Aku coretkan entry ini sekadar ingin menegur sesetengah orang yang suka berlagak apabila ingin menonjolkan diri. Tidak salah untuk membuktikan bahawa kita bagus di dalam sesuatu bidang tetapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu bongkak atau sombong hingga membuatkan ramai orang meluat dengan perangai kita. Bukankah lebih elok jika kita mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Coretan ini bukanlah sesuatu yang berat dan beremosi panas tetapi sebaliknya untuk kita sama-sama belajar dan akhirnya tersenyummmmmmmm...atau ketawaaaaaaa!!!
Beberapa hari lepas. aku menghadiri satu seminar tentang New Approach in Business Strategy di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini. Ramai juga yang hadir termasuklah orang "Mat Salleh" dari beberapa negara luar.
Semasa break aku duduk semeja dengan seorang pengurus dari sebuah syarikat Kawalan Keselamatan dan beberapa peserta seminar yang datangnya dari New Zealand, England dan seorang lagi dari Finland.
Aku perhatikan pengurus syarikat kawalan keselamatan tersebut (seorang Melayu) begitu teruja dapat duduk dan berbual-bual dengan mereka. Dia banyak bercerita tentang pengetahuannya di dalam selok-belok Marketing dan Business Development. Cuma, kadang-kadang aku rasa dia exaggerating dan agak berlagak terutamanya kepada aku. Ye lah, aku cuma duduk diam membisu dan seolah-olah aku ini seorang newbie di dalam hal-hal seperti itu. Dia bukan main seronok lagi bercerita (dalam bahasa Inggeris) hinggakan mat salleh-mat salleh tersebut seolah-olah tiada peluang untuk berkata-kata..hehe.
Mungkin kerana bosan, salah seorang dari Mat Salleh itu mengubah topik dengan bercerita tentang lawatan beliau ke Koh Samui di Thailand.
Aku fikir, pengurus tersebut akan duduk diam-diam sahaja, tetapi lain pula jadinya. Dia juga mahu bercerita tentang pengalamannya di sana. Aku tidak sure samada dia pernah ke sana.
"So, you've been there also. It's such a nice place for vacation. I really enjoyed its tranquility and beautiful scenery and I really liked swimming there. How about you?"
Dan dengan bangganya pengurus itu menjawab.
"Yeah.I don't really like swimming, so, I just played with my member on the beach!"
Mata aku buntang mendengar kata-katanya. Aku faham apa yang dimaksudkannya iaitu bermain-main dengan rakan-rakannya yang turut serta dalam percutian itu...
Mat Salleh-mat Salleh itu juga ternganga. Mereka berpandangan sesama mereka dan kemudiannya tertawa.
Semasa ingin masuk kembali ke dalam dewan seminar, pengurus tersebut bertanya kepada aku, kenapa Mat Salleh-Mat Salleh itu tertawa? Dengan tersenyum aku berkata, nanti bila ada peluang pergi cari dictionary dan tengok apa makna member!
Untuk pengetahuan anda yang mungkin tidak tahu, selain daripada bermaksud "ahli" (mengikut clause atau ayat-ayat tertentu), member juga bererti "Male or female sex organ".
So, apakah makna "played with my member"?
Anda fikirkanlah sendiri...huhu.
Sekian.
HEHEHHE DIA BUAT DIRECT TRANSLATION TUH KOT. TU YG JADIK CGGITU
Salam Cik Ferra Aww..thanx sudi komen. Biasalah kita guna member utk rakan2 atau kawan2 tetapi bila berbual dgn org putih kena la hati2 sket...jauh bebenor maknanya tu..hehe
assalamualaikum..
heheh,kantoila gtu..sy pon xtau ader mksd len..heheh..
Salam Nuyui..thanx sudi komen. So, pasni kena la hati bilaguna perkataan member tu yer..hehe
hehe..dia mmg jenis peramah agaknya. tp saya pernah dgr IKIM.FM.. kita jgn malu speaking sbb bahasa Rasmi kita adlh BM so no wonder kalau kita salah grammer BI. Alangkah org melayu sndiri ada yg silap ckp BM. hehe..
Salam Nini Hartini, thanx sudi komen. Yg ni bukan salah grammar BI tetapi salah penggunaan perkataan. Mungkin dah terbiasa.
Salams Along,
HAHAHAHA ...awesome post :) Ada gak bahan nak tumpang gelaks dlm saya bersedih.
Trimas berkunjung ke halaman saya.
Namz recent post Only The Good Die Young
Salam Namz, thanx sudi komen. Janganlah bersedih. Mari kita bergelak ketawa sambil mendapat sedikit ilmu..hehe
haha..
siot laa..
geng saleh yakub ni...wakakkakaka..kengkadang tu berdiam lagi baik dari bercakap..dunia nampak lagi luas bila kita tngok org yg bercakap heheheh...
Ye ke Long? Kalau ckp "I left my friend in the car" camner? Kah kah kah
Salam Kucarkacir, thanx sudi komen. Aku agak engkau selalu la ckp camtu haha..
Salam Anonymous, thanx sudi komen. Kalau hendak berlagak pun biarlah ilmunya cukup..hehe
Salam Jebon, kalau left your friend takpe janagn left your member in the car..huahuahua
huhuhu.....nk g bw ke belog member lak ni...
Salam LindaRahim, thanx sudi komen. Klu blog member ok coz lebih kurang maknanya blog ahli-ahli. Jgn lak kat I wanna go bw together with my member..huhu
salam en. abg long..baru tahu pasal member ni huhuu..
tu yg kadang kurang semangat untuk b'speaking ni, takut salah, kurang yakin pulak tu :-)
Salam Mama JnJnJ, thanx sudi komen. Salah takpe boleh belajar. Kalau tak buat sampai bila2 takkan tahu.
heheheh..... berapa ketui nak muffin?.. 2 dahlaa ek...
Salam Aeinio...dua jer? rasa cam xcukup lak coz kucin banyak nih hehehe
haaha... orang kalo belagak mcm tue lah akibadnya.. bodoh sombong... kah kah
Salam Yunie Daliela, thanx sudi komen. Pengajaran berguna tuh.. pasni, sampai bila2 dia akan tahu menggunakan perkataan member tu..huhu