Tuesday, May 31, 2011

Ingin Kurus Dengan Tidak Makan?

9 comments
 
Salam...

Anda obes? Anda terlebih gempal? Anda ingin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan? Anda ingin kurus?

Ramai juga yang bertanya kepada aku bagaimana aku dapat menurunkan berat badan dari 85kg ke angka 62kg dalam tempoh singkat. Ada yang menyangka bahawa aku mengidap penyakit (seperti kencing manis) kerana kelihatan kurus atau telah kurus dengan agak mendadak. Berkali-kali aku menyangkal sangkaan mereka itu. Aku sihat wal-afiat. Malah, ada juga yang mengandaikan bahawa aku tidak makan untuk beberapa hari untuk itu. Itu juga aku tolak mentah-mentah. Aku tidak pernah langsung tidak makan semata-mata untuk menurunkan berat badanku.

Benarkah statement ini?
Seseorang akan menjadi gemuk jika banyak makan dan akan kurus jika makan sedikit.

Mungkin juga ada benarnya statement di atas itu. Contohnya, di bulan Ramadhan ramai di antara kita yang susut berat badan kerana berpuasa dan apabila Hari Raya, berat badan semakin meningkat. Jadi, untuk mengekalkan berat badan yang kurang semasa di bulan Puasa, kita teruskan berpuasa atau tidak makan untuk bulan-bulan seterusnya.

Dan, jika kita teruskan tidak mahu makan, kita mungkin akan menjadi kurus seperti ini...huhu.

Perlukah orang yang obes tidak makan agar dapat menguruskan badan?

Aku ada terbaca beberapa artikel tentang kesihatan di internet tentang cara-cara menurunkan berat badan bagi orang yang obes. Anda juga boleh mencari artikel-artikel berkaitan di Mr. Google.

Untuk menurunkan berat badan bagi orang yang obes, bukan sekadar berdiet atau mengawal jumlah makan semata-mata. Malah, adalah tidak benar jika inginkan result yang pantas perlu skip makan untuk beberapa hari. Ini kerana obes adalah disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi jumlahnya di dalam tubuh seseorang yang obes. Untuk melarutkan lemak-lemak tepu tersebut, tubuh memerlukan hormon dan enzim yang diperolehi dengan makan.

Apabila seseorang itu tidak makan, bukan sahaja badannya akan menjadi lemah malah hormon-hormon dan enzim-enzim tertentu di dalam tubuh yang berfungsi untuk proses "ketosis" (pemecahan lemak menjadi air, ketones dan tenaga) tidak dapat berfungsi dengan baik. Di samping itu, dengan skip meals atau mengurangkan makan dengan drastik, otot-otot badan akan dicerna  untuk dijadikan tenaga. Akibatnya, badan akan menjadi semakin lemah akibat pengecutan otot-otot.

Disebabkan proses metabolisme badan yang semakin lemah (kerana tidak makan) dan sistem "ketosis" yang kurang sempurna, semakin banyak pula lemak-lemak tepu yang wujud.

Itulah sebabnya "Crash Diet" tidak digalakkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan sahaja cara tersebut akan membuatkan tubuh menjadi lemah malahan juga berat badan mungkin mejadi seperti "yo-yo" dan akan naik mendadak pula sekiranya cara makan terdahulu (tanpa diet) diulang. Bukan tidak boleh berdiet untuk menurunkan berat badan tetapi mestilah bersistem dan mengikut atau merujuk nasihat pakar.

Cara terbaik untuk itu ialah dengan mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman yang berterusan. Dengan bersenam, bukan sahaja kita akan dapat mengekalkan berat badan (atau menurunkan berat badan), malah ianya akan dapat meningkatkan stamina di samping membantu memperbaiki sistem metabolisme tubuh.

Apakah petua yang aku amalkan?

