Wednesday, May 25, 2011

My Blog Is Too Heavy?

5 comments
 
Salam...

Pagi tadi selepas berjogging aku menimbang berat badan aku sekali lagi dan jarum penunjuk berat menunjukkan ke angka 62kg. Adakah itu berat badanku yang ideal? Sudah lama juga berat badan aku berada di angka tersebut.

Aku bersyukur kerana dapat juga menurunkan dan maintain berat badan aku di angka tersebut. Banyak manafaatnya berbadan kurus sebegini berbanding dahulu (85kg) dan sering merasa tidak cukup nafas serta malas untuk bergerak. Banyak aktiviti aku sekadar berlengkar di atas katil atau di hadapan TV...ish, ish, ish.


Sekurang-kurangnya aku rasa lebih sihat dan tidak sering dilanda masalah kesakitan kaki sepertimana dahulu. Dahulu aku sering pergi ke kedai urut kaki refleksologi, tetapi, sekarang ini aku sudah lama tidak berbuat demikian kerana tiada lagi masalah yang sama.

Di dalam kesibukan aku menjaga berat badanku, aku terlupa satu perkara penting yang juga berkaitan dengan berat sehinggalah aku menerima teguran dari rakan-rakan blogger melalui e-mail. Berat blog aku kini semakin membusut! Ayoooo!!.. Ramai rakan-rakan yang complain bahawa blog aku mengambil masa yang lama untuk loading!!

Betul ke?

Untuk kepastian, aku telah menggunakan alat penimbang berat blog (online) WebSiteOptimization.com dan website tersebut telah mengesahkan bahawa blog aku sememangnya berat...adoi ai! Untuk keterangan lanjut tentang alat penimbang blog ini, anda boleh juga membaca entry aku yang dahulu bertajuk "Speed Up Your Blog Part 2".

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang lelemak di badan blog aku itu tetapi yang aku lebih fokus untuk membuat adjustment ialah links yang aku letakkan di widget Friends' Banners aku itu.


Kalau tidak silap aku, terdapat 62 image banner yang telah aku letakkan di situ. Sememangnya terlalu banyak dan sudah tentu memberi kesan ke atas masa page loading. No wonder ramai blogger yang membuat page atau website khas untuk meletakkan banner rakan-rakan mereka.

Kenapa pula aku tidak berbuat demikian?

Aku suka tengok banner kawan-kawan bergerak (scrolling) di bahagian atas blog aku ini. Nampak cantik. Sayang pula untuk disumbatkan ke tempat lain. Walaubagaimanapun, banner tu cuma appear di Home page sahaja dan tidak akan kelihatan di page lain ataupun di post page.

So, apa yang aku telah buat?

Aku telah download hampir kesemua banner-banner tersebut dan kemudiannya upload ke dalam blog aku sebagai test entry. Then, aku copy link baru yang di berikan untuk menggantikan link asal. Kelebihannya ialah blog aku tidak akan bergantung kepada server atau host tempat lain untuk loading (berbanding sebelumnya). Dengan sedikit adjustments seperti image size dan html code, aku paparkan kembali banner-banner tersebut di tempat widget asalnya.

Memang banyak perubahan dari segi masa untuk page loading. Lebih cepat berbanding sebelumnya.

Aku masih lagi ingin membuat adjustment cuma mungkin bukan sekarang.

Pada masa yang sama, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang telah aku ambil banner blognya jika sekiranya saiz banner anda yang aku paparkan di sini tidak menepati saiz asalnya. Aku cuma membuat anggaran sahaja.

Aku juga ingin memohon maaf kiranya terdapat banner-banner anda yang telah hilang (tidak dipaparkan di sini) walaupun sebelum ini ia wujud. Mungkin semasa aku upload banner-banner tersebut ada yang tertinggal. Maklumlah, semuanya aku buat secara manual.

Jika sudi, inform aku supaya aku boleh membuat adjustment yang perlu atau meletakkan banner itu kembali.



Sekian.

5 Responses so far.

  1. salam..

    huhuh,trtepek muka sy plak kat situ ea..

    xpe,abg long pndai+pakar,so wat yg mane bek ea..

  2. Salam Nuyui...tu kira iklan dan promosi blog percuma tu..huhu

  3. ozzy says:

    Assalam..

    Tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan itu lebih penting & amat baik utk kesihatan.
    Berat blog mudah nak diuruskan sbb ianya susah nak naik bila dah turun tapi berat badan mudah naik kalau tak dijaga.

    p/s-patut nampak lain je muka tu..ke gambar lama?

  4. Salam Ozzy...setuju..Tu gambar paling baru. Gambar lama muka bulat huhu

  5. jerry says:

    Follow sukses di #855, ditunggu re-follownya di http://majapahit1478.blogspot.com. Salam persahabatan. Thanks.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com