Pernahkah anda melakukan sesuatu dengan hati yang tidak rela atau tanpa keikhlasan? Memang kita dituntut untuk melakukan semua perkara dengan ikhlas. Jika kita berbuat begitu dan semata-mata kerana Allah, insyaAllah, Tuhan akan memberkati apa yang kita lakukan dan mungkin diberikan pahala. Bagaimana pula jika kita melakukannya dalam keadaan yang sebaliknya iaitu berat hati, terpaksa dan tanpa keikhlasan? Adakah kita berdosa?
Pernahkah anda rasa melakukan sesuatu kerana terpaksa semata-mata kerana ianya adalah tanggungjawab anda?
Terus terang, aku pernah dan agak sering berfikiran demikian. Adakalanya, aku selalu bermenung memikirkan kenapa aku yang perlu melakukan perkara tersebut. Kenapa orang lain tidak? Kadang-kadang rasa sedih itu wujud bila terasa diri ini seperti dipermainkan atau dipergunakan.
Aku sedar itu semua adalah energy sucker tetapi aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan inginkan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada diriku. Adakalanya, aku terfikir juga bahawa aku tidak patut membuat kerja amal sentiasa. Aku perlu juga berbuat sesuatu yang mendatangkan hasil kepada diriku. Seperti orang berniaga yang inginkan keuntungan. Untung sedikit tidak mengapa asalkan masih ada untung dan bukannya ingin jadi kaya raya dalam tempoh sekelip mata hasil dari perniagaan tersebut.
Di dalam perniagaan, aku berpendapat bukan keikhlasan yang dititik-beratkan tetapi kejujuran.
Memang benar, kita sepatutnya ikhlas di dalam melakukan sebarang pekerjaan tetapi kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan membolehkan kita mendapat gaji. Apakah anda akan berpuas hati mendapat pekerjaan tetapi tiada gaji yang diberikan dan syarikat di mana anda bekerja berkata "Anda perlu bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan termasuk gaji!"
Apakah tidak ikhlas jika kita mengharapkan upah setelah selesai melakukan pekerjaan?
"Jika kita ingin menolong orang lain, berilah pertolongan dengan ikhlas."
Benar. Bagaimana pula jika kita terpaksa atau dipaksa menolong?
Sebagai contoh, anda diminta untuk melakukan sesuatu untuk membantu rakan anda tetapi pada masa yang sama anda ada perkara lain yang perlu anda lakukan dan lebih penting. Anda gagal untuk menolak atas desakan yang bertubi-tubi. Masihkah ada rasa keikhlasan di hati anda sedangkan pada ketika itu anda juga terdesak untuk melakukan sesuatu yang lebih penting dari itu?
Satu lagi contoh, anda diminta membantu rakan anda sedangkan anda tahu anda sendiri ada masalah. Apabila ingin menolak, rakan anda mendesak dan berkata "Takkan minta tolong sedikit pun tidak boleh?". Anda hulurkan juga bantuan tersebut di dalam kepayahan akibat masalah yang anda hadapi. Masihkah lagi ada keikhlasan di hati anda?
"Jika ingin menolong, tolonglah dengan ikhlas. Jika tidak boleh, tolaklah dengan cara yang baik."
Benar juga.
Bagaimana pula jika anda gagal untuk memberikan alasan untuk menolaknya? Atau, anda telah cuba menolak tetapi anda masih didesak dengan berbagai-bagai kata yang mengungkit, menempelak atau orang yang meminta tolong dari anda memperlekehkan anda jika anda tidak menolong. Masihkah anda mahu menolong dengan hati yang ikhlas?
Panjang lebar pula aku mengomel yang bukan-bukan...hmmm
Bukan apa, aku sekadar ingin membuka mindaku dan berfikir samada keikhlasan itu perlu bersebab atau tidak. Adakah keikhlasan itu tidak membenarkan kita untuk mengharapkan apa-apa balasan?
Aku setuju bahawa beribadah kepada Tuhan perlukan keikhlasan hati. Walaubagaimanapun, kita juga berharap ibadah kita diterima dan sebagai balasannya kita dirahmati oleh Allah serta dimasukkan ke Syurga. Maksud aku, kita ikhlas beribadah dan berserah kepadaNya yang menentukan balasan, tetapi kita juga sebenarnya mengharapkan balasan yang baik-baik dariNya.
Anda didatangi seorang peminta sedekah yang menjual senaskah surah Yaasin. Apa bila anda tidak mahu membeli, dia meminta anda bersedekah kepadanya seberapa yang ikhlas. Anda berikan 20 sen kepadanya. Adakah anda rasa ikhlas ketika itu?
Setelah menerima wang dari anda, peminta sedekah itu berkata "Apa yang saya boleh buat dengan wang 20 sen ini? Kalau RM1 tidak mengapalah." Apa kata hati anda ketika mendengar kata-katanya itu? Masih adakah rasa keikhlasan di hati anda?
Anda bersedekah pisang di masjid ketika hari Jumaat, anda ikhlas.
Anda bersedekah memberikan makanan kepada anak-anak yatim, anda ikhlas.
Anda bersedekah dengan memasukkan wang ke dalam tabung masjid, anda ikhlas.
Anda belanja kawan-kawan anda makan selepas menerima gaji yang pertama, anda ikhlas.
Anda belanja kakitangan di Jabatan anda selepas anda dinaikkan pangkat, anda ikhlas.
Anda berjalan kaki sejauh 2km untuk membeli burger yang diminta oleh anak anda, anda ikhlas.
Anda diminta menulis laporan di dalam bahasa Inggeris hasil lawatan kerja oleh bos anda dan beberapa orang kakitangan lain sedangkan anda tidak dipelawa untuk turut serta di dalam lawatan tersebut. Kakitangan yang pergi bersama bos anda di dalam lawatan tersebut menolak untuk membuat laporan dengan alasan tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa Inggeris. Anda yang fasih dan mahir menulis pula yang diminta untuk membuat laporan tersebut.
Ikhlaskah anda???
Sekian.
kalau aku pulak, aku hanya tidak akan ikhlas jika aku dipaksa untuk melakukan sesuatu.. HUHU
MySuaraBlog: Sebiji Telur Jer?
Salam Zwan Sabri, thanx sudi komen. Agak2, ada ke org yg ikhlas bila dipaksa?..huhu
salam kenal abg long ;)
sy ikhlas folo sini ehehe..
walaupun x de pink..ecehhh~
eh minat kucing ke? smua entry pun ada gbr kucing ;)
Salam kenal Pinky Momma...thanx sudi singgah dan komen. Memang minat kucing. Saje letak gambar kucing coz bnyk aksi2 menarik yg boleh diketengahkan...yg penting kucing xpandai komplen
rugilah kalau bersedekah tapi xikhlas..elok2 dpt pahala...1 apa pun xdapat nanti..ermm..
Salam NuReLLe, thanx sudi komen. Memang betul tu..tp setakat mana keikhlasan boleh bertahan jika disulami dgn cabaran?
entry yang membuat saya benar2 muhasabah...thanks..kerana mengupas dgn halus.....
Salam Akhbar Aman, thanx sudi komen. Sekadar ingin mencuit isi hati tentang isu keikhlasan. Mudah untuk disebut sukar utk dibuat