Semasa aku bersiap-siap untuk pergi bekerja pagi tadi, mata aku terpandang seekor kucing yang sedang terhendap-hendap untuk menangkap seekor burung murai. Dengan taktik lemah lembut dan perlahan ia menghampiri burung tersebut. Pergerakannya yang amat teratur dan perlahan membuatkan burung tersebut tidak sedar akan kehadirannya...Akhirnya, pagi ini, kucing itu mendapat daging burung sebagai menu sarapan pagi.
Minda aku mula berfikir, kucing itu secara tidak langsung mengajar aku bahawa untuk mencapai sesuatu matlamat, aku perlu mempunyai taktik dan teknik serta tindakan yang teratur (atau diatur) yang sesuai. Sekiranya kucing itu dengan selamba berjalan ke arah burung tersebut atau dengan mengejarnya secara tergesa-gesa, aku pasti ia tidak mungkin bermenukan burung untuk sarapan paginya.
Begitu juga dengan misi syarikat dan/atau yang mungkin lebih utama iaitu misi hidup, perlukan system yang merangkumi proses-proses, polisi-polisi serta prosedur-prosedur yang tertentu untuk diguna-pakai atau dipatuhi.
Entry ringkas ini sekadar mencuit minda untuk kita sama-sama berfikir tentang kaitan dan pengaruh system di dalam pencapaian misi-misi tertentu.
Entry yang panjang berjela berlandaskan platform yang sama akan menyusul nanti. Tungguuuuu..hehe.
Sekian.
hidup mesti ada target...untuk mencapai target mesti ada caranya!
Salam Cik Kamoo...betul tu. Entry ni just an into jer. Nanti ada entry yg panjang pasal benda ni...