Petang semalam sewaktu aku sibuk mengerah kudrat berjogging, fikiran aku menerawang jauh berfikir tentang blog aku ini. So, hari ini aku berniat untuk membuat satu entry yang paaaaaaaanjaaaaaaaang untuk tatapan anda semua. Bukan untuk membuatkan anda boring tetapi oleh kerana hujung minggu ini banyak aktiviti-aktivi yang aku perlu lakukan, aku mungkin tiada masa untuk membuat entry. Jadi, anda bolehlah melawat blog aku beberapa kali untuk menghabiskan membaca entry aku ini...huhu.
Apa yang bermain di benak fikiranku?
Pertamanya, aku masih terfikir apakah matlamat sebenar aku untuk berblogging?
Kenapa pula perkara ini bermain semula di kepala aku sedangkan aku sepatutnya telah mempunyai matlamat untuk disasarkan semasa pertama kali aku mendaftar dengan blogger setahun yang lalu?
Puncanya...sudahlah aku penat berjogging, aku pun penat ber"blogwalking" juga.. uwaaaaaaa ...isk, isk, isk..
Kenapa blogwalking?
Kenapa tidak blogsurfing atau blogsearching?
Semacam mengarut pula soalan aku di atas itu yer? Secara direct translation mudah sahaja. Kalau kita pergi melayari blog-blog orang lain tanpa tujuan yang khusus, kita boleh label sebagai blogsurfing. Jika kita surf atau melayari blog-blog orang lain dengan tujuan mencari sesuatu yang khusus, kita boleh kata blogsearching.
Kenapa bukan blogjogging?
Jika kita melayari blog-blog orang lain dengan pantas, sekali imbas atau sekadar menunggu blog tersebut page loading dan kemudiannya pergi pula ke blog yang lain dengan kadar segera, bolehlah kita anggap sebagai blogjogging. Ada juga yang berblogjogging bukan sekadar dengan kepantasan berjogging tetapi seolah-olah sedang melakukan larian 100 meter. Singgah di blog orang lain, belum habis loading, terus pergi ke blog yang lainnya.
Blogwalking?
Seperti orang berjalan, kita lawati blog orang lain seperti melawat rumah ke rumah dengan kadar yang lebih perlahan. Bila kadarnya perlahan, sempat juga untuk kita melihat persekitaran rumah tersebut (blog layout), melihat perabot-perabotnya (entry-entry) dan berkenalan dengan tuan rumahnya sekali (blog owner).
Maaflah jika aku memberikan definisi mengarut di atas. Bukan apa, ada di antaranya yang berkaitan dengan punca-punca kita berblogwalking. Terus terang aku ingin katakan bahawa adakalanya aku sendiri melakukannya.
Blogsurfing, blogsearching atau blogjogging sama sahaja acuannya dengan blogwalking cuma tujuannya dibeza-bezakan.
Aku pernah blogsurfing iaitu membuka 5 ke 6 blog pada masa yang sama, menunggu beberapa saat hingga selesai page loading dan kemudiannya menutup blog-blog tersebut untuk membuka 5 ke 6 blog yang lainnya pula. Konsepnya, sama sahaja dengan sistem PPV (Pay per View) atau PTC (Pay to Click) cuma yang ini tanpa bayaran apa-apa. Ada software khas untuk ini dan ada juga specific windows command yang membolehkan kita melakukannya walaupun tanpa software khas tersebut. Tujuan utama blogsurfing adalah untuk meninggalkan jejak secara automatik bilamana blog-blog tersebut mempunyai widget-widget yang memaparkan Traffic Sources seperti e-Referrer, Feedjit dan lain-lainnya. Malah Blogger in Draft juga ada menunjukkan data tersebut di Dashboard Stats.
