Sunday, May 1, 2011

Gaji lambat atau langsung tiada gaji?

5 comments
 
Salam...

Isu tentang gaji yang aku sentuh di entry yang lepas seperti "Am I Really Badmouthed the Company?" dan "Gaji oh Gaji" banyak mendapat feedback dari rakan-rakan aku. Ramai yang bersetuju dan menggalakkan aku mencoretkannya di blog ini. Tetapi, biasalah tiada seorangpun yang berani untuk meletakkan nama mereka di ruangan komen. Mungkin khuatir ada yang kenal mereka. Al-maklumlah, masing-masing masih lagi berkerja di syarikat itu...hehehe.

Walaubagaimanapun, ada satu e-mail yang baru sahaja aku terima yang kurang bersetuju malah agak kurang senang dengan coretan aku itu.

Bunyinya macam big boss!

Alamak! Takut!!!


Kenapa aku kata bunyi e-mail tersebut macam dari big boss? Sebab terdapat perkataan-perkataan yang aku masih ingat yang pernah dituturkan oleh big boss semasa memarahi aku dahulu...hmmm.

Ataupun mungkin juga dari orang suruhan big boss atau juga si LALANG @ BACKSTABBER yang menerima arahan dari big boss untuk menghentam aku...ish, ish, ish...

Ini sebahagian kandungan e-mailnya:


Assalamualaikum brader,

Kami tidak setuju dengan artikel awak tentang lewat membayar gaji pekerja yg dibuat oleh beberapa sykt khasnya sykt sekuriti yang awak mungkin pernah bekerja. Artikel awak itu macam menunjukkan bahwa sykt tsb menyiksa pekerja dgn bayar gaji lambat. Kami adalah entrepreneur yg lebih memikirkan kewujudan syarikat berbanding awak yg hanya tahu hal-hal koperat. Jika awak juga seorang entrepreneur, awak tentu akan buat benda yg sama. Kami fikir kalau bayar gaji pekerja on time tetapi lama-lama syarikat lingkup baik tak payah buat business. Yg lg penting ialah utk jadikan sykt terus wujud dan kami masih boleh bayar gaji pekerja2 kami walaupun terpaksa dilambatkan sedikit. Jika pekerja2 kami tidak suka, mereka boleh berhenti. Lagipun masih ramai lagi orang di luar sana yg menganggur dan menunggu peluang bekerja.

Sekian shj. TQ


Selepas membaca e-mail tersebut lama juga aku termenung samada ingin membalasnya atau tidak...hmmm


Bukan apa, aku tidak suka berperang menggunakan e-mail.

Sebenarnya, entry-entry aku yang berkisar tentang gaji tersebut telah aku edit berulang-ulang kali. Bukan untuk menyemak ejaan-ejaan yang mungkin salah tetapi untuk mengurangkan elemen-elemen CILI yang memberikan rasa kepedasan kepada sesiapa yang terkena atau termakan. Banyak juga perenggan-perenggan yang aku telah buang bukan semata-mata untuk memendekkan artikel tersebut tetapi juga untuk mengelakkan terlalu banyak maklumat yang bakal mendedahkan identiti orang atau syarikat yang aku ceritakan.

Well, aku rasa, lebih elok aku biarkan dahulu e-mail tersebut (tidak menjawabnya) dan menunggu e-mail-email susulan. Lagipun, entry-entry sebegitu masih ada lagi di dalam que untuk publish. Aku terfikir, mungkin kali ini aku biarkan sahaja entry-entry tersebut publish tanpa editing. So, aku bolehlah expect e-mail menghentam aku yang mungkin lebih dasyat lagi...hehehe.


Sekian.

5 Responses so far.

  1. padlie says:

    Saya ni baru je bekerja.. pengalaman tak banyak.. 7 tahun terlibat dengan syarikat sekuriti (Sebagai customer), kebanyakan syarikat hanya membayar gaji pada 7hb.. lepas dinasihatkan, mereka start buat pembayaran dua kali.. maknanya pengawal kami tak putus wang.. Isu yang sukar adalah KWSP, potongan gaji dibuat tapi di KWSP tak dimasukkan.. Bila report, baru diorang masukkan.. Saya terfikir, adakah semua syarikat keselamatan tak cukup modal?

  2. Salam Padlie, thanx sudi komen. Ada syarikat security yg bayar 2 kali. Gaji pada 7hb manakala sebelum hujung bulan dipanggil advance.

    Bukan semua security company yg ada masalah kewangan begitu. Ada yg ok mcm Safeguards. Malah, Safeguards juga ada bagi bonus utk staff.

    Tapi if banyak funds yg diguna utk kepentingan peribadi, pembayaran gaji, EPF dan LHDN selalu menjadi masalah.

  3. Thinking positive ..... Sebab dua pihak mempunyai motif utama yg berbeza. Cth: Pekerja perlukan kerja bagi mendapatkan pendapatan isi rumah itu keutamaan bagi pihak mereka. Bos lain keutamaannya.....
    Ada 4 kategori ungkapan yang ingin saya nyatakan disini. Satu: Apalah yg nak kita mkn ari ini. Dua: Kita nak makan apa ari ini. Tiga: Kita nak kat mana ari ini. Empat: Kita nak makan sape ari. So BOS kene faham situasi ungkapan yang satu tu: supaya boleh jadi BOS yang dihormati dgn ikhlas oleh pekerjanya. Sebagai menyatakan pendapat saya "yang idup selalu dgn ungkapan yang pertama" Skrg nie Alhamdulillah boleh juga buat ungkapan yg kedua dan sekali-kala ungkapan 3.

  4. Salam Akhbar Aman, thanx sudi komen. Setiap org ada matlamat kerja masing2 cuma perlulah ada sifat faham memahami di antara satu sama lain. Ikutlah landasan agama agar mengelakkan penindasan.

  5. Nur Fauzi says:

    Mcam mana sukarnya usaha nak mempertahankan perniagaan, syarikat tak boleh selama-lamanya guna alasan nak bagi company hidup untuk bayar gaji lambat. kalau berpanjangan begitu, mungkin ada masalah pengurusan disitu.
    Bos perlu juga faham pekerja perlu wang untuk sara hidup. Kalau selalu lambat, runtuh juga motivasi nak bekerja.

    "kalau tak mahu kerja, boleh berhanti. Banyal lagi orang menganggur" .... rasanya itu antara alasan yang paling tak bertanggungjawab oleh bos..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com