Wednesday, May 18, 2011

Balasan terhadap si penganiaya?

7 comments
 
Salam...

Semalam, aku ada paparkan coretan aku tentang "Doa Orang Dianiaya Makbul" dan coretanku itu menggamit beberapa persoalan dan pertanyaan dari rakan-rakanku. Ada yang telah menelefonku dan mencurahkan rasa hati tentang diri mereka yang rasa dianiaya dan teraniaya.


Rakan-rakanku itu lebih fokus kepada bertanya bilakah orang yang berbuat aniaya itu akan menerima pembalasan! Terkedu juga sebab soal pembalasan adalah hak Tuhan. Termasuklah, jenis-jenis balasan, masa dan tempatnya. Malah, samada ada atau tidak purely hak yang Maha Esa.

Berikut adalah sedikit perbualan aku dengan salah seorang rakanku..

Kenapa engkau begitu beria-ia ingin tahu?

"Aku tengah bengang dengan bos aku. Dia suka menganiaya pekerja yang dia tidak suka."

Apa yang dia telah lakukan?

"Macam-macam termasuklah potong allowance, tamatkan atau tidak sambung kontrak, potong bonus dan sekat kenaikan pangkat."

Kenapa? Apa pula yang dia telah buat pada engkau?

"Dia tidak suka staff yang out-spoken atau membantah cakapnya. Aku ini jenis orang yang suka voice out apa jua yang aku fikirkan tidak berapa sesuai atau mungkin juga tidak betul. Akibatnya, PMS aku kena moderate dengan teruk sekali. Aku tidak dapat bonus, tiada kenaikan gaji, kenaikan pangkat jauh sekali dan dengar cerita kontrak aku bakal ditamatkan tidak lama lagi. Aku betul-betul rasa teraniaya sedangkan aku tidak pernah ponteng kerja, malah, kerja-kerja aku semuanya siap mengikut masa yang dikehendaki."

Bos engkau suka "Yes Man" kut?

"Begitulah. Aku bekerja bersungguh-sungguh untuk kebaikan syarikat. Aku bersuara bukan semata-mata hendak menjatuhkan dia atau sengaja melanggar perintah. Aku buat semuanya untuk kebaikan bersama dan memajukan syarikat. Tetapi, bos dah label aku sebagai kaki bangkang dan mengancam kedudukan dia sebagai bos. Kalau benarlah bos menganiaya aku, aku harap dia dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat kepada aku!"


Belum sempat aku menjawab, talian telah terputus...

Elok juga rasanya aku coretkan di blog ini untuk tatapan bersama dan berkongsi maklumat serta meminta pandangan blogger sekalian samada jawapan aku ini betul atau mungkinkah banyak salahnya..

Pertamanya, benarkah cerita rakanku itu merupakan suatu penganiayaan atau hanya sekadar ketentuan bahawa rezeki beliau ditahan-tahan?

Agak sukar juga menjawab soalan ini kerana ianya seolah-olah terlalu berkait rapat.

Cuba kita lihat di suatu perspektif yang sedikit berbeza. Rezeki beliau mungkin ditahan dan perlaksanaannya melalui tindakan bos beliau yang membuat moderation ke atas markah PMS yang mengakibatkan ketiadaan bonus, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Aku tidak tahu dan pasti tidak akan tahu. Oleh itu cara terbaik ialah berdoa kepada Tuhan minta dimurahkan rezeki sambil pada masa yang sama tambahkan ibadah kepadaNya.


Aku tidak berani untuk menerima kata-kata tuduhan rakanku itu bahawa bos beliau menganiaya. Aku tidak tahu hati budi serta niat bos beliau itu. Jika benarlah niat bos beliau untuk menganiaya dengan menutup periuk nasi pekerjanya, aku harap dia insaf.

Menganiaya atau menzalimi insan lain merupakan perbuatan yang tidak baik.

Sebuah hadith riwayat Al-Bukhari, dari Abu Hurairah r. a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.