Well, sebelum aku keterlaluan mengarut, aku coretkan di sini tujuan utama aku berblogwalking:
- Mencari idea-idea untuk memperbetul, memperbaiki dan mempercantikkan blog sendiri
Setiap kali aku blogwalking, aku akan teliti setiap blog yang aku lawati untuk melihat paparan-paparan layout yang menarik di blog-blog tersebut. Tidak kiralah samada Header, Sidebar, Main wrapper, widget-widget yang ada, susun atur blog dan juga penggunaan warna. Aku ini jenis manusia yang tidak mudah berpuas hati dengan keterampilan blog sendiri, sebab itu aku suka melihat dan mengguna-pakai idea orang lain dan disesuaikan dengan kreativiti sendiri. Aku rasa setakat ini aku telah mengubah theme atau template blog aku ini sebanyak 5 kali dan mungkin yang ke 6 akan menyusul tidak lama lagi.
Untuk kelima-lima template tersebut aku sekalipun tidak pernah membuat Header sendiri..huhu. uwekkk.. Sekarang ini tengah membuat beberapa experiment dengan Photoshop untuk menghasilkan Header sendiri.
Sebelum ini ada aku buat dengan meletakkan gambar aku tetapi orang rumah pula menegur dengan berkata, "Tu, nak menggatal la tu, letak gambar hensem kat blog supaya ramai awek terpikat!!"..uhuk! uhuk!
- Mencari idea-idea untuk entry-entry serta melihat selera penulisan blogger lain
Aku telah ada seberkas idea-idea penulisan khasnya berkenaan pekerjaanku. Walaubagaimanapun, kebiasaannya entry-entry sebegitu tidak menarik minat untuk pelawat-pelawat datang dan membacanya kecuali pelawat-pelawat yang memang mencari artikel-artikel sebegitu.
Dengan membuat lawatan sambil belajar ke blog orang lain, aku akan sedikit sebnyak mengetahui entry-entry bagaimanakah yang bakal menjadi magnet dan dibaca keseluruhannya oleh para pelawat. Otherwise, pelawat-pelawat hanya singgah dan membaca main title sahaja..ish, ish, ish.
- Berkenalan dengan blogger lain dan bertukar-tukar pendapat
Setiap orang mempunyai idea-idea dan kreativiti masing-masing. Ada yang sama dan banyak pula yang berbeza. Dengan berkenalan, bertukar-tukar pendapat serta pandangan dapatlah memperkayakan ilmu berblogging walaupun ada juga segelintir yang tidak berapa suka untuk share tetapi majoritinya memang suka menunjuk ajar khasnya blogger-blogger otai, walaupun telah famous tetapi masih humble.
- Mencari maklumat-maklumat untuk mahasabah diri dan mempertingkatkan ilmu
Aku sering kali melakukan perkara ini. Ada sesetengah maklumat yang memang aku cari-cari ada di sesetengah blog. Bukan setakat maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pekerjaanku sahaja, bahkan juga yang berkaitan dengan kehidupan. Yang sering aku cari pula adalah maklumat-maklumat untuk memperelok blog aku yang jadi kucar-kacir kerana kebodoh-beranianku mengubahsuai CSSnya...hehehe.
- Meninggalkan jejak untuk mendapatkan backlinks
Inilah yang paling utama...hohoho..
Blogwalking untuk beriklan dan mempromosikan blog sendiri. Kadang-kadang menggunakan sistem "ping" agak kurang berjaya berbanding berblogwalking. Lebih-lebih lagi jika kebanyakan blog owner hanya suka melawat blog pelawat-pelawat yang datang menyinggah sebagai tanda terima kasih kerana sudi singgah.
Kepada yang berduit, mungkin juga akan membeli hits dari beberapa website yang menjual servis tersebut.
Cuma aku agak kurang gemar akan cara itu kerana kebiasaannya, pelawat-pelawat yang dipaksa-rela melawat blog aku menggunakan kaedah itu tidak akan datang lagi selepas habis tempoh sistem, sedangkan aku inginkan pelawat-pelawat yang datang secara berulang-ulang-ulang-ulang-ulang (berapa banyak ulang daaaa...hehehe).
Berkesankah Blogwalking?
Sememangnya berkesan!
