Sebelum ini, aku pernah mencoret tentang keikhlasan di SINI dan isu ini sememangnya tidak pernah sunyi dari diperbualkan atau dibincangkan.
Pernah juga aku mendengar ungkapan berbunyi. "ikhlas itu umpama seekor kucing hitam di dalam sebuah bilik yang gelap dan di malam yang gelap". Aku tidak berapa sure tentang ungkapan ini tetapi apa yang dimaksudnya ialah keikhlasan itu amat sukar untuk dicari atau dilihat. Hanya tuan punya badan (dan Allah s.w.t.) sahaja yang tahu setakat mana tahap keikhlasannya.
Walaubagaimanapun, ada juga orang mengatakan bahawa keikhlasan itu kadang-kala boleh dilihat dari pancaran wajah si pelaku. Contohnya, jika seseorang itu senyum, pancaran wajahnya dapat memberikan gambaran seikhlas mana senyumannya.
Bagaimana pula dengan syukur kita?
Adakah kita benar-benar ikhlas ketika melafazkan syukur ke hadrat Ilahi?
Mari kita baca cerita "lawak" di bawah:
There was a man who worked for the Post Office whose job was to process all the mail that had illegible addresses.
One day, a letter came addressed in a shaky handwriting to God with no actual address. He thought he should open it to see what it was about. The letter read:
Dear God,
I am an 83 year old widow, living on a very small pension. Yesterday someone stole my purse. It had $100 in it, which was all the money I had until my next pension payment. Next Sunday is Christmas, and I had invited two of my friends over for dinner. Without that money, I have nothing to buy food with, have no family to turn to, and you are my only hope.
Can you please help me?
Sincerely,
Edna
The postal worker was touched. He showed the letter to all the other workers. Each one dug into his or her wallet and came up with a few dollars.
By the time he made the rounds, he had collected $96, which they put into an envelope and sent to the woman. The rest of the day, all the workers felt a warm glow thinking of Edna and the dinner she would be able to share with her friends.
Christmas came and went. A few days later, another letter came from the same old lady to God. All the workers gathered around while the letter was opened.
It read:
Dear God,
How can I ever thank you enough for what you did for me? Because of your gift of love, I was able to fix a glorious dinner for my friends. We had a very nice day and I told my friends of your wonderful gift.
By the way, there was $4 missing. I think it might have been those bastards at the post office.
Sincerely,
Edna
Cerita "lawak" di atas hanya sekadar pencetus untuk kita membuka minda dan berfikir.
Semasa mula-mula aku membaca cerita "lawak" di atas, aku juga hanya tertawa tetapi setelah lama, baru aku terfikir instead of "lawak" ada mesej yang tersirat di sebaliknya.
Pernah mendengar kata-kata seperti ini?
"Syukurlah kerana aku telah mendapat pekerjaan di syarikat itu. Kalau harapkan si polan itu untuk membantu...hampeh!"
Atau ini?
"Ya Tuhan, aku bersyukur kepadaMu kerana melindungi aku dari kejahatan yang mungkin dilakukan oleh penjahat tadi. Aku mohon kepadamu agar dibinasakan penjahat tersebut!"
Nampak hampir sama sahaja ungkapan-ungkapan tersebut dengan cerita "lawak" di atas, bukan?
Kebanyakan kita terlupa bahawa setiap kejadian atau dugaan yang menimpa kita datang atau hadir dengan izinNya. Mungkin dugaan tersebut bertujuan untuk menyedarkan kita atau sekadar ujian kesabaran bagi menerima sesuatu yang lebih baik.
Jika kita benar-benar bersyukur dan memahami ketentuan qada' dan qadar dari Tuhan, kita sepatutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur diikuti dengan memperbanyakkan ibadah kepadaNya tanpa mengeluh atau mengungkit perkara-perkara yang berlaku hasil dari perbuatan watak-watak yang mungkin telah ditentukan untuk dijadikan sebahagian daripada situasi ujian tersebut.
Jika kita benar-benar bersyukur dan memahami ketentuan qada' dan qadar dari Tuhan, kita sepatutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur diikuti dengan memperbanyakkan ibadah kepadaNya tanpa mengeluh atau mengungkit perkara-perkara yang berlaku hasil dari perbuatan watak-watak yang mungkin telah ditentukan untuk dijadikan sebahagian daripada situasi ujian tersebut.
Maksud aku, kenapa perlu ditambah dengan kata-kata seperti
"Kalau harapkan si polan itu untuk membantu...hampeh!"
"Aku mohon kepadamu agar dibinasakan penjahat tersebut!"
Cukuplah sekadar menyebut
"Syukurlah kerana aku telah mendapat pekerjaan di syarikat itu."
"Ya Tuhan, aku bersyukur kepadaMu kerana melindungi aku dari kejahatan yang mungkin dilakukan oleh penjahat tadi."
Malah, aku rasa, adalah lebih baik lagi jika kita hanya memperbanyakkan tasbih dan tahmid kepadaNYa serta menjaga dan memperbanyakkan ibadah kita sebagai tanda kesyukuran.
Maaf, aku tidak berniat untuk berdakwah di sini. Ianya hanyalah sekadar pencetus minda supaya aku akan lebih menerima setiap ketentuan dariNya walaupun kadangkala ketentuan tersebut amat memeritkan buatku.
Aku juga harus sentiasa sedar bahawa...
Tuhan tidak mungkin memberikan setiap sesuatu yang kita inginkan tetapi Tuhan akan memberi apa yang kita perlukan.
Sekian.
Abg Long, terima kasih share artikel nie. menarik dan beri pengajaran kepada saya. sepatutnya dalam hidup ini kita perlu lebih bersyukur dan berterima kasih sentiasa.
Malangnya ada masa kita lupa. kita seringkali merungut seolah apa yang kita ada tidak cukup baik dan sempurna ... sama mcm kita tak ikhlas dgn apa yg Allah dah anugerahkan pada kita. Sedangkan ada org lain yg tidak ada apa yg kita ada.
Terima kasih abang long
Salam Cik Kamoo, thanx sudi komen. Sekadar ingin ingat-mengingati sesama kita khasnya utk diri sendiri. Harap ada manafaatnya coretan Abg Long ini.
setiap yg berlaku ada baiknyer...kita cuma sedar setelah dapat kebaikannya...hanya masa je dapat menyedarkan kiter...
dlm perjalanan hidup...ketentuan Allah dah tentukan...cuma kiter kene buka minda untuk melihat sekeliling mesej yg disampaikan kepada kiter...seburuk mana kejadian tu ada kebaikannya tanpa kita sedari atau ketahui.
Salam Anonymous, thanx sudi komen. Berapa ramaikah di antara kita yg sedar? Kebiasaannya kita mengganggap setiap musibah yg menimpa itu dugaan sedangkan mungkin kenikmatan yg kita prolehi itu juga satu ujian. Dah jd biasa, manusia lebih suka perkara2 yg nikmat dan selalu lupa itu mungkin juga dugaan yg paling berat.
terima kasih abang long atas peringatan.. yaa mula2 saya baca pon sekadar ketawa sahaja kerana rasakan benda itu cuma satu lawak.. tak ada pon rasa nak melihat mesej tersirat.. dalam hidup ni terasa macam lebih banyak mengeluh bila dugaan tiba daripada bersabar & bersyukur.. mulut mudah berkata tak pa lah sabar dulu.. tapi hati kecil kadang kala tidak seperti kata-kata yang diluahkan.. terima kaseh lagi sekali abang long atas peringatan :)