Bila seseorang berbuat aniaya tidak kira tanpa sengaja dan lebih-lebih lagi dengan sengaja, orang itu diwajibkan untuk meminta maaf kepada orang yang dia aniaya atau teraniaya (tanpa sengaja), secara langsung dan terang-terangan. Jika gagal berbuat demikian dan orang yang dianiaya atau teraniaya tidak redha, balasan yang berlipat ganda akan dijatuhi di akhirat kelak sekiranya dia terlepas hukuman di dunia.

Hukuman di dunia?

Kebanyakan pelaku aniaya sombong dan bongkak, berterusan enggan meminta maaf kerana tidak nampak akan peritnya hukuman di akhirat. Adakalanya, hukuman yang sedikit ringan akan mereka rasai di dunia, tetapi, tidak mahu menganggap itu sebagai suatu hukuman akibat perbuatan mereka menganiaya orang lain.

Hukuman tidak semestinya dijatuhkan kepada diri mereka sendiri sahaja, malah mungkin ditanggung oleh isteri/suami, anak-anak dan keturunan mereka seperti kemalangan, berpenyakit kronik, kehilangan rezeki, kerunsingan melampau dan sebagainya.

Pernah dahulu aku menasihati seorang pengurus yang agak tegas di dalam pemberian markah-markah PMS. Ada seorang dari pekerja beliau yang mengidap penyakit cancer dan sering berulang-alik ke hospital untuk berubat. Beliau telah memotong markah KPI pekerjanya itu begitu banyak hingga tidak melayakkannya untuk mendapat bonus atau kenaikan gaji. Malah, pekerja tersebut diletakkan di dalam PIP (Performance Improvement Plan) dan kemudiannya disuruh untuk memohon pencen ilat kerana penyakitnya itu.

Apabila ditanya rasional beliau, dengan agak angkuh beliau menjawab, "Awak tu ada penyakit cancer dan selalu berulang-alik ke hospital. So, bagi saya, awak tidak memberikan apa-apa sumbangan di sini malah menyusahkan syarikat dan pekerja lain sahaja."


Aku tidak tahu samada ianya suatu hukuman atau mungkin kebetulan, sekarang ini pengurus tersebut pula yang mengidap penyakit yang sama.

Biasalah, manusia mudah lupa dan sukar mengaku kesalahan.

Nasihat 1 sen aku, marilah kita bersama-sama mahasabah diri, mencari dan melihat kembali di sepanjang kehidupan kita ini samada pernah kita berbuat aniaya kepada orang lain (sengaja atau tidak sengaja) dan jika ada, bersegeralah kita untuk memohon kemaafan dari orang tersebut sebelum hari pembalasan.

Bagi mereka yang terasa dianiaya atau teraniaya (tanpa sengaja), berdoalah kepada Allah agar mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan janganlah pula berdoa sesuatu yang membawa keburukan kepada orang lain.



Sekian.

7 Responses so far.

  1. teruk nye bos yg mcm tu,. suruh member tu keje sendiri lah takyah keja makan gaji lagi,.

  2. Salam Mcm Ni Lah, thanx sudi komen. Memang ada boss mcm tu. Dengar khabarnya staff dia tu dah amik pencen ilat selepas 6 bulan prolong illness

  3. Unknown says:

    kalau rasa teraniaya..jgn doakan org yg menganiaya tu buruk2, doakan agar dia sedar dn berubah dan bertaubat..

    p/s sy pernah dianiaya oleh seorg kwn baik..mulanya rasa marah sgt..tp cepat2 berastagafar dn muhasaabah diri..alhamdulillah tk berdendam pun...cuma berhati2 dengannya.

  4. Salam Nyanyisunyi, thanx sudi komen. Memang betul, beradab dan beretikalah ketika berdoa dan berdoalah untuk kebaikan.

  5. nile says:

    he has a good point dolabuy more info here have a peek at this web-site the original source bags replica ysl

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com