Tuesday, May 24, 2011

Focus on your own job!

5 comments
 
Salam...

Ketika aku mula mencoret entry ini jam sudah menunjukkan jam 2.15 pagi. Mata aku masih lagi bulat sukar untuk tidur. Banyak perkara bersarang di kepala aku. Demam aku walaupun sudah berada di penghujungnya, masih bersisa dan kadang-kala temperature seakan menaik juga.


Di dalam situasi seram-seram sejuk begini, aku teringat dengan peristiwa yang berlaku ketika aku bertugas di syarikat lama aku dahulu. Sepatutnya, aku lupakan sahaja cerita lama itu tetapi kejadian yang menimpa isteriku membuatkan ingatanku semakin jelas terbayang.

Pernahkah anda rasa terganggu dengan sikap segelintir pekerja yang suka menjaga tepi kain orang?

Apa yang aku maksudkan di entry ini bukanlah tentang sikap mereka yang suka menjaja atau bercerita tentang perkara-perkara personal tetapi lebih kepada sesuatu yang melibatkan pekerjaan atau tugasan anda di pejabat.


Bagi sesebuah organisasi atau syarikat yang besar (atau mungkin syarikat kecil juga ada), pembahagian tugas-tugas di asingkan mengikut jabatan, seksyen atau unit masing-masing. Tujuan utama pembahagian tersebut adalah untuk memastikan setiap pekerja fokus kepada tugasan masing-masing di samping mengelakkan pertindanan kerja.

Ada juga jabatan, seksyen atau unit ditubuhkan atas tujuan segregation of work dan memastikan sesuatu yang Private and Confidential terjaga. Sebagai contoh, di sesebuah bank, pekerja di unit account (bahagian perakaunan) tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja operasi bagi mengelakkan wujudnya elemen-elemen fraud.

Jika, telah diwujudkan jabatan-jabatan, seksyen-seksyen atau unit-unit untuk tugasan-tugasan tertentu, kenapa pula ada segelintir pekerja yang sibuk untuk mengambil tahu atau mengganggu kerja-kerja di jabatan, seksyen atau unit lain? Inilah manusia dan amat sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia ini yang suka mengambil tahu akan kerja-kerja orang lain walaupun ianya tidak berkaitan dengan kerja mereka sendiri. Bukan aku ingin mengutuk bangsa sendiri tetapi itulah fakta dan kenyataannya.

Berbeza dengan pekerja-pekerja di luar negara, seperti Amerika Syarikat misalnya, mereka lebih memusatkan tumpuan kepada tugasan khas mereka. Malah jika kita cuba melakukan tugasan orang lain, walaupun kita tahu akan tugasan tersebut, kita akan ditegur. Dengan secara tidak langsung, ini dapat memastikan setiap pekerja akan sentiasa fokus dan kualiti hasil kerja mereka terjamin di samping mewujudkan sikap ownership terhadap tugasan masing-masing. Kecualilah jika pekerja tersebut memang ditugaskan untuk belajar, membantu atau telah di"seconded" untuk bertugas di jabatan, seksyen atau unit tersebut.


Adakah aku marah jika melihatkan kejadian di mana pekerja dari sesebuah jabatan menyibuk di sebuah jabatan yang lain?

Tidaklah marah, cuma, aku kurang berkenan kerana ianya mungkin boleh mewujudkan situasi atau suasana kurang senang di kalangan pekerja di mana jabatan mereka di cerobohi (maaf jika perkataan ini agak kasar). Lebih-lebih lagi jika jabatan si penceroboh itu sendiri bermasalah.

Kenapa perlu menyibuk di jabatan orang lain sedangkan tugasan di jabatan sendiri perlu lebih difokuskan?

Pandangan negatif aku tentang ini ialah dia ingin menunjukkan bahawa dialah orang yang paling berkaliber di syarikat tersebut. Boleh dicampakkan ke mana sahaja di mana-mana jabatan di syarikat tersebut atau dalam perkataan lainnya "dispensable".


Bukankah itu bagus bagi seseorang pekerja?

Pada pendapat aku, bagus atau tidaknya seseorang pekerja tersebut bukanlah bergantung semata-mata kepada kebolehannya melakukan tugasan di luar skop pekerjaannya sahaja, tetapi khusus kepada penghasilan kerja yang berkualiti (tanpa kesilapan atau kekhilafan), mengikut peraturan dan peruntukan tertentu (menepati piawaian yang ditetapkan atau dikehendaki), serta perlaksanaan yang mengikut masa yang diingini.

Buat apalah ada pekerja yang sibuk melakukan tugasan di luar skop pekerjaannya tetapi pada masa yang sama kerjanya yang utama terabai serta bermasalah? Jika dia hanya bagus melakukan kerja-kerja orang lain, tukarkan sahaja potfolionya atau jabatannya agar melakukan tugasan yang dia sibukkan itu.

Berdasarkan pengalaman aku, pengalaman rakan-rakanku, malah pengalaman isteriku sendiri, terdapat juga segelintir manusia yang berbuat begitu kerana mempunyai niat yang kurang baik terhadap orang lain atau jabatan lain.

Aku pernah berjumpa dan bertugas bersama-sama seorang pengurus yang suka menonjolkan diri sebagai seorang yang terlalu bagus. Sering melakukan tugasan melebihi skop pengurusannya atau dalam kata lain memasuki skop pengurusan seorang pengurus yang lain. Ada sahaja salah dan silap yang dilihatnya dan yang paling aku tidak suka ialah sikapnya yang suka mengadu domba kepada pihak atasan untuk menegur pengurus jabatan lain tersebut yang kononnya tidak cekap di dalam kerja-kerja pengurusannya. Seperti biasalah, tindakannya itu memang memberikan kesan negatif. Walhal, jika diteliti, banyak juga isu-isu yang timbul akibat kekhilafan pekerja-pekerja di bawah pengurusannya, tetapi tidak pula digembar-gemburkan.