Jika awal-awal masa aku mula berblogging dahulu, jumlah pelawat aku hanya beberapa belas sahaja dan pageviews tidak pernah melebih angka 30, selepas aku rajin berblogwalking sambil meninggalkan jejak melalui shoutbox dan ruangan komen, jumlah pelawat blog aku sehari melebihi angka 100 dan average pageviews lebih kurang 250. Memang terlalu sedikit dan langsung tidak patut dibanggakan jika dibandingkan dengan para blogger otai dan yang dah famous tu, tetapi yang penting ada peningkatan.
Di awal pembabitan aku di dalam dunia blogging aku sering disuapkan atau disuruh menulis artikel-artikel menarik untuk menggamit pelawat datang ke blog aku, tetapi aku rasa itu tidak benar sama sekali. Yang paling berkesan adalah promosi. Seperti menjual barangan, walaupun barangan yang dihasilkan berkualiti, canggih dan mungkin terbaik di antara yang terbaik, jika tiada promosi, aku rasa barangan tersebut mungkin akan menjadi tukun sahaja. Jika tidakpun akan hanya dibeli dan diguna oleh si penciptanya sendiri...huhu.
Bila menyebut tentang promosi, mestilah ada taktik, teknik dan tatacara yang perlu diikuti bukannya dengan secara hentam kromo. Contohnya, anda pergi melawat ke blog orang lain, membaca artikel mereka dan menghentam bukan secukup rasa tetapi sesuka rasa hati. Mungkin dari segi backlinks dan respons yang bakal diterima agak baik tetapi betulkah cara begitu?. Silap-silap si blog owner akan create satu page di Facebook untuk memboikot anda dan bersama-sama fan page beramai-ramai mengutuk, menghentam dan menyumpah seranah anda...adusss!!.
Satu lagi kelebihan blogwalking ialah, anda boleh berkenal-kenalan dan meminta blog owner untuk meletakkan banner anda di blognya tetapi jika anda yang tidak pernah datang, tiba-tiba sahaja singgah dan request, mungkin juga owner tersebut mengambil masa yang lama untuk bersetuju.
Salah satu cara paling berkesan untuk mendapatkan direct one way backlinks ialah dengan mengadakan Cabutan Bertuah, Give Away (GA), pertandingan, Segmen-segmen dan berbagai-bagai acara lainnya. Bayangkan jika anda tidak pernah blogwalking dan membuat promosi tentang blog anda, siapalah agaknya yang akan sudi menyertai segmen-segmen yang anda ingin buat itu? Silap-silap anda sendiri sahaja yang join..huhu.
"Habis tu, kalau blogwalking itu penting untuk promosi blog engkau, kenapa pula engkau merasa penat?"
Siapa kata tidak akan rasa penat?
Sehari aku blogwalking sekurang-kurangnya ke 50 blog. Bayangkan berapa kali aku perlu klik dan menaip alamat blog-blog tersebut. Lepas tu kena taip pula komen-komen membina dan tinggalkan jejak di shoutbox mereka. Mana-mana blog yang aku belum follow, aku akan follow.
"Helloooooo brader.. Lu punya blog bukannya famous macam blog-blog otai. They all tu tak payah blogwalking pun masih ramai pelawat. Sedar la sikit siapa diri Lu tuh!"...
Ok, OK...Aku blogwalking sekarang dan seterusnya...hehehe
Sekian.
Wahhhh...panjangnyeeerrrrr post kali ni...huhu...
Assalam...bak kata perpatah,semua orang boleh beli buku....tapi x semua boleh menulis untuk menjadi buku. Blog Abg Long untuk org yang ingin satu perkongsian berfikir di luar kotak pemikiran. Bukan saya nak ampu...hakikat knowledge yg tersurat dan tersirat dapat dikongsikan dlm blog ini. Blog saya tu lebih kepada publisiti dan memeriahkan dunia blog. Senang cerita nak buat bukti....aktiviti komuniti saya.
Salam Siti Farah, thanx sudi komen. Njoy membaca huhu..
Salam Akhbar Aman, thanx sudi komen dan pujian yg agak melangit. Saya just menulis mengikut rasa hati. Banyak lg kekurangan yg perlu diperbaiki tetapi saya tetap akan teruskan menulis