Well, aku tidak tahu samada ianya sesuai untuk anda tetapi ianya berkesan kepada diriku. Jika anda ingin mencuba aku paparkan di sini petua yang aku guna-pakai atau amalkan:
  1. Mesti bersarapan pagi (sukahati hendak makan apa pun tetapi biarlah berpada-pada). Jika anda ingin berpuasa, anda mestilah bersahur.
  2. Kurangkan jumlah makanan untuk makan tengahari. Boleh skip makan jika mahu atau mampu.
  3. Makan malam sebelum pukul 8 malam atau seperti waktu berbuka puasa.
  4. Jangan makan supper atau makan tengah malam atau makan sebelum tidur.
  5. Cuba berpuasa nasi atau elakkan makanan berasaskan beras (seperti mee hun contohnya) selama sebulan.
  6. Amalkan minum air panas suam.
  7. Lastly, bersenam.

Untuk bersenam, janganlah pula kita menyiksa tubuh kita atau mendera dengan melakukan senaman yang keterlaluan. Aku bermula dengan hanya brisk walking sekitar rumah aku dan kemudiannya menambah jumlah ke beberapa km sehari secara gradual.

Untuk mengurangkan atau menghilangkan perut aku yang buncit dahulu, aku tidak berjogging (berlari) tetapi sekadar brisk walking. Berjogging atau skipping membuatkan perut aku menggelebeh dan tidak juga susut buncitnya. Tambahan pula, bagi orang yang obes, berjogging atau skipping boleh membawa kepada risiko kecederaan lutut atau kaki.

Apa yang paling penting ialah determination atau kesungguhan anda untuk menurunkan berat badan. Pada awal dahulu, semasa aku brisk walking, ramai juga yang gelak-gelak dan mengejek aku yang sekadar berjalan dan bukannya berlari. Aku buat tidak tahu sahaja dan fokus dengan apa yang aku lakukan. Minda aku kuatkan untuk membuang semua fikiran yang negatif tentang itu. Yang penting, aku tahu setakat mana kemampuan aku. Jika sudah Ok, ingin berjogging melebihi 10km sehari pun tidak mengapa.

Aku harap info entry ini dapat memberi sedikit manafaat kepada anda especially yang ingin menurunkan berat badan. Marilah kita sama-sama memulakan langkah untuk kembali bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aku berpendapat, untuk menjadi kurus kita tidak perlulah untuk mendera diri kita sendiri dengan tidak makan atau melakukan crash diet yang mungkin merugikan diri kita sendiri.



Sekian.


P/s 1 - Jangan suka mengambil multi-vitamin secara berlebihan. Ini kerana tubuh kita ada limit untuk setiap miligram vitamin yang diperlukan. Dikhuatiri jika kandungan vitamin yang berlebihan akan memberi impak yang kurang baik pula. Contohnya, pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membawa kepada gejala cirit birit.

P/s 2 - Cuba elakkan pengambilan minuman penambah tenaga jika kita tidak bertujuan untuk mengerah tenaga kita dalam jangkamasa tertentu. lebihan tenaga yang wujud hanya akan menambahkan lemak di dalam tubuh. Minum minuman penambah tenaga untuk tujuan mengurangkan rasa mengantuk atau lebih-lebih lagi jika sekadar untuk menikmati rasanya yang lazat mestilah dielakkan.

9 Responses so far.

  1. Abg Long...thanks! Info ini boleh diamalkan...hu hu nak kurus juga. Sedang dalam percubaan...terima kasih sgt2 berkongsi

  2. ozzy says:

    Assalam..

    Tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan..
    Terima kasih juga kerana berkongsi tips2 yg amat berguna itu.Saya lebih prefer cara ini drpd kita bergantung pada ubat/supplement semata2.

  3. Salam Cik Kamoo dan Ozzy..thanx sudi komen. Cubalah, mungkin berjaya juga.

  4. abglan says:

    oooO... camtu nk kurus... Pasnie cer try nk gumukkan badan lak... ape yg patut di makan?

  5. Salam Abglan, thanx sudi komen.. Kalau naik naikkan berat badan kena bersenam juga dan banyakkan makan makanan berprotein untuk membina otot-otot. Makan bnyk karbohidrat boleh menaikkan berat badan tetapi kebiasaannya akibat perkumpulan lemak tepu di dalam badan.

  6. mekasih coz post info ni...

  7. ozzy says:

    Assalam..

    Nanti singgah blog saya ambik tag ye..

  8. Firdaus says:

    sy ni yg tlenih krus mcm mne lak??hehe..

  9. Salam Firdaus...cuba bnykkan makan tahu then bersenam untuk membina otot.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com