Saturday, May 21, 2011

Be Careful Using English Words Part 2

4 comments
 
Salam...

Coretan aku semalam tentang perkataan "member" banyak mendapat response dari para pelawat blog aku ini. Terima kasih semua kerana sudi singgah dan membaca entry aku itu. Jika anda masih belum membacanya atau ingin membacanya sekali lagi sila click di SINI. Terus terang, aku masih lagi di dalam mood ketawa dengan cerita si pengurus yang tersalah sebut perkataan "member" instead of "friends" itu..hehe.


Sekali lagi aku ingin menjelaskan bahawa, makna lain untuk "member" selain "ahli" ialah "male or female sex organ"!.

Jadi, untuk memanjangkan lagi mood ketawa, tersengih dan tersenyummmmmmmmm itu, aku paparkan di sini ayat-ayat yang boleh melucahkan maknanya..huhu.

Aku tertinggal member aku kat LRT
Aku main bola dengan member aku
Seronok betul main dengan member aku
Member engkau tak suka main bola ke?
Tadi, aku jumpa member engkau tepi jalan.
Besar jugak member engkau tu ye?
Bawa la member engkau sekali.
Member engkau ada handphone?
Suruh member engkau tunggu, sekejap lagi aku sampai.
Member engkau tu buta ke?
Member engkau pandai bawa kereta tak?
Engkau tinggal je member engkau tu, esok kita ambil.
Tak baik main-main kepala member engkau tu.
Aku sayang kat member aku tu.
Member aku pandai buat bunyi macam tu.
Member engkau lawan member aku, siapa lagi kuat?
Member engkau tu senyap je, kenapa?
Mentang-mentang engkau bawa member, berani lah.
Kenapa member engkau tu menggigil je?
Suruh member engkau telefon aku.
Ajaklah member engkau masuk.
Macam hilang akal je member engkau tu?

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang boleh dijadikan contoh cuma aku sendiri yang rasa malu untuk menulisnya. Kalau anda tiada rasa malu bolehlah tulis di ruangan komen...hehehe.


Nasihat 1 sen aku, fahamilah betul-betul makna serta penggunaan sesuatu perkataan sebelum ianya digunakan. Walaupun adakalanya perkataan tersebut merupakan perkataan yang biasa digunakan di dalam bahasa pertuturan kita, tidak semestinya ianya memberikan makna yang sama jika diolah dengan ayat-ayat formal.


Sebelum ini, aku pernah juga mencoret tentang ini di entry yang bertajuk "Fahami Bahasa Inggeris". Jika anda ingin meneruskan senyuman panjang anda itu, sila click link tersebut atau di SINI.



Sekian...senyummmmmmmmmmmmm...

4 Responses so far.

  1. oo rupanya. faham2.thanks for the info. hehehe

  2. Salam Amanda Sasha, thanx sudi komen. So, pasni berhati-hatilah bila menggunakan perkataan member tu yer..tukar jer terus ke perkataan kawan ataau friend sure ok punya..hehe

  3. Jahirah says:

    dulu masa kat kluz lecture pnh suh cari perkataan member dalam dictionary.memasing terpinga2 bila baca maksud dia.pastu mmg elak sebut pkataan tu,cuma kdg2 tsebut maklum la ramai yg guna word tu..adeh

  4. Salam Cik Aisha, thanx sudi komen. Sebab dah terbiasa kadang2 boleh membawa huru hara hehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com