Wednesday, May 11, 2011

Akhlak siapa yang lagi rosak?

6 comments
 
Salam...

Ketika membuat editing entry ini, aku baru sahaja pulang dari bertemu seorang Pengurus Besar sebuah syarikat komputer internasional di Petaling Jaya. Perjumpaan yang pada awalnya hanya untuk bertukar-tukar fikiran mengenai peluang mengembangkan perniagaan di dalam industri Pengurusan Tunai, menjadi berborak-borak di kedai kopi...hehehe.

Cuaca yang agak panas membuatkan kami minum bergelas-gelas..huhu.


Topik perbualan kami melalut-lalut hinggalah menyentuh topik tentang usaha Kerajaan untuk menangani gejala sosial yang melibatkan ramai muda-mudi sekarang ini. Puncanya, kami terpandang satu keratan akhbar berbahasa Melayu yang memaparkan cadangan beberapa pihak termasuk Kerajaan untuk mencegah melalui kaedah perkahwinan yang ditaja.

"Majoriti akhbar-akhbar dan media elektronik menggembar-gemburkan tentang keruntuhan moral muda-mudi sedangkan jika kita teliti betul-betul, ramai juga golongan orang berumur yang hampir serupa masalahnya. Cuma, bezanya, jarang benar aku dengar tentang orang tua yang buang anak tepi jalan!"

Mungkin golongan ini pandai sorok belang mereka kut?

"Tidak juga, malah ada yang membuatnya terang-terangan. Kadang-kadang aku terfikir juga, kita ni suka ambil kisah tentang keruntuhan moral anak-anak muda. Mungkin kononnya anak-anak muda itu masih boleh dididik."

Maksud engkau?

"Ya lah, kalau yang dah tua macam kita ni siapa pula yang berani hendak menegur?"

Betul juga tu. Lagipun, ego orang yang dah tua ni agak kuat sebab itu suka mendidik anak-anak muda walhal anak-anak muda itu mungkin juga terikut-ikut perangai mereka yang dah tua...hehehe.

"Setuju. Cuba engkau lihat, kebanyakan kelab-kelab dangdut dihuni oleh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Disko-disko dan kelab-kelab malam juga begitu. Anak-anak muda selalunya suka berpeleseran di shopping complex ataupun merempit."


Muda-mudi tidak suka atau tidak ada di kelab-kelab sebegitu ke?

"Bukan tidak suka. Memang ada juga yang suka berpeleseran di tempat-tempat sebegitu. Oleh kerana kosnya mungkin agak mahal, hanya golongan orang-orang muda yang berduit sahaja yang rajin ke situ. Malah, kebiasaannya, mereka biasanya dipayung oleh mereka yang berumur juga khasnya perempuan-perempuan muda."

Sekadar gambar hiasan

Aik! Banyak tahu nampak? Dah biasa ke?

"Hahaha.. Aku bukanlah orang baik sangat. Pernah juga pergi clubbing dahulu kala. Sekarang ni dah insaf sebab duit aku banyak habis semata-mata hendakkan enjoy yang sementara. Cuma aku tidaklah kaki perempuan atau ambil syabu dan ecstasy segala."

Jadi, mereka yang dah tua itulah sebenarnya yang perlu dididik dan dipulihkan akhlak bukannya yang muda-muda?

"Semuanya terlibat sama. Semua peringkat umur perlu dididik. Yang dah berumur, oleh kerana mereka ada duit boleh enjoy berlebih-lebihan di tempat-tempat eksklusif. Jarang sekali tempat-tempat sebegitu dianggap tempat maksiat. Manakala, ramai atau kebanyakan muda-mudi, oleh kerana kurang berduit biasanya enjoy di tempat-tempat yang murah."

Tempat eksklusif?

"Aku dah biasa dahulu dengan benda-benda macam ni. Contohnya, hendak masuk tender, kena belanja orang-orang tertentu termasuklah pergi kelab-kelab eksklusif. Setakat minum air kencing setan tu perkara biasa. Ada juga yang inginkan layanan istemewa GRO bukan setakat di kelab sahaja malahan juga hingga ke hotel-hotel bertaraf 5 bintang."

Sekadar gambar hiasan

Bukankah kebanyakan mereka sudah berkahwin?

"Ya tetapi godaan nafsu dan pula ada peluang terhidang di depan mata, jarang sekali mereka menolaknya malahan ada juga yang meminta-minta."

Sepatutnya ikatan perkahwinan itu akan menghalang mereka dari melakukan maksiat tersebut.

"Memang sepatutnya begitu. Mungkin mereka ada masalah dengan isteri-isteri mereka. Hendak berpoligami, ditentang habis-habisan bukan sahaja oleh pihak isteri dan keluarga malahan juga Kerajaan sering memperketatkan undang-undang untuk itu."

Betul juga tu. Undang-undang berpoligami semakin menyusahkan mereka yang inginkannya. Kalau berkahwin tanpa mengikut undang-undang tersebut boleh dipenjara atau didenda. Tetapi semua ini seolah-olah hanya menuduh orang lelaki yang berusia yang seringkali terpesong akhlaknya. Bagaimana pula dengan wanita-wanita yang berusia?

"Ada juga. Mereka mungkin lagi pandai sorok. Jika tidak masakan wujud golongan Mat Bohjan dan Gigolo?"

Jadi, sebenarnya mereka yang telah tua inilah yang jadi penggalak kepada keruntuhan moral muda-mudi masa kini ya? GRO muda, Mat Bohjan atau Gigolo juga muda dan yang enjoy akan wujudnya golongan ini adalah golongan-golongan yang berusia.

"Hahaha...Tidaklah ingin menuduh golongan tua jadi penyebab. Cuma, pada pendapat aku, kalau ingin mencegah atau sekurang-kurangnya memantau gejala sosial masa kini, kena lebih menyeluruh dan tanpa mengira pangkat dan usia."

Hmmmm...betul juga ya. Nanti bila aku dah jadi ahli politik aku akan bawa isu ini ke Parlimen...hehehe.

"Cheh!"



 Sekian.

6 Responses so far.

  1. kite enjoy dulu,. keh keh keh keh

  2. yg tua kena sedar..

    yg muda,kena belajar..

    PEACE!!

    jgn rosakkan diri.. =)

  3. Salam Mcm Ni Lah, thanx sudi komen.. Yeah!!...kita njoy membaca artikel ni..huhu. Njoy biar berpada-pada dan tahu batas2nya.

  4. Salam Nusha, thanx sudi komen. Setuju. Cuma, untuk menyadarkan mereka yg telah hilang sedar perlukan hikmah dan tindakan yg betul dan wajar. Preventive action is better than corrective action. Menangani gejala sosial perlu dilakukan secara menyeluruh dan digembling oleh semua golongan.

  5. ozzy says:

    Assalam...

    Untuk melakukan perkara maksiat tidak kira muda ataupun tua.Bergantung pada individu tersebut utk menjaga akhlaknya.

  6. Salam Ozzy, thanx sudi singgah dan tinggal komen. Setuju. Sebab itu untuk mengatasi masalah ini kita perlu melihat secara total dan bukan hanya fokus kpd sesuatu golongan sahaja

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com