagai suami. Syukur alhamdulillah...
Sekian
ooo baru paham pae tu dayus,.
byk jenis rupnya...
alhamdulillah, akhirnya si isteri berubah.