Pernahkah anda ditegur atau dimarahi atas kesalahan anda ataupun mungkin kesalahan yang bukan anda lakukan? Apakah perasaan anda? Benci? Kecewa? Marah? Sakit hati? Sedih?
Lalu, apakah yang anda buat?
Marah orang itu balik? Menangis? Merajuk? Memanjangkan muncung sedepa???
Well, lumrah kita manusia tidak suka dimarahi. Malah ada juga yang tidak suka ditegur. Apatah lagi jika orang yang menegur kita adalah orang yang kita anggap berstatus di bawah kita, lebih muda, pekerja bawahan kita atau juga isteri atau suami kita sendiri.
"Macam ni bang. Bos aku itu jauh lebih muda dari aku. Oleh sebab dia bos, dia boleh sesuka hati memarahi staff jika melakukan kesilapan atau kesalahan."
Biasalah kalau bos marah. Bukan begitu?
"Ya., tetapi, apa salahnya kawal sedikit kemarahan tu. Jika ingin marah sekalipun, janganlah memaki hamun di hadapan pekerja-pekerja lain. Seolah-olah orang itu tiada maruah. Kalau kesalahan itu besar sangat hingga boleh menjatuhkan syarikat, mungkin juga boleh diterima, tetapi hal-hal yang remeh-temeh seperti lambat menghantar laporan mingguan tidak perlulah sampai memaki-hamun sampai begitu teruk sekali."
"Dulu semasa dia mula-mula datang bekerja di sini, bukan main lagi manis mulutnya. Kononnya akan berbuat Open Door Policy dan akan menggalakkan mana-mana staff yang bermasalah untuk mengadu kepada beliau. Rupa-rupanya, memang Open Door iaitu membiarkan pintu biliknya terbuka dan memaki-hamun staff hingga seluruh Department atau mungkin juga seluruh bangunan pejabat mendengar suaranya."
Apa sebenarnya tujuan bos engkau itu?
"Entahlah bang. Katanya dia marah untuk mendidik. Tetapi, aku rasa dia tu sendiri yang perlu dididik agar bersikap menghormati orang lain."
Termenung juga aku bila mendengar rintihan kawanku itu.
Perlukah kita marah?
Apakah logiknya untuk kita marah dengan tujuan mendidik?
Berkesankah cara yang sedemikian?
Dalam agama, seorang ayah dibenarkan mendidik anaknya yang berumur 9 tahun dengan memukul (dengan pukulan yang tidak memudaratkan) kerana meninggalkan solat. Arahan agama jelas iaitu memukul dan bukannya memarahi.
Apakah rasionalnya?
Sebab, kebiasaannya manusia yang sedang marah dan memarahi seseorang yang lain (dengan mulutnya), banyaklah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya atau tidak elok yang terkeluar dari mulutnya itu.
Bayangkan, jika anda seorang ibu dan memarahi anak anda dengan kata-kata kesat seperti "anak kurang ajar", "anak pemalas", "anak tak kenang budi", "anak derhaka" dan seumpamanya, lalu, Tuhan makbulkan kata-kata anda itu. Dalam erti kata lain, kata-kata anda itu mungkin boleh menjadi suatu doa.
Nasihat 1 sen aku, cubalah kawal kemarahan kita dan ingatlah pepatah berikut:
If you are right then there is no need to get angryAnd if you are wrong then you don't have any right to get angry.
atau
Jika anda benar, anda tidak perlu marah,Jika anda salah anda tiada hak untuk marah.
Semoga kita semua mendapat manafaat...
Sekian.
biar marah dgn berhemah..jgn dihambur kata2 yg mgkin menambahkan lagi api kemarahan..
BTW,xsume org mmpu kawal kemarahnnya..
Jd,belajarla utk lbh pndai kawal kemarahan itu =)
Salam Nusha, thanx sudi komen. Ramai org yg telah belajar atau pergi course Anger Management. Berapa ramai yg dapat mempraktikkannya? Memang mudah menyuruh supaya org jgn marah, adakah juga mudah untuk kita sendiri melakukannya?
kalu kene marah diam je kot..haha..kalu melawan nnt gaduh :)
marah ada ketikanya berguna... cuma biar bertempat...
kalau langsung tak pernah marah lak kang ada orang akan nek kepala... hehe
so biar berhikmah dalam segala perbuatan... hehe
Salam Syrupmasin, thanx sudi komen. Agak2, berapa ramai yg boleh dan tahan berdiam jika kena marah kaw2 akibat kesalahan org lain? Cer fikir cer fikir..huhu
Salam Kaizenshinobi, thanx sudi komen. Mungkin sebaiknya bukanlah marah tetapi tegas
haha..haah kann..mane bole tahan lame2..lambat laun meletop jugak..haha