Jika inginkan kuasa yang lebih atau skop pengurusan yang lebih besar atau inginkan pangkat yang lebih tinggi, kenapa perlu memijak kepala atau menganiaya orang lain?

Ada orang menganggap ini adalah situasi biasa yang sering dikaitkan dengan politik pejabat. Bagaimanapun, aku berfikiran sebaliknya. Politik pejabat dapat dilihat kewujudannya bilamana terdapat 2 atau lebih puak yang berebutkan kekuasaan di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Aku berpendapat, kita masih lagi dapat membendung gejala negatif politik pejabat dengan cara-cara tertentu. Sila lihat atau baca kembali coretan aku di post yang lalu bertajuk Politik Pejabat Memusnahkan Kerjaya.

Salahkah menegur pengurus lain yang tidak effisien dengan kerjanya?

Memang tidak salah. cuma, caranya perlulah betul. Tetapi sebelum itu, perlu juga melihat diri sendiri samada benar-benar perfect sebelum mencuba untuk memperbetulkan orang lain. Kalau sekadar mengata serta menuduh orang itu tidak betul atau orang ini tidak bagus tetapi tidak pula memberikan cadangan yang bernas bagaimanakah melakukan sesuatu dengan betul atau bagus, lebih elok mendiamkan diri dan fokus kepada tugasan sendiri sahaja.

Pernah juga aku melihat dan mendengar cerita tentang seorang pengurus yang bertindak mengambil-alih tugasan pengurus lain tanpa disuruh atau arahan pengurusan atasan, dan melakukan tugasan tersebut dengan baik. Akibatnya, pengurus yang dirampas tugasannya itu menerima hukuman dari pihak pengurusan atasan dengan alasan gagal melakukan tugas berbanding si perampas yang kononnya melakukannya dengan cemerlang. Persoalannya, benarkah jika si pengurus asal itu melakukan tugasan yang sama akan gagal? Ada kemungkinan juga dia akan menghasilkan sesuatu yang sama keputusannya dengan hasil kerja si perampas ataupun mungkin juga lebih baik lagi.


Kenapakah aku agak pissed-off dengan sikap manusia yang sebegini?

Aku tidaklah marah sehingga beranggapan manusia penyibuk sebegini perlu dibuang daripada syarikat. Aku cuma risau, akan adanya elemen-elemen penganiayaan terhadap pekerja-pekerja lain jika perangainya itu diteruskan. Aku risau, jika wujud penganiayaan, maka akan wujud juga natijah-natijah yang tidak elok berlaku terhadap syarikat. Aku pernah mencoret tentang aniaya di SINI dan di SINI.

Jika kita menganiaya orang lain dengan terang-terangan dan niat yang jelas, kita mungkin akan lebih mudah untuk memohon ampun dan maaf kepada orang yang kita aniaya. Tetapi, jika kita berbuat aniaya terhadap orang lain tanpa kita sedari, kemungkinan besar kita langsung tidak memohon keampunan dan kemaafan daripada orang yang teraniaya itu (kerana tidak tahu) dan sesungguhnya hukuman Tuhan amat berat bagi orang yang berbuat aniaya.



Sekian.

5 Responses so far.

  1. agak pnjg entry ini tp mbri maklumat yg bernas..

    p/s: abg long,sy nk tnya sikit leh??

    coz abg long selaku org yg dh berusia,punya byk maklumt n pengalamn,sy nak tnya stu perkara..

    btoika x elok guna "salam"?? ader sorg blogger pnh tgur sy..sy xrujuk mane2..itu sy tnya abg long kali ni..

  2. Sala Nuyui, thanx sudi komen. Klu na jwb soalan tu agak panjang gak. Gini lah..salam tu hanyalah sekadar satu perkataan greetings yg biasa mungkin ada maksud mungkin sekadar ucapan. Kalau na lg bagus guna assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh dan pengertiannya khusus mendoakan kesejahteraan dan rahmat dari Tuhan. Sebab itu wajib utk membalasnya dgn wa'alaikummussalam wa rahmatullahi wabarakatuh. Tiada isu xelok utk perkataan salam dan sepatutnya kita lebih terbuka minda tentang ini. Jgn terlalu taksub dgn hukum yg kita sendiri was2. Kenapa salam bukan as salam? cuba lihat ini salamun alaih.. fikir2kanlah

  3. Biasala, masyarakat kita kan mmg terkenal dengan sikap suka menyibuk pasai orang lain.. huhu

    MySuaraBlog: Interview Kerja

  4. Salam Zwan Sabri...thanx sudi komen. Begitulah nampaknya dan kadang2 menimbulkan huru hara gak hehe

  5. Anonymous says:

    Salam Sejahtera...
    Artikel yang bagus dan sgt baik dijadikan contoh.
    Hanya segelintir masyarakat Melayu yang berperangai begini (sbb sy x suka cakap pasal bangsa lain..)
    Setuju atau tidak dengan sesuatu perkara terpulang kepada cara penerimaan kita...kalau rasa tak setuju...pergilah menuntut ilmu atau dapatkan 2nd or 3rd opinion or other opinions...

    P/s: Saudari Nuyui...pasal perkataan Salam tu baik or tak sebenarnya semua perkataan adalah baik jika kita pandai menggunakannya...Dalam hal ini saya setuju dengan pendapat Abang Long...Wallaualam...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com